04 Oktober 2021

8,075 kes baharu COVID-19

 

- Foto fail NSTP


PUTRAJAYA: Kes jangkitan COVID-19 di negara ini terus mencatatkan penurunan apabila 8,075 kes baharu dilaporkan hari ini.

Pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 2,285,640 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata dua negeri mencatatkan pertambahan kes empat angka iaitu Sarawak dengan 1,189 kes dan Kelantan (1,020).

Pulau Pinang pula merekodkan 853 kes baharu, Johor (781), Selangor (686), Sabah (677), Terengganu (636), Kedah (628), Perak (548), dan Pahang (522).

Turut mencatatkan pertambahan kes ialah Melaka dengan 219 kes, Kuala Lumpur (151), Negeri Sembilan (108), Perlis (36), Putrajaya (19) dan Labuan (dua)

bharian/-

Tiada ulasan: