28 Mac 2013

PRU13: Pilihan rakyat Sabah adalah diantara BN dan Pakatan, kata pembangkang

16 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


KUALA LUMPUR — Bakal berhadapan dengan perlawanan banyak penjuru, pemimpin Pakatan Rakyat (PR) negeri akan mengingatkan pengundi dalam kempen Pilihan Raya 2013 mereka, pertandingan ini hanya melibatkan dua pihak — mereka dan Barisan Nasional (BN).
Sasaran mereka adalah supaya pemain lain di Sabah terutamanya parti pembangkang lain yang akan turut serta dalam pilihan raya tidak memecahkan undi blok pembangkang di negeri Malaysia timur itu.

“Dalam konteks PR lawan BN, kami mahu rakyat melihatnya sebagai satu lawan satu. Dan ini yang kita telah ketengahkan kepada rakyat,” kata setiausaha DAP Sabah Dr Edwin Bosi kepada The Malaysian Insider.
Beliau ketawa sambil bersetuju apabila ditanya jika ini adalah helah oleh PR untuk menggagalkan sebarang percubaan dari parti-parti pembangkang yang tinggal di negeri itu untuk menarik pengundi ke arah mereka.
“Apa yang kami tahu, ini adalah antara PR dan BN,” katanya.
Bekas ketua menteri Sabah Yong Teck Lee. — Gambar fail
Akan tetapi PR akan berhadapan dengan parti-parti yang diketuai oleh tokoh besar seperti bekas ketua menteri Sabah Datuk Yong Teck Lee dan ahli politik veteran Datuk Dr Jeffrey Kitingan yang bukan sahaja berasal Sabah tetapi juga bukan orang baru dalam politik negeri.

Parti Maju Sabah (SAPP) yang diketuai Yong dan Parti Reformasi Negeri (STAR) pada mulanya dimasukkan dalam rundingan kerusi di Sabah bersama PR.
Akan tetapi rundingan tersebut menemui kegagalan apabila kedua-dua parti itu mendapati tuntutan mereka tidak dapat dipenuhi.
Dalam perkembangan terakhir rundingan kerusi antara parti yang anti BN, telah diputuskan hanya DAP, PKR dan PAS dan sekutu baru berasaskan Sabah mereka APS dan PPPS akan bertanding pilihan raya di bawah payung PR.
Pada Isnin, pemimpin de facto PR Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan mengesahkan PR hanya akan bekerjasama dengan APS dan PPPS yang diketuai oleh bekas ahli parlimen BN Datuk Seri Wilfred Mojilip Bumburing dan Datuk Seri Lajim Ukin.
Hasil jelas adalah kemungkinan pertandingan tiga atau empat penjuru di hampir setiap 60 kerusi negeri di Sabah.
Ini boleh mencairkan peluang PR di takluk dalam Pilihan Raya 2013.
Dipercayai penduduk asal Sabah sekarang dalam situasi tidak memihak kepada BN berhubung dengan pencerobohan Sulu dan perhatian di atas kehilangan kedaulatan negeri disebabkan oleh “Projek IC” di bawah pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad.
Pilihan Raya 2013 adalah peluang terbaik untuk pembangkang memecahkan kubu kuat gabungan pemerintah itu di Malaysia timur.
“Ya ... ia adalah kemungkinan besar,” kata Bosi, apabila menegaskan PR tidak lagi dalam keadaan satu lawan satu dengan BN di Sabah.
Tetapi beliau berkata formula pengagihan kerusi PR telah direka untuk menjadi strategik bagi memastikan hanya calon terkuat akan diletakkan disesuatu kerusi itu.
“Ia adalah disebabkan oleh pengagihan adil tetapi pada masa sama, kami melihat kepada parti-parti juga. Ianya bukan hanya mengenai mengisytiharkan anda mahu bertanding disesuatu kerusi itu, tetapi anda juga perlu menjustifikasikan mengapa anda perlu bertanding dan mengapa memilih kerusi tersebut.
“Semua pihak dalam rundingan sangat memahami ... kerana kita bersatu dengan keazaman tunggal, dan ianya untuk mengalahkan Umno dan BN.
“Jadi, walaupun terdapat pergeseran sekali sekala semasa rundingan, kita akan mencari persefahaman,” katanya.
Bosi mengatakan sekurang-kurangnya 90 peratus sudah selesai antara PR dan sekutu mereka APS dan PPPS, walaupun terdapat laporan mendakwa pembangkang di Sabah kekal berpecah.
Beliau berkata walaupun kekuatan DAP kebanyakannya terletak di bandar, kerusi Cina, parti itu juga akan membariskan calon-calon di beberapa kawasan penduduk asal, mempercayai terdapat kemajuan dalam undi penduduk asal negeri sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Akan tetapi, disebalik dakwaan Bosi terdapat perpaduan diantara parti PR dan rakan Sabah mereka, Yong dari SAPP dan Jeffrey dari STAR mempunyai perspektif berbeza mengenai pembangkang di Sabah.
Yong memberitahu The Malaysian Insider PR, APS, PPPS masih belum menyelesaikan isu dalaman dan memberikan petunjuk berbeza mengenai niat mereka untuk bekerja sebagai satu, pembangkang yang bersatu melawan BN.
“Azmin kata pintu rundingan sudah ditutup, Bumburing kata ianya ditutup tetapi belum dikunci, dan selepas itu Anwar mengatakan beliau telah membuka semula pintu tersebut,” katanya sambil tertawa.
Yong merujuk kepada kenyataan berbeza dikeluarkan beberapa bulan lalu oleh Timbaln Presiden PKR Mohamed Azmin Ali, Bumburing dan Anwar.
Beliau berkata PR juga telah menawarkan kepada SAPP untuk bertanding di lapan kerusi negeri, walaupun parti itu meminta untuk bertanding lebih daripada separuh 60 kerusi negeri untuk membolehkan sebuah parti tempatan membentuk kerajaan di Sabah dengan majoriti mudah.
“Rakyat terus bertanya mengapa kita tidak boleh menerima formula PR tetapi kita curiga apabila kita menuntut PR mengumumkan formula sebenar tetapi ia tidak dapat berbuat demikian setelah sekian lama.
“Kami memberitahu mereka, mereka sedang mencuba pecah dan perintah,” katanya.
Akhbar The Star melaporkan semalam, Yong mengatakan jentera SAPP akan membantu STAR di kerusi mereka tidak bertanding, dengan pandangan PR enggan untuk berunding.
Pada Isnin, Jeffrey memberitahu The Malaysian Insider walaupun cakap-cakap STAR tidak termasuk dalam rundingan kerusi PR, partinya adalah berunding dengan DAP secara diam-diam.
Beliau berkata STAR hanya mahu bertanding di antara tujuh hingga 14 kerusi parlimen dan antara 23 dan 37 kerusi negeri, manakala kerusi selebihnya, akan ditinggalkan kepada DAP.
“Secara umum, ia kelihatan tidak begitu,” katanya, apabila menunjukkan laporan mengatakan STAR dikeluarkan dari rundingan kerusi PR.
“Akan tetapi, kita sedang bercakap dengan parti secara terus … termasuk Pakatan. Contohnya, DAP dan kami, kami berunding.
“Kerana kami merasakan terdapat sinergi antara kami ... dengan PKR, tiada, kerana mereka masuk ke kawasan kami. Kami juga sedang berbincang dengan SAPP, “katanya.
Kitingan, seorang pemimpin yang terkenal di kalangan komuniti kaum Kadazan Dusun dan Murut, kategori etnik terbesar di Sabah, menegaskan semua parti PR akan bertanding di bawah bendera masing-masing dan bukan sebagai pakatan yang bersatu padu.
“Mereka bertanding secara individu ... apabila anda bercakap tentang Pakatan, dengan siapa anda akan pergi? Itulah sebabnya rundingan berasingan,” katanya.
Apabila diminta untuk komen semalam, Bosi menafikan dakwaan Jeffrey, menegaskan DAP hanya setia kepada PR dan sekutu mereka APS dan PPPS.
“Beliau hanya memancing. Kami tidak berhubung dengannya,” kate pemimpin DAP itu merujuk kepada Kitingan.
Pada Pilihan Raya 2008, BN akan kehilangan majoriti tradisi dua pertiga sebahagian besarnya disebabkan oleh kekalahan besar di semenanjung dimana mereka hanya menang 85  kerusi manakala pembangkang mendapat 80 kerusi.
BN diselamatkan oleh Sabah, Sarawak dan Labuan dimana gabungan pemerintah itu menundukkan pembangkang, hampir menyapu bersih apabila menang 55 kerusi parlimen manakala pembangkang hanya menang dua.

The Malaysian Insider/-

Tiada ulasan: