23 Disember 2021

Jumlah mangsa banjir meningkat di Pahang

 Penduduk Jasmi Hassan, 61, membersihkan di rumah selepas kediaman mereka di Rantau Panjang di pinggir Sungai Golok, dinaiki air sejak Jumaat lalu. - Foto NSTP/NIK ABDULLAH NIK OMAR

PreviousNext

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) meningkat di Bera, Maran, Mentakab dan Temerloh, Pahang, sehingga jam 12 tengah hari tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelemat (JBPM) menjelaskan 264 PPS dibuka bagi menempatkan 37,761 mangsa banjir di Pahang.

Bagaimanapun, jumlah mangsa banjir ke PPS mencatatkan trend penurunan di Kelantan, Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Melaka.

Seramai 1,559 mangsa dipindahkan ke lapan PPS di Kelantan, manakala 254 mangsa berlindung di dua PPS dekat Perak; 22,279 mangsa di 108 PPS di Selangor; 312 mangsa di dua PPS di Kuala Lumpur; 343 mangsa di lima PPS di Negeri Sembilan dan 135 mangsa ditempatkan di tiga PPS di Melaka.

Perkongsian sama turut menyaksikan seramai 62,601 mangsa daripada 17,621 keluarga terjejas akibat banjir di 27 daerah dalam negeri berkenaan.

Selain itu, sebanyak 26 kes kematian direkodkan, masing-masing 10 di Pahang dan 16 di Selangor, manakala tujuh mangsa lagi dilaporkan hilang.

Dalam pada itu, tujuh sungai di Pahang dilapor berada pada paras bahaya, manakala lima lagi di tahap waspada dan enam di paras amaran.

Notifikasi aras sungai di Selangor pula mencatatkan satu berada di tahap bahaya dan empat lagi di paras amaran.

bharian.

Mangsa banjir dan sukarelawan di PPS SMK USJ 23 Subang Jaya yang menempatkan sebahagian besar mangsa banjir dari Kampung Tengah, Puchong. - Foto PEMBACA
Mangsa banjir dan sukarelawan di PPS SMK USJ 23 Subang Jaya yang menempatkan sebahagian besar mangsa banjir dari Kampung Tengah, Puchong. - Foto PEMBACA

Tiada ulasan: