27 Mei 2013

Timbalan Pengerusi SPR disabotaj petugas sendiri?

17 Rejab 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Penafian yang dibuat oleh Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya Datuk Wan Ahmad Wan Omar dengan mendakwa gambar kejadian ‘black out’ di satu pusat pengiraan undi merupakan satu lakonan akhirnya memakan diri.
Adun Seri Serdang, Noor Hanim Ismail tampil mendedahkan bahawa gambar yang didakwa lakonan itu sebenar-benarnya berlaku di Sekolah Kebangsaan Serdang dan dirakam oleh ejen penjumlahan undi daripada PAS.

“Ia bukan lakonan dan ramai saksi boleh tampil memberikan pengakuan mengenai kejadian tersebut,” kata Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz (gambar) kepada Harakahdaily.

Beliau dalam satu kenyataan berkata, pengakuan itu mengukuhkan dakwaan bahawa kejadian lampu padam tersebut benar-benar berlaku dan bukannya lakonan dan ia terjadi di banyak tempat.

Soalnya, kata beliau siapakah yang betul dan siapa pula yang berlakon, justeru bagaimana Wan Ahmad tidak mendapat gambaran dan maklumat sebenar mengenai kejadian tersebut.

“Apakah pegawai-pegawai SPR yang membekalkan maklumat kepadanya memberikan maklumat yang salah dengan tujuan mahu menjatuhkan reputasinya atau sebagai suatu tindakan jahat bagi menyingkirkannya?

“Bagaimana pula Datuk Wan Ahmad tidak kenal pakaian rasmi petuga SPR serta kotak yang dibekalkan sendiri oleh SPR dalam gambar tersebut?” tanya beliau lagi.

Menurutnya, mungkin keadaan terlalu gelap yang menyukarkan Wan Ahmad mengenali petugasnya serta kotak bekas kiraan undi yang SPR miliki.

Jika begitu, ujarnya bagaimana perkiraan Wan Ahmad dengan keadaan petugas parti yang terpaksa bergelap dan berpanas untuk mengira undi pada hari itu.

Katanya, boleh Wan Ahmad bayangkan dan apa alasan lain yang akan diberikan oleh Datuk Wan Ahmad dengan pengakuan itu.

Sepatutnya, ujar beliau Wan Ahmad melihat permasalahan sebenar bahawa ada suatu usaha mensabotaj keputusan pilihanraya dengan memadamkan lampu pada bilik pengiraan undi supaya keputusannya akan berlainan daripada yang sepatutnya.

Tambahnya, terlalu banyak strategi kotor yang dilakukan oleh pihak tertentu bagi memastikan Pakatan Rakyat tumbang di banyak tempat.

“Jika beginilah sikap Timbalan Pengerusi SPR, beliau telah mengecewakan jutaan pengundi pilihanraya. Kenyataan dan tingkah laku beliau jelas menggambarkan sikap beliau yang berat sebelah dalam mengadili pilihanraya,” ujarnya.

Beliau berkata, Wan Ahmad lupa bahawa yang menjadi petugas pilihanraya adalah sukarelawan yang terdiri dari pelbagai lapisan rakyat yang bijak serta tidak boleh diperbodohkan dengan sewenang-wenangnya.

Seharusnya, kata Mohd Suhaimi demi menjaga maruah SPR dan kerajaan Malaysia, pengerusi dan timbalan pengerusinya wajar meletakkan jawatan mereka.

Katanya, semakin banyak mereka pertahankan institusi tersebut, semakin banyak pendedahan yang dibongkarkan menunjukkan hilangnya wibawa mereka melaksanakan tanggungjawab ini.

harakah/-

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kalau dakwat kekal dia tak tahu bahawa dakwat tu tak kekal. Sudah pasti dia takkan tahu warna pakaian seragam SPR pada hari mengundi. Malah kotak pengiraan undi pun dia tak cam... siapa yang buat kerja untuk SPR ni?

Agak-agaknya siapa yang diberi kontrak untuk menyediakan dakwat, pakaian seragam SPR dan kota pengiraan undi, sampai pengarah dan timbalannya tidak tahu langsung perkara ini sehingga ke tahap menegak benang basah.

Cuma sekarang saya musykil sama ada wujud pengundi yang pergi mengundi sekali, menerima sekeping kertas undi dari SPR secara rasmi, tetapi bersama-samanya terdapat lebih dari satu kertas undi yang disediakan lebih awal untuk dimasukkan ke dalam peti undi (teori konspirasi BN/SPR), ditanda pengundi yang tidak hadir sebagai hadir dan jika terkurang dikatakan kertas undi tidak diserahkan (sebab itu peratusan undi adalah tinggi di dalam PRU kali ini), malah perkara pelik yang berlaku di Balik Pulau, kertas undi lebih. Perkara ini boleh berlaku jika PACA Pakatan Rakyat tidak menggaris betul-betul pengundi yang hadir untuk dibanding dengan jumlah kertas undi yang dikira. Bayang jika seorang pengundi memasukkan 2 kertas undi tidak rasmi, kalau 10 orang sudah 20 undi tipu diperolehi, tanpa perlu pengundi hantu mahupun CIMB.

*Tak perlu disiarkan, cuma kemusykilan sahaja tentang kemungkinan kera-kerja konspirasi.