04 September 2021

Ronaldo tiba di England

 Cristiano Ronaldo tiba di England selepas kepulangan ke Manchester United dari Juventus disahkan minggu lalu.

Cristiano Ronaldo tiba di England selepas kepulangan ke Manchester United dari Juventus disahkan minggu lalu.

MANCHESTER: Cristiano Ronaldo tiba di England selepas kepulangan ke Manchester United dari Juventus disahkan minggu lalu.

Bintang penyerang yang dilabelkan sebagai seorang daripada pemain bola sepak terbaik dunia, kini akan kembali bermain di Old Trafford selepas perpindahan bernilai £19.8 juta (RM113.83 juta) dari gergasi Itali itu dilengkapkan pada hari terakhir.

Menurut Sun, Ronaldo tiba dengan jet peribadi dari Faro di Lapangan Terbang Manchester pada jam 5.40 petang semalam dan terus dibawa ke kediamannya.

Dia ditempatkan di kediaman tujuh bilik tidur di luar bandar dilengkapi kawasan kecergasan terbaik, kolam renang, jakuzi dan enam pengawal keselamatan - membolehkan dia berehat untuk kuarantin lima hari sebelum menyertai latihan pada Rabu.

Pasangan Ronaldo, Georgina Rodriguez, 27, memuat naik beberapa gambar di Instagram miliknya menunjukkan keluarga berkenaan menaiki jet, lokasi Manchester dan kepingan coklat Cadbury bersama logo Manchester United yang diberikan sebagai hadiah.

Ronaldo sebelum ini ada tugasan antarabangsa bersama Portugal - meledak dua gol lewat pada minit ke-89 dan 96 untuk menewaskan Ireland 2-1 pada kelayakan Piala Dunia.

Bekas rakan sepasukan Ronaldo yang kini pengarah teknikal Red Devils, Darren Fletcher, pegawai United serta pasukan keselamatan menyambutnya di terminal.

Pemain baharu ditandatangani itu dijadual menjalani latihan bersama rakan sepasukan di Carrington minggu depan di bawah pengawasan Ole Gunnar Solskjaer, yang juga rakan sepasukannya antara 2003 dan 2009. - AGENSI

Tiada ulasan: