02 Januari 2022

2,882 kes baharu Covid-19

 GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP

GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP

Kuala Lumpur: Jumlah kes baharu Covid-19 yang dilaporkan hari ini menurun iaitu 2,882 kes berbanding 3,386 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, angka terkini itu menjadikan jumlah kumulatif kes dalam negara mencapai 2,764,354 kes.

Menurutnya, maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW.

"Data harian laman Covidnow dikemaskini sekali gus selepas tengah malam," katanya dalam hantaran di Twitter, hari ini.

Tiada ulasan: