18 Jun 2021

Malaysia Hargai Sumbangan Vaksin China


Kerajaan Malaysia merakamkan penghargaan kepada China yang sudi menyumbangkan vaksin Sinovac untuk program imunisasinya.


Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, sumbangan berkenaan dapat membantu usaha Malaysia melawan pandemik COVID-19.


“Bagi pihak kerajaan Malaysia, saya dengan tulus ikhlas mengucapkan terima kasih kepada kerajaan China kerana bermurah hati menghulurkan sumbangan," katanya dalam satu kenyataan.


Sementara itu, beliau turut menzahirkan harapan supaya ikatan yang rapat dan mesra antara kedua-dua negara terus diperkukuh demi faedah bersama. CRI/-

Tiada ulasan: