08 Disember 2021

(PARLIMEN) 1:400 nisbah doktor menjelang 2025

 

- GAMBAR HIASAN

KUALA LUMPUR: Malaysia menyasarkan menjadikan nisbah doktor kepada penduduk 1:400 menjelang 2025.

Dalam sesi Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat hari ini, Timbalan Menteri Kesihatan I, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali berkata, jangkaan itu juga adalah sasaran negara yang disebut dalam pembentangan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

“Bagi tahun 2025, nisbah doktor kepada penduduk yang disasarkan di dalam RMK12 adalah 1:400. Dengan itu, secara anggaran purata, sasaran nisbah doktor kepada penduduk untuk tahun 2022 adalah 1:425.

“Bagi tahun lalu pula, nisbah doktor kepada penduduk di Malaysia pada tahun 2020 adalah 1:441,” katanya.

Terdahulu, Teo Nie Ching [Kulai-PH] meminta kementerian tersebut menyatakan nisbah doktor kepada penduduk di Malaysia dan matlamat KKM menjelang tahun 2022 dan tahun 2025. – UTUSAN ONLINE

Tiada ulasan: