KUALA LUMPUR: 12 sungai di lima negeri iaitu Pahang, Selangor, Johor, Negeri Sembilan dan Melaka melebihi tahap bahaya pagi ini, susulan hujan berterusan sejak beberapa hari lalu.
Portal Info Banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menunjukkan, sekurang-kurangnya paras air di enam daripada 12 sungai itu masih menunjukkan pola meningkat, sekali gus berisiko menyebabkan banjir atau memburukkan lagi bencana itu.
Dalam pada itu, empat sungai di Pahang menunjukkan pola meningkat dengan aras airnya melebihi tahap bahaya seperti dicatatkan di stesen Paya Gintong dekat Jerantut melepasi tahap bahaya 45 meter (m) iaitu sebanyak 0.71m dengan bacaan terkininya, 45.71m setakat jam 9 pagi ini.
Selain itu, Sungai Serting di Jambatan Padang Gudang, Bera pula melepasi paras bahaya 30.5m iaitu bacaan terkininya adalah 32.7m, sementara Sungai Jelai di Jeti Lipis, Lipis 66.13m (paras bahaya 65.5m).
Bagaimanapun, Sungai Luit di Kampung Subuh, Maran menunjukkan trend penurunan namun tetap melepasi paras bahaya 28m iaitu bacaan terkininya 28.43m manakala Sungai Lipis di Benta, Lipis melebihi tahap bahaya 75m iaitu 75.31m.
Sementara itu. Sungai Bernam di Rimba KDR, Sabak Bernam, Selangor melebihi tahap bahaya 2.6m berbanding tahap bahaya 2.3m setakat 8.30 pagi ini.
Di Johor, dua sungainya melepasi tahap bahaya iaitu Sungai Segamat, Segamat mencatatkan aras air 9.36m melepasi tahap bahaya 9.14m dan Sungai Tangkak di Kampung Seri Makmur, Tangkak merekodkan aras air 4.25m melepasi tahap bahaya empat meter.
Di Negeri Sembilan, dua sungai melepasi tahap bahaya dan menunjukkan pola menaik iaitu Sungai Muar di Pekan Rompin, Jempol dengan aras air terkini setakat jam 8.45 pagi 37.11m berbanding tahap bahaya 33m dan Sungai Muar di Kampung Berembang, Kuala Pilah 63.68m mengatasi tahap bahaya 63m.
Di Melaka pula, dua sungainya melepasi tahap bahaya iaitu Sungai Melaka di Melaka Pindah, Alor Gajah merekodkan bacaan 11.95m mengatasi tahap bahaya 11.90m dan Sungai Melaka di Batu Hampar, Melaka Tengah menunjukkan aras air 2.95m melepasi tahap bahaya dua meter.
Dalam pada itu, sembilan sungai di Pahang menunjukkan paras air tahap bahaya dan tujuh sungai tahap waspada dan satu sungai pada paras normal.
Sementara itu, tiga sungai di Johor menunjukkan tahap amaran manakala tiga lagi merekodkan aras air tahap waspada; dan di Negeri Sembilan dua sungainya menunjukkan tahap amaran serta satu lagi sungai tahap waspada.
Tiga sungai di Melaka mencatatkan tahap amaran dan satu lagi sungai pada tahap amaran.
Kelantan dan Terengganu pula masing-masing empat sungai pada tahap bahaya serta tiga lagi tahap waspada selain dua sungai di Terengganu merekodkan tahap amaran dan lapan lagi tahap waspada.
Sementara Sungai Bidor di Changkat Jong, Hilir Perak di Perak mencatatkan tahap amaran dan Long Teru, dekat Sarawak mencatatkan paras air tahap waspada.
BHARIAN.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan