21 November 2021

Sulaiman selesai angkat sumpah Ketua Menteri Melaka

 ADUN Lendu, Datuk Seri Sulaiman Md Ali mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13. - Foto ihsan Facebook Wee Ka Siong

ADUN Lendu, Datuk Seri Sulaiman Md Ali mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13. - Foto ihsan Facebook Wee Ka Siong

AYER KEROH: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu, Datuk Seri Sulaiman Md Ali mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13 selepas Barisan Nasional (BN) berjaya membentuk kerajaan negeri, malam tadi.

Majlis angkat sumpah Ketua Menteri berlangsung di hadapan Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Rustam di Pejabat Tuan Yang Terutama (TYT), jam 12.58 tengah malam tadi dan dilangsungkan secara tertutup.

Yang turut hadir, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong dan Pengerusi Lembaga Penasihat BN, Datuk Seri Najib Razak.

Sulaiman, 55, sebelum ini dinamakan sebagai calon Ketua Menteri jika BN menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Ini adalah kali kedua Sulaiman dilantik sebagai Ketua Menteri selepas pertama kali dilantik ke jawatan itu pada tahun lalu.

Sementara itu, Ka siong mengesahkan upacara itu menerusi hantaran di Facebook.

"Saya dijemput untuk menyaksikan istiadat mengangkat sumpah Datuk Seri Sulaiman Md Ali sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13," katanya.

BHARIAN

Tiada ulasan: