21 November 2021

Asam pedas Rasa Bonda Melaka istimewa

 

Pes Asam Pedas Rasa Bonda Melaka yang dikeluarkan oleh Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia, Anim Atan.

PES Asam Pedas jenama Rasa Bonda Asam Pedas Melaka cukup terkenal dalam kalangan masyarakat setempat malahan pelancong yang biasa berkunjung ke negeri bersejarah itu.

Akui pengusaha jenama Rasa Bonda, Anim Atan, 55, dia menghasilkan lebih 800 bungkus pes sehari bagi memenuhi  permintaan pasaran dan diedarkan di sekitar Melaka.

ANIM Atan bersama Pes Rasa Bonda yang dikeluarkan.

“Saya memulakan perniagaan secara kecil-kecilan di rumah dengan membuat sendiri pes asam pedas Melaka sejuk beku 21 tahun lalu.

“Kini, dengan dorongan suami, Rashid Din, 57, dan bantuan anak, Deen Ahmad, 28, jenama Rasa Bonda mempunyai kilang sendiri selain turut menyediakan perkhidmatan pengeluaran produk tulen (OEM),” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.

Kata Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) itu, pes berkenaan memberikan keseimbangan rasa antara pedas dan masam membuatkan pes disediakan mencuri selera pelanggan dan pelancong.

“Selain pes asam pedas, Rasa Bonda turut mengetengahkan pes hidangan tempatan lain yang mudah disediakan untuk seisi keluarga iaitu sambal ikan bakar dan masak lemak cili padi.

“Untuk maklumat lanjut, boleh kunjungi Facebook Rasa Bonda Agro atau hubungi talian 012-623 9123,” katanya.


——————————————————————————————-

PENGUSAHA jenama tudung Tyhany, Hartati Abd Jalil, menunjukkan koleksi tudung keluaran syarikatnya.

Alami revolusi tudung, selendang Tyhany House Of Hijab

SEIRING perkembangan fesyen, tudung atau selendang tidak ketinggalan melalui revolusi.

Perkara itu diakui pemilik bersamaTyhany House Of Hijab, Hartati Abd Jalil, 44, yang mula mengusahakan koleksi tudung  di bawah jenama Tyhany sejak 2011.

Hartati yang juga Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) memberitahu, lebih 50 koleksi tudung berkonsepkan motif kekal  malar diperkenalkan kepada pengikut setia jenama itu.

“Jenama tudung ini terkenal menerusi jualan dalam talian, pelbagai ekspo serta butik di Johor Bahru. Ia juga sudah menembusi pasaran Singapura dan Brunei.

“Terbaharu, Tyhany mengetengahkan sembilan rekaan eksklusif bermotif etnik, geometri dan abstrak dengan gabungan rona lembut atau terang pada rekaan tudung bawal.

“Penubuhan jenama tudung ini bermula daripada minat saya terhadap rekaan tudung yang unik dan lain daripada  tersedia di pasaran,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.

Katanya, koleksi tudung diperkenalkan menggunakan material berkualiti tinggi iaitu satin silk yang selesa dan tidak panas  serta sesuai dipakai pada bila-bila masa.

Untuk tempahan kunjungi Facebook, tyhany atau Instagram, tyhany2011 dan Tiktok, tyhany atau hubungi 019-3214389.

—————————————————————————————

BELACAN Mak Long Tanjong yang dihasilkan Jamilah Atan cukup dikenali dalam kalangan
penggemarnya.

Belacan Mak Long Tanjung jadi pilihan

MEWARISI perniagaan keluarga sejak 55 tahun lalu, Belacan Mak Long Tanjung, Melaka, satu-satunya jenama belacan  geragau tradisional masih bertahan.

Jamilah Atan, 66, yang juga Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) berkata, paling ketara perbezaan belacan tradisional  adalah rasa produk itu sendiri.

“Belacan buatan tangan udangnya lebih terasa, sementara yang dibuat secara komersial ada yang dicampur dengan tepung. Bagi pengguna belacan tegar, mereka boleh bezakan.

“Bahan membuat belacan hanya dua iaitu udang geragau dan garam. Jadi belacan Melaka yang dibuat secara tradisional  warnanya merah jambu berbanding negeri lain yang agak gelap.

“Belacan Mak Long Tanjung menggunakan 100 peratus udang geragau Melaka yang mempunyai rasa unik tidak seperti  udang geragau dari negeri lain,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.

Katanya, Mak Long Tanjung juga menjadi pemborong dan pembekal belacan Melaka kini mempunyai 200 ejen di seluruh  negara selain jualan mendapat permintaan di Singapura dan Brunei.

Untuk tempahan boleh kunjungi Facebook, Belacan Mak Long Tanjong atau hubungi 012-333 4225.

—————————————————————————————–

NORAIDA Mohd. Sulong bersama bahulu yang dihasilkan olehnya.

Noraida ketengah bahulu pelbagai perisa

MENYAMBUNG legasi perniagaan arwah ibu yang telah bermula sejak 1997, pemilik syarikat AaidaRiCH Bussiness, Noraida Mohd. Sulong, 53, ternyata bersemangat dalam memperkenalkan pelbagai perisa baharu bagi perniagaan bahulu  yang makin memikat selera pelanggan.

Lebih menarik, Noraida turut memberi kelainan menerusi penampilan Bahulu Serunding selain Cermai Kismis, Bunga Kemboja, Cermai, Gebu dan Pusing dengan setiap pilihan memberikan sentuhan rasa memikat hati.

Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) itu berkata, Bahulu Serunding mula diperkenalkan kepada pelanggan sekitar 2019  apabila dia ingin memberikan kelainan dan inovasi terhadap bahulu yang dihasilkan.

“Bahulu Serunding dihasilkan juga memenangi tempat pertama bagi pertandingan inovasi yang dianjurkan pada sambutan Hari Veterinar 125 Tahun, di A’famosa, Melaka.

“Rasa bahulu ini agak unik kerana ia menggabungkan rasa manis dan pedas isi serunding yang terdapat dalam bahulu.

“Permintaannya juga meningkat lebih lagi menjelang musim perayaan dan pelanggan juga membeli Bahulu Serunding untuk dijadikan hamper dan sebagainya,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.

Katanya, setiap minggu hampir 50 papan telur diperlukan untuk kesemua perisa bahulu dan dijual dalam bekas dua saiz berharga RM20 dan RM15 serta RM5 bagi 12 biji bahulu.

Bagi yang ingin membeli bahulu milik Sahabat AIM ini, anda boleh hubungi 011-53567696, 011-57607769, 011-58895549.

Untuk mengetahui skim pembiayaan perniagaan yang disediakan oleh Amanah Ikhtiar Malaysia, sila layari:
www.aim.gov.my/perkhidmatan. – UTUSAN

Tiada ulasan: