08 Disember 2021

 Foto hiasan

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) COVID-19 bagi seluruh negara berdasarkan kes positif harian adalah 0.99 semalam, dengan kebanyakan negeri melepasi nilai itu.

Rt tertinggi dicatatkan Perlis iaitu 1.13, diikuti Labuan 1.06; Pulau Pinang dan Melaka pada 1.03 dan Negeri Sembilan 1.01.

Menerusi perkongsian Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di twitter, nilai Rt itu menunjukkan peningkatan berbanding nilai purata 0.95 pada 1 Disember lalu.

Pahang pula mencatatkan Rt 1.00, diikuti Kuala Lumpur (0.99) serta Selangor, Perak dan Terengganu masing-masing 0.98.

Ia diikuti Johor dengan Rt 0.97, Kedah (0.96), Kelantan (0.95), Sabah (0.90), Putrajaya (0.87) dan paling terendah Sarawak, 0.71.

Nilai Rt tertinggi di seluruh negara dicatatkan antara 13 dan 15 November lalu adalah pada 1.05

Ia merujuk tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Semakin rendah nilai itu, semakin kurang kemungkinan jangkitan bagi setiap kes positif.

BHARIAN.

Tiada ulasan: