13 Safar 1433H. [MOD] -

Menurut penduduk setempat, aduan telah diadakan kepada pihak Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT) pada 11 Disember yang lalu berhubung isu ini.
Dalam satu keterangan, Puan Siti Habibah telah menjelaskan bahawa
petisyen untuk meminta tandatangan penduduk di situ telah pun dibuat,
namum ada pihak yang menghalang.
“Kami dah buat petisyen minta tandatangan penduduk kat sini, tapi
terpaksa berhenti sbb dapat ugutan daripada pelbagai pihak”, jelas
beliau yang juga merupakan penduduk di Pangsapuri Jasa tersebut.
Beliau juga terasa amat kecewa dengan Timbalan Ketua Wanita UMNO di
situ kerana tidak mengambil endah aduan yang dilontarkan malah
mengambil langkah untuk lepas tangan dalam isu ini.
“Kami dah tunjukkan surat aduan yang dibuat kepada Timbalan Ketua
Wanita UMNO, tapi mentah-mentah dia tolak aduan kami. Kami amat kecewa
dengan pemimpin macam ni.
“Ada juga kami bawa kepada ketua kampong, tapi katanya dia tak mampu
nak buat apa-apa sebab payung ‘diorang’ lagi kuat”, jelas beliau lagi.
Penduduk di situ juga menyatakan kebimbangan mereka kerana projek yang
didirikan di antara blok R dan S Pangsapuri Jasa ini telah membuat
pendawaian elektrik dan penggunaan sumber air secara yang diragui.
Kerisauan mereka ini mempunyai asas yang kukuh apabila Penyelia Pusat
Aduan Rakyat (PAR) Nusajaya hadir ke tapak projek dan melihat tidak
ada sebarang papan tanda projek secara sah dinaikkan sekitar tapak
projek.
Justeru Penyelia PAR Nusajaya menyarankan untuk ditubuhkan satu
jawatankuasa bertindak bagi memudahkan urusan ini dibawa ke pihak MPJBT
secara lebih kukuh dan professional.
“Kita minta supaya Puan dapat mengumpulkan penduduk di sini untuk kita
tubuh satu jawatankuasa bertindak khas untuk tangani isu ini.
“Saya bimbang ada permainan yang tidak sihat melibatkan orang dalam
berlaku di sebalik pembinaan premis perniagaan ini. Selepas kita tubuh
jawatankuasa, kita akan bawa ke pihak majlis. Kalau masih ada yang kita
ragui kita akan minta SPRM buka kertas siasatan untuk kes ini,” tegas
beliau lagi yang juga merupakan YDP PAS Kawasan Gelang Patah.
Menurut Puan Siti Habibah, dalam usaha beliau mengumpul tandatangan
sebagai suara bantahan penduduk, kebanyakkan hanya kaum Cina yang
menyatakan kesungguhan mereka untuk menyokong isu ini namun sebaliknya
bagi penduduk Melayu.
Tambah beliau lagi, sebelum ini telah ada maklumat secara lisan yang
dikhabarkan daripada pihak MPJBT untuk arahan perobohan premis
berkenaan, namun sehingga kini tiada sebarang bentuk tindakan diambil.
Turut hadir dalam pertemuan bersama penduduk Pangsapuri Jasa itu adalah
Ketua Pemuda PAS Kawasan Gelang Patah, saudara Zaifiddin Isa.
selatan online/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan