PUTRAJAYA: Untuk sementara waktu, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib masih boleh bebas dengan jaminan RM2 juta selepas Mahkamah Rayuan di sini sebentar tadi membenarkan permohonan peguam belanya untuk menangguhkan perlaksanaan hukuman.
Panel tiga hakim yang diketuai Datuk Abdul Karim Abdul Jalil dan bersidang bersama-sama Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera membenarkan permohonan tersebut selepas mendengar hujah pihak-pihak terlibat.
Mahkamah turut mengekalkan syarat-syarat yang dikenakan terhadap Najib sebagaimana yang ditetapkan oleh Mahkamah Tinggi iaitu pasport perlu diserahkan ke mahkamah dan perlu lapor diri ke balai polis berdekatan dua kali sebulan.
Terdahulu, panel tiga hakim yang diketuai Datuk Abdul Karim Abdul Jalil dan bersidang bersama-sama Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera sebulat suara memutuskan untuk mengekalkan sabitan salah dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta selepas menolak rayuan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Rayuan Najib di Mahkamah Persekutuan adalah peluang terakhir Ahli Parlimen Pekan itu untuk membatalkan semua sabitan dan hukuman yang dikenakan terhadapnya. – UTUSAN ONLINE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan