03 Oktober 2021

Kes Covid-19 turun bawah 10,000, Sarawak tertinggi

 

Jumlah kumulatif sebanyak kes Covid-19 di Malaysia mencecah angka 2,277,565 kes, menurut Dr Noor Hisham Abdullah. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan melaporkan kes harian Covid-19 sebanyak 9,066 kes baharu.

Ia merupakan pertama kali kes direkodkan di bawah 10,000 sejak jumlah kes harian dilaporkan pada angka lima digit pada 13 Julai lalu, iaitu sebanyak 11,079.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,277,565 kes.

Sarawak mencatatkan rekod tertinggi kes harian hari ini dengan 1,418 kes.

fmt/-

Tiada ulasan: