27 Mei 2013

Angka korban virus mirip SARS di Arab Saudi meningkat 18

17 Rejab 1434 H. [MOD] -


RIYADH: Kementerian Kesihatan Arab Saudi berkata, seorang wanita meninggal dunia akibat serangan virus seperti Sindrom Pernafasan Yang Teruk (SARS), menjadikan jumlah korban kini meningkat kepada 18 orang. 

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kini terus tertumpu kepada Arab Saudi bagi menyiasat dan mengesan lebih banyak petanda untuk mengenal pasti punca merebaknya virus berkenaan. 


Angka sebelum ini yang diperoleh WHO Selasa lalu bahawa sekurang-kurangnya 11 orang maut di Arab Saudi sejak tahun lalu akibat penyakit yang dipanggil NCoV-EMC atau novel coronavirus dalam istilah perubatan. 


Kementerian berkenaan juga berkata seorang warga asing turut maut di Arab Saudi, Selasa lalu selepas dijangkiti simptom yang sama. 

Virus berkenaan disamakan dengan SARS yang menjadi wabak di China pada 2002. - AP

Tiada ulasan: