01 Julai 2021

Tidak dibenar keluar selepas jam 8 malam

 Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak membenarkan pergerakan di luar kawasan kediaman selepas jam 8 malam membabitkan kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kecuali bagi kes kecemasan atau mendapat kebenaran polis.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pekerja selain perkhidmatan perlu juga tidak dibenarkan keluar dari kawasan PKPD dan tidak boleh keluar bekerja sepanjang tempoh PKPD.

"Majikan dikehendaki mematuhi perintah ini dan membenarkan pekerja hanya bekerja dari rumah.

"Pekerja daripada perkhidmatan perlu dan kilang serta premis perniagaan yang dibenarkan saja boleh menggunakan surat Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Insdustri (MITI) yang sudah dikeluarkan sebelum ini," katanya dalam kenyataan hari ini..BH/-

Tiada ulasan: