02 Januari 2022

7,446 mangsa banjir masih di PPS

 Keadaan banjir di Pengkalan, Melaka. - Foto BERNAMA

Keadaan banjir di Pengkalan, Melaka. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Seramai 7,446 orang daripada 2,136 keluarga masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS) di tujuh negeri, setakat jam 10 pagi ini.

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), semua mangsa ditempatkan di 115 PPS di Pahang, Negeri Sembilan, Kelantan, Terengganu, Sabah, Johor dan Melaka.

Di Pahang, jumlah mangsa banjir adalah seramai 1,758 orang daripada 541 keluarga, yang ditempatkan di 49 PPS.

Ia membabitkan seramai 657 mangsa lelaki dan 607 wanita, 442 kanak-kanak dan selebihnya warga emas, bayi dan orang kelainan upaya (OKU).

Pusat pemindahan sementara (PPS) Masjid Nur Iman Kampung Sungai Memanjang, Sandakan. - Foto ihsan BOMBA/APM
Pusat pemindahan sementara (PPS) Masjid Nur Iman Kampung Sungai Memanjang, Sandakan. - Foto ihsan BOMBA/APM

Di Negeri Sembilan, seramai 1,795 mangsa banjir daripada 472 keluarga berlindung di 16 PPS.

Di Kelantan, seramai 301 mangsa banjir daripada 107 keluarga berlindung di empat PPS, manakala di Terengganu, seramai 137 mangsa banjir daripada 42 keluarga berlindung di dua PPS.

Sabah pula merekodkan 668 mangsa banjir daripada 240 keluarga berlindung di enam PPS.

Melaka merekodkan 1,164 mangsa banjir daripada 293 keluarga, yang berlindung di 11 PPS, manakala Johor menempatkan 1,623 mangsa banjir daripada 441 keluarga, di dua PPS.

BHARIAN.

Tiada ulasan: