18 Jun 2021

Penjelasan UMMAH berhubung 440 NGO Islam sokong Darurat dikekalkan

KENYATAAN MEDIA

PERMOHONAN MAAF SECARA TERBUKA BERKAITAN
SENARAI NGO YANG MENYOKONG KENYATAAN MEDIA UMMAH BERTAJUK :

UMMAH DAN 440 NGO ISLAM MENYOKONG DARURAT DIKEKALKAN.

Yang bertarikh 16 Jun 2021, dan disiarkan oleh media-media.

Kenyataan ini dikeluarkan sebelum Mesyuarat Khas Raja Raka Melayu yang berlangsung pada 16 Jun 2021.

Jika terdapat kekeliruan dan manipulasi daripada pihak yang mengambil kesempatan mengheret UMMAH 'menderhaka', kami pohon meneliti kenyataan UMMAH yang telah sembah maklum gembira dan terima kasih kepada YDPA diatas cadangan keputusan yang bijaksana bagi mengangani pandemik Covid-19.

KEPADA MANA-MANA NGO YANG TERSALAH DISENARAIKAN, PIHAK KAMI TELAH KELUARKAN DARIPADA SENARAI, DAN PIHAK KAMI MEMOHON MAAF DIATAS KESILAPAN YANG SANGAT TIDAK DISENGAJAKAN.

Sayugia, UMMAH sangat perihatin dengan sensiviti NGO yang bergerak bagi mencapai objektif masing-masing.

Pihak UMMAH akan  sentiasa menyokong dan melaksanakan 'engagement' bagi meningkat kolaboratif  bagi tujuan "chek and balance" untuk mempertahan agama, bangsa dan negara.

Pihak UMMAH juga mengharapkan penjelasan ini dapat memberi pencerahan kepada semua pimpinan NGO yang terlibat.
Semoga hubungan diantara NGO dapat dijernihkan semula bagi menjadi kumpulan 'third force' dan 'check and balance' yan berkesan dan bermanafaat kepada Negara.

Sekiranya ada lagi pihak-pihak daripada rakan NGO yang ingin mendapatkan penjelasan yang terperinci dan permohanan maaf secara personal, pihak kami sangat mengalu alukan. Semoga ukhuwah silaturrahim terus berkekalan dan berpanjangan.

MOHD ZAI MUSTAFA
Pengerusi
Gerakan Pembela Ummah (UMMAH)

18 Jun 2021

Tiada ulasan: