02 Januari 2022

Banjir Johor terus memburuk, 1,456 mangsa berpindah

 


JOHOR BAHRU: Keadaan banjir di negeri ini terus bertambah buruk apabila jumlah penduduk yang diarahkan berpindah semakin bertambah.

Setakat pukul 8.30 malam ini, seramai 1,456 mangsa dari 396 keluarga ditempatkan di 25 pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka berbanding 842 orang pada 2 petang tadi.

24 daripada PPS tersebut adalah di Segamat dengan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kampung Tengah, Sekolah Kebangsaan (SK) Mensudut Lama dan Dewan Serbaguna Kampung Logah antara yang terbaharu dibuka.

Ads by Kiosked

Ketiga-tiga PPS berkenaan menempatkan 98 mangsa, selain Balai Raya Kampung Bukit Tunggal yang turut baru beroperasi mencatatkan 14 mangsa.

Sebuah PPS di Tangkak turut dibuka iaitu di Sekolah Agama Bandar Tangkak yang dihuni 31 mangsa.

SJKC Tah Kang Gemas Baru di Segamat menjadi PPS tertinggi yang menempatkan mangsa banjir apabila seramai 274 penduduk berlindung di situ.

Selain itu, PPS SK Batu Anam (223 mangsa); SK Kampung Tenang (223); SJKC Ai Chun (168); Sekolah Agama Gemereh (67); Balai Raya Jalan Pemuda (56); Balai Raya Kampung Lebar (58) dan Dewan Serbaguna Pekan Air Panas (45).- UTUSAN ONLINE

Tiada ulasan: