03 Januari 2022

Chelsea bangkit ikat Liverpool

 Pemain Chelsea, Christian Pulisic meledak jaringan penyamaan ketika pasukannya menentang Liverpool di Stamford Bridge, London. - REUTERS

Pemain Chelsea, Christian Pulisic meledak jaringan penyamaan ketika pasukannya menentang Liverpool di Stamford Bridge, London. - REUTERS

LONDON: Chelsea bangkit daripada ketinggalan 2-0 untuk berkongsi mata selepas seri 2-2 menentang Liverpool awal pagi tadi yang tidak membantu kedua-dua pasukan mengejar Manchester City di persada Liga Perdana.

City kini mengumpul jurang 10 mata di depan Chelsea dengan Liverpool satu mata lagi di belakang walaupun ada satu perlawanan tambahan.

Bos Liverpool, Jurgen Klopp tidak ada dalam perlawanan itu bersama tiga pemain utama kerana positif COVID-19 tetapi Reds masih mendahului dua gol hasil jaringan Sadio Mane dan Mohamed Salah sebelum kedua-duanya akan ke saingan Piala Negara-Negara Afrika.

Bos Chelsea, Thomas Tuchel tidak menyenaraikan Romelu Lukaku selepas penyerang Belgium itu menyuarakan secara terbuka rasa tidak gembira jarang digunakan pengendali Jerman itu.

Bagaimanapun Blues masih memiliki kekuatan untuk bangkit sebelum tamat babak pertama hasil jaringan Mateo Kovacic dan Christian Pulisic.

Namun Chelsea kini hanya menang sekali daripada lima perlawanan terakhir manakala Liverpool sekadar memungut dua mata daripada tiga perlawanan yang membolehkan City terus menjarakkan diri dalam mengejar gelaran keempat sepanjang lima musim.

"Secara keseluruhan kami terlalu banyak seri di laman sendiri," kata Tuchel selepas diikat buat kali kelima dalam enam saingan di Stamford Bridge.

"Tiada guna untuk melihatnya kembali, kami mesti fokus dari hari ini dan belajar apa yang kami boleh lakukan esok.

"Keputusan baik akan hadir jika kami bermain dengan lebih bertenaga dan berkualiti." - AFP

Tiada ulasan: