07 Januari 2022

Kereta terbang buatan Perancis cecah harga RM3.78 juta

 

PARIS: Syarikat permulaan Perancis, Maca merancang untuk menguji `carcopter’ yang dibangunkan oleh firmanya di sebuah litar lumba tahun ini. 

Kenderaan terbang yang dijana kuasa hidrogen itu dilaporkan bernilai hampir 665,000 pound (RM3.78 juta).   

Lapor Daily Mail, kenderaan mesra alam itu mampu mencapai kelajuan maksimum 249.4 kilometer sejam (km/j) sekali gus memberikan pengalaman seperti memandu kereta Formula One.         

Bagaimanapun, kenderaan terbang itu tidak menghasilkan sebarang pelepasan karbon dioksida (CO2) dan boleh dikitar semula sepenuhnya. 

Firma itu juga berharap agar carcopter dapat menggantikan kereta Formula One dalam bidang sukan.

Maca S11 Carcopter dilancarkan pada malam majlis pembukaan Pameran Elektronik Pengguna 2022 di Las Vegas.

Selain dilengkapi dengan tiga kipas berkuasa rendah, kenderaan itu mempunyai casis logam dan rangka diperbuat daripada karbon, linen dan kayu.  

Sementara itu, Maca memaklumkan carcopter itu akan berada di pasaran menjelang Jun tahun depan. – AGENSI  

Tiada ulasan: