05 Disember 2012

Semua Orang Islam Saudara Ku

21 Muharram 1433H. [MOD] -

Semua orang Islam adalah bersaudara. Bukan separuh tetapi semua. Tidak kira bangsa apa, dari negara mana, jika beragama Islam maka kita bersaudara. 

Allah berfirman, "Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara". (al-Hujuraat, ayat 10)

Setiap orang Islam mesti berbaik-baik, menyintai dan sayang menyayangi antara satu sama lain.

Nabi Muhammad saw. bersabda : "Tiada sempurna iman seorang kamu hingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia cintai dirinya sendiri." (HR Bukhari dan Muslim)

Setiap kali melihat orang Islam, katakan, "Dia saudara ku, aku sayang kamu seperti aku sayangkan diriku sendiri".
tazkirah/-

2 ulasan:

Along berkata...

Abis tuh... tak boleh la kita nak doa pecah perut kat orang Islam yang lain ??? isk...

Awanama berkata...

Surah Al Hujurat, Ayat 10. Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) ...

Ada x perbezaan org islam dengan org beriman????