08 Disember 2021

Sabitan Najib kes SRC kekal

 PUTRAJAYA, 7 Dis -- Mahkamah Rayuan memutuskan untuk meneruskan prosiding keputusan rayuan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap sabitan dan hukuman berhubung penyelewengan dana SRC, esok.

PUTRAJAYA, 7 Dis -- Mahkamah Rayuan memutuskan untuk meneruskan prosiding keputusan rayuan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap sabitan dan hukuman berhubung penyelewengan dana SRC, esok.

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman terhadap Datuk Seri Najib Razak, yang didapati bersalah atas tujuh pertuduhan membabitkan penyelewengan dana RM42 juta milik syarikat SRC International Sdn Bhd.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan Hakim Datuk Abdul Karim Abdul Jalil, bersama-sama Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera, sebulat suara membuat keputusan itu selepas mendapati Mahkamah Tinggi membuat keputusan yang betul dan tidak terkhilaf apabila mensabitkan Najib terhadap tuduhan berkenaan.

Najib, 68, memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 Julai tahun lepas yang menjatuhi hukuman 10 tahun penjara ke atasnya, bagi setiap tiga pertuduhan pecah amanah (CBT) dan tiga kes pengubahan wang haram.

Beliau juga dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta atau penjara lima tahun bagi satu pertuduhan menyalahgunakan kedudukan, membabitkan dana SRC berjumlah RM42 juta.

bharian.

Tiada ulasan: