18 Jun 2021

Resepi Kuih Bakul Halal



Resepi Kuih Bakul Halal. 
Kuih Bakul atau kuih Tahun Baru Cina atau Nian Gao merupakan sejenis manisan Cina yang diperbuat daripada tepung pulut yg dikukus dalam tempoh dua belas hingga tiga belas jam. Kuih bakul berbentuk seperti dodol. Walaupun kuih bakul dapat diperolehi pada bila-bila masa sahaja, namun mengikut  tradisi kuih bakul paling mendapat sambutan adalah semasa menjelang perayaan Tahun Baru Cina.

Resepi Kuih Bakul Halal Simple Ringkas Dan Mudah

Kuih bakul bukan sahaja dapat dimakan semasa masih lembik, tetapi ramai juga penggemar kuih bakul menikmatinya apabila ia sudah keras. Kuih bakul yang sudah keras, dipotong dan di makan begitu sahaja


Bahan untuk membuat Resepi Kuih Bakul Cina :

  1. Dua ratus lima puluh gram tepung pulut yang siap diayak
  2. Dua ratus lima puluh ml air
  3. Dua ratus lapan puluh gram gula pasir
  4. Daun pisang yang sudah dilayur api
  5. Empat hingga lima tin atau loyang berukuran sepuluh sentimeter
  6. Tali rafia atau hem bagi tujuan mengikat

Cara Buat Kuih Bakul
  1. Gaulkan tepung pulut bersama air sampai sebati. 
  2. Masukkan gula serta kacau rata sampai gula larut. Biarkan selama lima belas minit.
  3. Alaskan tin guna daun pisang, pastikan daun pisang melebihi bahagian atas tin supaya mudah untuk di ikat pada sekeliling.
  4. Didihkan air dan selepas itu kecilkan api.
  5. Tuangkan separuh adunan ke dalam tin. Kukus dalam tempoh masa 12 hingga 13 jam. 
  6. Pastikan air yang anda tambah ke dalam pengukus merupakan air yang mendidih. 
  7. Penutup kukus mestilah dibungkus menggunakan beberapa lapisan kain kasa atau kain muslin supaya wap air tidak menitik pada bahagian atas kuih bakul anda.
  8. Bila kuih masak, warnanya akan bertukar kepada  kecoklatan. 
  9. Tinggal kuih dalam tempoh sehari atau semalaman sebelum anda mengeluarkan ia dari acuan atau tin
Selain kuih bakul dimakan begitu sahaja, kuih bakul juga turut boleh di goreng bersama ubi atau telur . Klik Sini untuk melihat aneka resepi kuih bakul yang lain. Selamat mencuba.


http://cararesepi.blogspot.com/

Catatan :

Kalau dibiarkan seminggu dua dan kuih bakul keras ianya lebih enak dimakan dengan memotongnya tipis-tipis dan dicelup dalam telor lalu digoreng. Selamat mencuba. 


Tiada ulasan: