18 Jun 2021

Kes harian COVID-19 kembali melebihi 6,000 kes

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham memaklumkan jumlah kes harian COVID-19 kembali melebihi 6,000 kes iaitu sebanyak 6,440 kes dilaporkan hari ini sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 685,204 kes.

Selangor kekal mencatatkan kes harian tertinggi dengan 2,095 kes diikuti Negeri Sembilan (870); Kuala Lumpur (816); Johor (592) dan Sarawak (536).

"Semua negeri mencatatkan pertambahan kes hari ini dan hanya dua negeri melaporkan kes satu digit iaitu enam kes di Putrajaya serta dua kes di Perlis," katanya dalam Facebook, hari ini.


Tiada ulasan: