20 Jun 2013

Kedai Emas Di Karak Kerugian RM400,000 Dirompak Enam Suspek Bersenjata Parang

11 Syaaban 1434 H. [MOD] -

BENTONG: Sebuah kedai emas di Jalan Besar, Karak di sini pada Khamis kerugian RM400,000 selepas dirompak enam suspek bertopeng dan bersenjata parang.
Dalam kejadian 8.55 pagi itu, kesemua suspek terbabit menyerbu premis berkenaan ketika pemiliknya baru sahaja membuka kedainya.
Ketua Polis Daerah Bentong Supt Mohamad Mansor Mohd Nor berkata, kejadian itu berlaku semasa pemiliknya, seorang lelaki berumur 30an, membuka kedainya seperti biasa apabila tiba-tiba enam suspek terbabit meluru masuk ke premis berkenaan.
Suspek bertindak mengacukan parang ke arah mangsa sebelum melarikan 13 buah dulang barangan kemas yang dianggarkan bernilai RM400,000, katanya kepada di sini, Khamis.
Kesemua suspek kemudiannya melarikan diri dengan sebuah kereta yang diletakkan di hadapan premis itu, katanya.
Polis sedang memburu kesemua suspek dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi polis bagi membantu siasatan, katanya. - BERNAMA

Tiada ulasan: