21 November 2021

Pekerja kedai parah premis dirempuh pemandu mabuk

 Anggota bomba memeriksa pekerja kedai yang parah selepas sebuah kereta merempuh premis itu - Foto NSTP/Ihsan bomba

Anggota bomba memeriksa pekerja kedai yang parah selepas sebuah kereta merempuh premis itu - Foto NSTP/Ihsan bomba

AMPANG JAYA: Pekerja kedai perabot parah selepas premis di Jalan Kampung Pasir di sini, dirempuh sebuah kereta dipercayai dipandu pemandu mabuk, hari ini.

Dalam kejadian pada jam 6 petang itu, mangsa yang berusia 20-an adalah pekerja di kedai berkenaan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 6.15 petang.

"Kereta jenis Proton Preve dipandu lelaki berusia 36 tahun merempuh kedai berkenaan.

"Ketika kejadian terdapat seorang pekerja di kedai berkenaan dan kini dalam keadaan parah akibat rempuhan itu," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata pemandu kenderaan hanya mengalami cedera ringan dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

"Anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) memberi bantuan awal kepada mangsa sebelum dihantar ke Hospital Ampang untuk menerima rawatan lanjut.

"Mangsa didapati tidak sedarkan diri. Rempuhan itu turut mengakibatkan struktur kedai rosak," katanya.

BHARIAN.

Tiada ulasan: