Kuala Berang: Seorang wanita maut manakala suami dan dua anak saudaranya cedera selepas kenderaan dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan di Kilometer (KM) 392.2 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT 2) arah Ajil menghala ke Bukit Besi, di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, kejadian berlaku ketika pasangan suami isteri terbabit, Nasir Mamat, 32, dan Norbibi Arisysa Ab Latif, 26, serta dua anak saudara, Mohamad Danish Iskandar Mohd Darus, 8, dan adiknya, Mohamad Danish Idlan, 4, dalam perjalanan ke rumah saudara mereka di Cheneh, Kemaman, kira-kira jam 11 pagi.
Menurutnya, sebaik tiba di lokasi kejadian, kenderaan dipandu melanggar lopak air menyebabkan kereta itu hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar besi penghadang jalan sebelah kanan arah menghala ke Bukit Besi.
"Norbibi Arisysa dari Kampung Gong Tiong, Keluang, Besut yang duduk di tempat duduk hadapan meninggal dunia akibat mengalami kecederaan parah.
"Suami mangsa yang juga kakitangan kerajaan patah bahu kiri manakala dua kanak-kanak terbabit cedera ringan," katanya.
Mohd Adli berkata, semua mangsa yang mengalami kecederaan dihantar ke Hospital Hulu Terengganu (HHT) untuk rawatan lanjut.
"Mayat Norbibi Arisya dibawa ke Unit Forensik HHT untuk bedah siasat," katanya.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ )1987.
HMETRO.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan