07 Januari 2022

SKS Airways sedia terbang

    SKS Airways diperbadankan pada 2017 dengan pegangan saham oleh rakyat Malaysia.

SKS Airways diperbadankan pada 2017 dengan pegangan saham oleh rakyat Malaysia.

Kuala Lumpur: SKS Airways Sdn Bhd, syarikat penerbangan terbaru di Malaysia menerima Lesen Perkhidmatan Udara (ASL) daripada Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) bermula 1 Januari lalu.

Oleh itu, ia kini bersedia melancarkan operasi penerbangan sulung dalam masa terdekat.

Pengarah SKS Airways, Datuk Rohman Ahmad berkata, penerimaan ASL daripada Mavcom membolehkan pihaknya beroperasi secara rasmi.

"Kami tidak sabar melayani pelanggan di samping mengekalkan piawaian kebersihan dan keselamatan tertinggi," katanya.

Katanya, pandemik yang melanda sejak dua tahun ini memberi kesukaran kepada industri penerbangan dan pelancongan bukan saja di Malaysia tetapi seluruh dunia.

Katanya, bagaimanapun, kesukaran itu beransur pulih dan kembali membuka semula operasi perniagaan terutama industri penerbangan.

"Kami di SKS Airways bekerja keras dalam tempoh ini untuk memperkenalkan syarikat penerbangan komersil baharu yang memfokuskan kepada destinasi laluan yang belum atau kurang diteroka.

"Kami juga mula menerima tempahan penerbangan tidak lama lagi," katanya.

SKS Airways diperbadankan pada 2017 dengan pegangan saham oleh rakyat Malaysia.

SKS Airways sebahagian daripada Kumpulan SKS yang diasaskan pada 1983 dengan pelbagai cabang perniagaan termasuk pembangunan hartanah, pelaburan, hospitaliti dan kewangan di Malaysia dan Australia.

HMETRO.

Tiada ulasan: