20 April 2013

Tanding bebas: Umno pecat Fadzil Hanafi

9 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


Bekas Exco kerajaan negeri Fadzil Hanafi, yang hari ini bertanding sebagai calon Bebas bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Alor Mengkudu, dipecat keanggotaan daripada Umno serta-merta berikutan tindakan beliau itu.
    
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata tindakan Fadzil bertanding sebagai calon Bebas merupakan satu tindakan mengkhianati parti.
    
"Kami berasa kesal apabila dia (Fadzil) telah mengkhianati parti apabila bertanding sebagai calon Bebas. Fadzil meletakkan dirinya lebih utama daripada kepentingan seluruh parti," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata BN Kedah dan DUN Alor Mengkudu tidak tergugat dengan tindakan berkenaan malah menaruh penuh keyakinan kepada calon BN bagi DUN Alor Mengkudu Sharifah Maznah Syed Kassim Barakbah, akan menerima sokongan oleh pengundi.
    
Sementara itu, Fadzil, 55, berkata beliau tidak gentar dengan tindakan disiplin yang dikenakan Umno apabila bertanding sebagai calon Bebas kerusi DUN Alor Mengkudu. 
    
"Saya tak risau dengan masalah disiplin yang akan dihadapi kerana saya berjuang untuk memenuhi suara akar umbi," katanya.
    
Sebelum ini beliau pernah menjadi Adun BN di Alor Mengkudu selama dua penggal selepas menang pilihan raya umum 1999 dan 2004 serta menjadi Exco kerajaan negeri pada 1999 hingga 2004.

Malaysiakini/-

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tidak dipilih bertanding kerana beliau bukannya kroni kpd org kuat UMNO... hakikatnya calon dipilih rakyat... tetapi dlm UMNO, calon dipilih pemimpin tertinggi... bingai punya parti

Tanpa Nama berkata...

Yg peliknya... Zulkifli Nordin yg jelas menentang BN dipilih pulak jadi calon kat Shah Alam. Patutnya dia kena mula dari bawah di cawangan dulu baru laya dip[ilih... inilah kuasa UMNO yg nak tumbang hehhe

Tanpa Nama berkata...

Syabas FH... kejayaan ada dimana2... bukannya UMNO yg bg kita kejayaan tetapi ALLAH swt segala2nya... teruskan berjuangan murni anda utk membela rakyat di kawasan anda... SELAMAT BERJUANG !