20 April 2013

Cawangan Umno Protes Mustapa tanding 2 kerusi

9 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


JELI: Isu tanding dua kerusi di Jeli tiba-tiba menghangatkan kempen Umno, apabila ada pihak dalam kalangan parti itu meluahkan rasa tidak puas hati.

Antara yang disebut-sebutkan sepatutnya mengisi kerusi tersebut iaitu Setiausaha Umno Jeli atau ketua pemuda, namun tidak mendapat laluan Datuk Mustapa Mohamad. 

Ekoran itu ada cawangan Umno di Kg Kalai mulai luntur dan tidak lagi mempamerkan semangat seperti sebelumnya.

Sumber Umno mendakwa ada kemungkinan beberapa pos Umno akan bertukar warna selepas ni.

Sementara itu pegawai pengurus pilihan raya parlimen Jeli, Manan Ali mengumumankan kesemua calon layak bertanding.

Apandi Mohamad (gambar) berdepan dengan Mustapa di kerusi parlimen, Abdullah Yakub berdepan juga bertemu Mustapa di DUN Air Lanas.

Sufely Ab Razak menentang Adhan Kechik di DUN Bukit Bunga.

Manakala Ramlan Mat dari PKR berdepan Datuk Aziz Derashid di DUN Kuala Balah.

Harakahdaily/-

Tiada ulasan: