18 Jun 2021

Mi Tarik Keluarga Duan di Bandar Xining, Qinghai.



Pelbagai makanan berasaskan tepung gandum bersejarah lama dan popular di China khususnya di barat laut China yang mempunyai ramai penghuni umat Islam.
 
Di bandar Xining, terdapat sebuah restoran halal bernama "Mi Tarik Keluarga Duan".

Duan Fafu merupakan pewaris generasi ke-3 bagi makanan itu dan mi restoran itu sentiasa laris dan sangat popular.
 
Kebiasaannya, mi tarik mempunyai panjang lebih semeter manakala paling panjang pula boleh mencatat sehingga tiga meter.

Alhamdulillah dalam lawatan saya ke bandar ini atas urusan perniagaan, saya sempat solat di masjid Agung di bandar Xining . Bandar yang terkenal dengan berdebu dan beralun itu merupakan satu destinasi pelancungan yang menarik khususnya untuk umat Islam.

Tiada ulasan: