04 September 2021

Hujan lebat, ribut petir di empat negeri malam ini

 

Gambar hiasan

PETALING JAYA – Beberapa kawasan di empat buah negeri dijangka dilanda ribut petir berserta hujan lebat sehingga pukul 8 malam nanti.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam kenyataannya berkata, kawasan yang dijangka mengalami ribut petir dan hujan lebat ialah di Segamat, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi, dan Johor Bahru serta di Rompin, Pahang.

“Ribut petir dan hujan lebat turut diramal berlaku di Kuching, Samarahan (Samarahan dan Asajaya), Kapit (Kapit), Bintulu (Tatau), Miri (Miri dan Marudi) dan Limbang, Sarawak.

“Keadaan sama juga dijangka melanda beberapa kawasan di Sabah iaitu Pedalaman (Sipitang, Tenong, Nabawan, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Ranau), Tawau (Tawau, Kunak dan Lahad Datu), Sandakan (Tongod, Telupid, Kinabatangan dan Beluran) dan Kudat (Kota Marudu),” katanya di sini tadi. – K! ONLINE

Tiada ulasan: