27 Mei 2013

2 pemimpin PR Perak didakwa anjur perhimpunan haram

17 Rejab 1434 H. [MOD] -

2 pemimpin pembangkang Perak didakwa anjur perhimpunan haramAHLI Parlimen Ipoh Timur, Thomas Su Keong Sing, 52 (empat dari kanan) dan Setiausaha PKR Perak, Mohamad Anuar Zakaria,45 (dua dari kanan) ketika keluar dari Mahkamah Sesyen Ipoh selepas didakwa atas kesalahan mengikut Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012 kerana tidak memaklumkan kepada Ketua Polis Daerah Ipoh mengadakan perhimpunan haram pada 9 dan 12 Mei lalu. - Foto Ikhwan Munir
Ipoh: Dua pemimpinPakatan Rakyat Perak dihadapkan di Mahkamah Sesyen, di hari ini atas dakwaan mengikut Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012 kerana tidak memaklumkan kepada Ketua Polis Daerah Ipoh mengadakan perhimpunan haram pada 9 dan 12 Mei lalu. 

Dua pemimpin terbabit ialah Ahli Parlimen Ipoh Timur, Su Keong Siong, 52 dan Setiausaha Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak, Mohammad Anuar Zakaria, 45, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Julie Lack Abdullah. 

Julie menetapkan 19 Julai ini sebagai tarikh sebutan semula kes dan kedua mereka dibebaskan masing-masing dengan diikat jamin RM4,000 seorang dan seorang penjamin.

Tiada ulasan: