02 Januari 2022

Jumlah mangsa banjir di Sabah meningkat 717

 Pusat pemindahan sementara (PPS) Masjid Nur Iman Kampung Sungai Memanjang. - Foto APM

Pusat pemindahan sementara (PPS) Masjid Nur Iman Kampung Sungai Memanjang. - Foto APM

KOTA MARUDU: Jumlah mangsa banjir di Sabah terus meningkat pagi ini apabila mencatatkan 717 orang mangsa membabitkan 212 keluarga dari lima daerah yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 8.30 pagi tadi.

Daerah dilanda banjir adalah Kota Marudu, Paitan, Beluran, Telupid, Kinabatangan, Lahad Datu, Ranau dan Sandakan

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah, berkata Kota Marudu kekal mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 504 orang daripada 167 keluarga.

"Semua mangsa banjir ini masih ditempatkan di tiga PPS iaitu 253 orang daripada 97 keluarga di PPS Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Teritipan, 251 orang daripada 70 keluarga berada di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tandek dan 53 mangsa membabitkan 14 keluarga kini berada di Dewan St Theresa.

"Sandakan ialah daerah kedua mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi di Sabah iaitu 61 orang daripada 10 keluarga yang kini berada di PPS Masjid Nur Iman Sungai Memanjang.

"Ia diikuti Paitan seramai 43 orang membabitkan sembilan keluarga di PPS Dewan SMK Pamol dan Dewan Kampung Binsulung.

Pusat pemindahan sementara (PPS) Masjid Nur Iman Kampung Sungai Memanjang. - Foto APM
Pusat pemindahan sementara (PPS) Masjid Nur Iman Kampung Sungai Memanjang. - Foto APM

"Seramai 30 orang penduduk terjejas banjir pula sudah dipindah ke PPS Dewan Kampung Balaban Jaya bagi daerah Beluaran manakala 26 orang daripada empat keluarga ditempatkan di PPS Dewan Kampung Rancangan Nangoh serta Dewan Kampung Bakong-Bakong bagi daerah Telupid," katanya dalam satu kenyataan media.

Sementara itu, Jurucakap APM Sabah menyatakan daerah lain yang turut dilanda banjir adalah Kinabatangan, Lahad Datu dan Ranau namun setakat ini tiada PPS yang dibuka.

BHARIAN.

Tiada ulasan: