05 Disember 2013

Banjir: Jabatan Amal gerakkan misi, rayu bantuan

1 Safar 1435H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Jabatan Amal Dewan Pemuda PAS Malaysia telah menggerakkan misi menyelamat mangsa-mangsa banjir di beberapa kawasan di negeri yang telah dinaiki sejak beberapa hari lalu.


Bagaimanapun, ekoran banjir kali ini dikatakan antara paling besar, khsususnya di Pahang, Terengganu dan Johor sehingga puluhan ribu terpaksa dipindahkan, maka pihak mereka merayu sumbangan dari rakyat prihatin.
Jabatan Amal Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Mohd Rashidi Abdul Razak berkata sumbangan boleh diberikan dalam bentuk kewangan mahupun barangan.

"Sumbangan berbentuk barangan seperti makanan kering, makanan dalam tin, ubat gigi, sabun, teh dan kopi, gula, beras, minyak masak, pampers kanak-kanak, serta tuala wanita," katanya.

Bagi warga Kuala Lumpur yang mahu membuat sumbangan barangan, bolehlah menghantar terus ke Markaz Operasi Banjir Jabatan Amal Wilayah Persekutuan dialamat No 21, Jalan Pria, Taman Maluri, Kuala Lumpur.

Sementara itu, bagi sumbangan wang tunai pula, boleh dimasukkan ke dalam mana-mana berkut.

Akaun Bank Islam: 14014010133695 atas nama Jabatan Amal Malaysia DPPWP

Akaun Maybank: 564025400100 atas nama Tabung Kemanusiaan Pemuda

Untuk maklumat lanjut dan sebarang persoalan boleh diajukan kepada Saudara Rashidi (012 242 8942), Saudara Umar (014 239 8247) dan Saudara Adam (011 1646 7711).

Harakahdaily

Tiada ulasan: