28 Muharram 1433H. [MOD] -
Kisah pelakon veteran Yahya Sulung yang Sedih !!! pangkat DATUK tak membawa makna..
Semalam berita
pelawak veteran terkenal Yahya Sulung dihalau keluar dari rumah sewanya
tersebar angkara tidak membayar tunggakan sewa rumah sebanyak RM868.
Hari ini pula keluar satu kenyataan dalam akhbar Kosmo dari isteri Yahya Sulung menafikan mereka di usir oleh DBKL. Siapa yang berlakon di sini aku pun tak tau, sama ada Yahya Sulung atau DBKL?
Mungkin benar Yahya Sulung dan isterinya dihalau keluar atau tidak itu tak patut dipersoalkan.
Yang benarnya bukan setakat pelakon veteran ini sahaja yang mengalami nasib malang akibat kesempitan hidup dan keuzuran, mungkin lebih ramai lagi rakyat Malaysia yang susah dan senasib dengan Yahya Sulung.
Sepatutnya isu rakyat merempat atau
susah tak kedengaran lagi dalam konteks negara yang dikatakan sudah
maju. Yang pelik kerajaan Malaysia berlumba lumba memberi sumbangan
atau dana kepada rakyat susah di luar negara tetapi dalam masa yang
sama mereka lupa rakyat sendiri pun ada yang merempat kais pagi makan
pagi kais petang makan petang.
Cuma Yahya Sulung bernasib baik kerana beliau ada nama...
Bila isu beliau tersebar semua ambil
perhatian untuk membela beliau, sehingga DBKL yang dikatakan menghalau
pelakon ini terkena tempias kerana laporan awal konon menghalau Yahya
Sulung dan isteri.
Aku percaya lepas ini Pacik Yahya
Sulung dan isteri akan terbela ...akan berebut sana sini puak-puak
berkepentingan menghulurkan bantuan.
Setakat ini berita yang saya terima
ialah Ahli Parlimen Batu saudara Tian Chua telah datang menziarah
pelakon veteran ini .Menurut ahli parlimen Batu, Tian Chua menerusi
laman sosial, instagram, tunggakan sewa rumah berjumlah RM868
diselesaikan dengan menghulur sendiri wang yang diperlukan keluarga
oleh Pak Yahya Sulung.
Dan kita tunggu dari Presiden karyawan
Zed Zaidi apakah peranan persatuan itu dalam membela nasib artis di
Malaysia. dan kepada Baitulmal serta zakat dimana kah anda dalam isu
ini???
Yang menghairankan saya ada juga yang berpangkat Datuk dan Datin merempat kerna kesusahan hidup . Maknanya gelaran Datuk dan Datin cuma sekadar penyedap pada nama tapi tak memberi apa apa makna.
Saya cukup simpati pada kedua mereka.....
Yang menghairankan saya ada juga yang berpangkat Datuk dan Datin merempat kerna kesusahan hidup . Maknanya gelaran Datuk dan Datin cuma sekadar penyedap pada nama tapi tak memberi apa apa makna.
Saya cukup simpati pada kedua mereka.....
Tahniah YB Ahli Parlimen Batu kerana keprihatinan anda.
harakahdaily/-
1 ulasan:
Sokong tuan. malaysia negara yg kaya raya.
Peminta sedekah boleh dapat meraih pendapatan rm1,500 sehari - merujuk kes budak yg diculik dan dipaksa jadi peminta sedekah. Peminta sedekah bangsa asing pun berlambak-lambak kerana mereka memperolehi pendapatan yg sangat lumayan.
Tak timbul isu rakyat yang merempat kais pagi makan pagi kais petang makan petang.
Catat Ulasan