20 Jun 2013

Bina Semula Penempatan Kampung Melayu Sibu dengan kemudahan Asas

11 Syaaban 1434 H. [MOD] -


PAS Sarawak amat simpati dengan nasib yang menimpa penduduk mangsa rumah terbakar di Kampung Datu, Sibu pada hari rabu yang lalu. Ianya melibatkan ratusan penduduk yang tinggal di kawasan penempatan tersebut.

Menurut laporan akhbar tempatan, terdapat lebih daripada 200 buah rumah di kawasan tersebut dan menganggarkan bahawa lebih 50 buah rumah di Kampung Datu, Sibu  telah musnah dalam kebakaran itu. Ini merupakan tragedi kebakaran yang terburuk pernah berlaku sejak lebih 100 tahun penempatan di kampung Melayu di Sibu.
Kita mengesa pihak kerajaan segera memberi bantuan dan membangunkan semula penempatan kampung Melayu dalam bandar Sibu yang sudah bertapak lebih dari 100 tahun tersebut agar ianya dikekalkan dalam keadaan seperti perkampungan moden dalam kawasan bandar. Struktur kampung perlu dikekalkan tapi ianya perlu teratur dan selamat untuk penempatan penduduk kampung tersebut dengan ada kemudahan pili bomba dan sebagainya.

Kerajaan perlu memberi peruntukan khas serta memberi tapak lot kekal kepada penduduk asal di situ agar penduduk Melayu dalam kawasan bandar tidak terpinggir dari arus pembangunan.

Bagi mereka yang ingin menyumbang serta membantu meringankan bebanan mangsa yang terbabit dalam tragedi kebakaran tersebut boleh menyalurkan bantuan terus ke dalam akaun Tabung Mangsa Kebakaran PAS Sarawak. No akaun Bank Islam 11013010023984 (AC Badan Perhubungan PAS Sarawak)

Sumbangan anda semua akan diberi terus kepada mangsa kebakaran oleh badan kebajikan PAS Sarawak melalui wakil PAS di Sibu. In Sha Allah

Jofri Jaraiee
PAS Sarawak

Tiada ulasan: