26 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -
(Muka depan akhbar Umno, Utusan Malaysia hari ini)
KUALA LUMPUR: Muka depan Utusan Malaysia hari ini, 'Apa lagi Cina mahu' benar-benar menimbulkan kemarahan di kalangan rakyat Malaysia yang mahukan keharmonian kaum dan keamanan.
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim meletakkan Datuk Seri Najib sebagai pihak yang bertanggungjwab dengan laporan ini.
“Mereka mengikut arahan Najib. Pertama kerana ia akhbar Umno.
"Kedua, saya tahu kerana semasa saya timbalan presiden Umno, presiden Umno memberikan arahan harian kepada Utusan," kata Anwar semasa sidang media hari ini.
Laman sosial facebook hari ini penuh dengan keratan muka depan Utusan yang diedarkan dengan makian dan kemarahan dilontarkan kepadanya.
Semalam, Najib menyifatkan 'tsunami Cina' berlaku dalam pilihan raya ini yang juga memarahkan pelbagai pihak.
Profesor Dr Agus Yusof antara yang menolak andaian Najib ini.
Turut tidak senang adalah bekas Ketua Pengarang kumpulan NST, Datuk Kadir Jasin.
harakahdaily/-
1 ulasan:
memang BoDoH orang yang berkata"apa lagi cina mahu" kalau samseng cina datang serang orang yang menyebut ayat tersebut..apa jadi hah>>
Catat Ulasan