27 Mei 2013

Hadi, Guan Eng jelas ketidakhadiran Himpunan Black 505

17 Rejab 1434 H. [MOD] -
Mohamad Sabu
Mohamad Sabu
SHAH ALAM -Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mengesahkan ketiadaan pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat (PR), dari DAP dan Pas dalam Himpunan Black 505, di padang Amcorp Mall, kelmarin adalah kerana pemimpin tersebut berada di luar negara.

Beliau memaklumkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kini berada di Turki manakala, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pula berada di London.

“Mereka di luar negara, jadi bagaimana mereka mahu hadir himpunan Sabtu lalu?,” katanya kepada Sinar Harian.

Himpunan anjuran 50 NGO itu dihadiri Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohamad Sabu, dan beberapa pimpinan PR yang lain.

Himpunan yang berlangsung bermula jam 4.30 petang itu tamat pada jam 12 tengah malam dan dihadiri penyokong yang memakai baju berwarna hitam.

Mengulas lanjut mengenai himpunan itu, Mohamad Sabu berkata, pimpinan PR berpuas hati dengan sambutan diberikan rakyat.

“Semua himpunan sebelum ini pun mendapat sambutan seperti yang berlaku semalam. Jadi kita berpuas hati,” katanya.

Dalam pada itu katanya, beliau kini sibuk dengan permintaan untuknya menjadi penceramah di setiap himpunan itu yang diadakan di seluruh negara.

“Saya kini dalam perjalanan ke Tapah, Perak. Malam ini (semalam) akan diadakan di sana pula himpunan 505,” kata beliau.

Sinar/-

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

LAIN KALI SUSUN PROGRAM, PASTIKAN SEMUA BOLEH BERSAMA.
RAKYAT MAHUKAN SEMANGAT.

GERAKKAN HIMPUNAN YG PALING BESAR DLM MASA TERDEKAT UTK BERI LEBIH TEKANAN KPD SPR YG JELAS MENJADI AGEN PENIPUAN DLM PRU LALU.

RAKYAT BOLEH TERIMA KEKALAHAN.

TAPI TIDAK RELA DIBODOHKAN DGN PENIPUAN !!!