10 Disember 2021

48 tahun tak pernah turun tangan kanan

 AMAR Bharati dengan tangan kanannya yang masih diangkat sejak 1973. FOTO AGENSI

AMAR Bharati dengan tangan kanannya yang masih diangkat sejak 1973. FOTO AGENSI

New Delhi: Seorang warga emas di India dilapor tidak pernah menurunkan tangan kanannya selama 48 tahun.

Sadhu Amar Bharati mengangkat tangan kanannya dan menggenggam jari sejak 1973 dan tidak merancang untuk menurunkannya demi kepercayaan yang dipegang.

Kisahnya kembali diperkata selepas gambar menunjukkan keadaan tangan dengan kuku jari panjang yang masih kekal pada posisi sama.

Dia yang sudah berkahwin dan mempunyai tiga anak sebelum ini pernah bekerja di bank namun meninggalkan kehidupan itu demi keamanan dunia.

Bharati mula dedikasikan kehidupannya kepada dewa Shiva dan memutuskan untuk mengangkat tangan serta mengekalkan kedudukan itu sebagai tanda ketaatan.

Dia menghabiskan masa selama dua tahun pertama dalam kesakitan, tetapi keperitannya beransur kurang selepas itu hingga kini tidak merasa apa-apa.

HMETRO.

Tiada ulasan: