21 November 2021

Negara asing mula buka kedutaan di Afghanistan

Menteri Luar Afghanistan, Amir Khan Mutaqqi. - Foto Google
Menteri Luar Afghanistan, Amir Khan Mutaqqi. - Foto Google

KABUL: Lebih banyak kedutaan asing bakal dibuka di Afghanistan, kata Menteri Luarnya, Amir Khan Mutaqqi.

Beliau berkata, perkembangan itu menunjukkan pentadbiran baharu yang diterajui Taliban itu mula mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa.

Beliau berkata, antara negara yang akan membuka kedutaan mereka di Afghanistan termasuk Turki, Itali dan Jerman yang juga negara anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), lapor agensi berita MediaCorp.

"Kebanyakan negara misalnya Pakistan, Turkmenistan, Kazakhstan dan Iran sudah mula membuka kedutaan mereka (di sini). 

"Sementara Jerman turut disahkan akan membukanya (kedutaan) dalam minggu ini," katanya.

Ogos lalu, dalam tempoh hanya seminggu, Taliban melancarkan serangan mengejut di negara itu dengan pasukan tentera gagal menjaga wilayah mereka tanpa sokongan tentera AS, yang akhirnya membuat keputusan berundur selepas kehadiran selama 20 tahun. - AGENSI

Tiada ulasan: