21 November 2021

Liverpool mudah tamat rekod cemerlang Arsenal

 Pemain Liverpool, Takumi Minamino (tengah) menewaskan penjaga gol Arsenal, Aaron Ramsdale (kanan) pada aksi perlawanan, awal pagi tadi. - Foto EPA

Pemain Liverpool, Takumi Minamino (tengah) menewaskan penjaga gol Arsenal, Aaron Ramsdale (kanan) pada aksi perlawanan, awal pagi tadi. - Foto EPA

LIVERPOOL: Liverpool memberikan petunjuk buat Arsenal betapa mereka perlu mengurangkan jurang bagi bersaing dengan kelab elit Liga Perdana apabila menamatkan rentetan kemenangan 10 perlawanan Gunners menerusi kemenangan 4-0 di Anfield.

Tiga tonggak serangan Reds - Sadio Mane, Diogo Jota dan Mohamed Salah semuanya menemui sasaran sebelum pemain gantian Takumi Minamino melengkapkan kemenangan buat skuad Jurgen Klopp selepas kalah pertama kali dalam 26 perlawanan di West Ham.

Kemenangan mengangkat Reds ke kedudukan kedua dan empat mata di belakang pendahulu, Chelsea.

Klopp menjadi tumpuan apabila bertelagah dengan bos Arsenal, Mikel Arteta yang membangkitkan prestasi Liverpool selepas lesu pada setengah jam pertama.

Penyerang Liverpool, Sadio Mane meraikan jaringan pertama pasukannya ketika saingan Liga Perdana menentang Arsenal di Liverpool. -  EPA
Penyerang Liverpool, Sadio Mane meraikan jaringan pertama pasukannya ketika saingan Liga Perdana menentang Arsenal di Liverpool. - EPA

Klopp membangkitkan semangat penyokong di Anfield apabila Mane membuka jaringan enam minit sebelum tamat babak pertama.

"Mereka yang berada di bangku simpanan Arsenal bangun seperti mahukan ia kad merah. Saya bertanya apa yang mereka mahukan dalam situasi seperti itu," kata Klopp. "Saya sangat tidak suka dalam situasi itu kerana semua orang seperti mencari salah Sadio.

"Kami perlu mengeluarkan Sadio berdepan Atletico (Madrid dalam Liga Juara-Juara) kerana mereka mahu dia menerima kad kuning. Ia tidak betul."

Rentetan tiga bulan tidak kalah Arsenal sejak permulaan terburuk dalam liga sejak 67 tahun membawa mereka hanya tiga mata di belakang empat pasukan teratas.

Namun mereka tidak berdepan pasukan yang menghuni tujuh kedudukan teratas dan mendapat pengajaran betapa mereka masih jauh bagi bersaing dengan pasukan terbaik Liga Perdana selepas kalah besar kepada Chelsea dan Manchester City pada awal kempen.

"Pada ketika ini, mereka lebih baik berbanding kami," kata Arteta. "Kami mensia-siakan perlawanan 15 minit selepas bermula babak kedua." - AFP

Tiada ulasan: