03 Oktober 2021

Mekanisme ibadah umrah diumum November

 

Ahmad Marzuk menyampaikan sumbangan RM20,000 kepada Pengarah PUSPEN, Siti Rugayah Ismail (dua kanan) sambil disaksikan Pengarah AADK Kelantan, Rahayu Ahmad (kanan) ketika lawatannya ke PUSPEN Pengkalan Chepa, hari ini. - Foto NSTP/Nik Abdullah Nik Omar
Ahmad Marzuk menyampaikan sumbangan RM20,000 kepada Pengarah PUSPEN, Siti Rugayah Ismail (dua kanan) sambil disaksikan Pengarah AADK Kelantan, Rahayu Ahmad (kanan) ketika lawatannya ke PUSPEN Pengkalan Chepa, hari ini. - Foto NSTP/Nik Abdullah Nik Omar


KOTA BHARU: Kerajaan akan mengumumkan mekanisme dan prosedur operasi standard (SOP) bagi mengerjakan umrah pada November depan, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary.

"Kita akan menyusun mekanisme yang sesuai dan selamat untuk jemaah umrah sebelum kerajaan boleh mengumumkan SOP berkenaan untuk menjamin keselamatan jemaah.

"Mekanisme penghantaran jemaah ke tanah suci serta SOP norma baharu mengerjakan ibadah umrah akan ditetapkan Jabatan Perdana Menteri melalui agensinya Jabatan Wakaf Haji dan Umrah," katanya selepas menyampaikan sumbangan RM20,000 kepada Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) di Pengkalan Chepa, hari ini.

Sumbangan berkenaan bagi membolehkan 195 pelatih di pusat itu bercucuk tanam termasuk secara hidroponik.

Mengulas lanjut Ahmad Marzuk berkata, operasi dan kuota untuk penghantaran jemaah bagi ibadah umrah bergantung kepada kelulusan Arab Saudi.

"Kalau Arab Saudi bagi keizinan 100,000 orang jemaah sehari untuk melakukan ibadah umrah, ia satu jumlah yang sangat besar. Kita akan mematuhi apa yang ditetapkan Arab Saudi. Barangkali ada pecahan berapa untuk negara Asia, Malaysia dan lain-lain negara," katanya.

Media sebelum ini melaporkan, Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengumumkan kapasiti harian bagi jemaah umrah kini dinaikkan kepada 100,000 orang, bermula kelmarin.

bharian/-

Tiada ulasan: