07 Januari 2022

PAS sokong penangguhan sementara umrah

 Abdul Hadi (dua kanan) selepas menyampaikan kuliah Jumaat di Masjid Rusila, Marang, hari ini. FOTO BAHAROM BAKAR

Abdul Hadi (dua kanan) selepas menyampaikan kuliah Jumaat di Masjid Rusila, Marang, hari ini. FOTO BAHAROM BAKAR

Marang: Pas menyokong penuh tindakan kerajaan menangguhkan sementara perjalanan untuk mengerjakan umrah bagi mengekang penularan varian Omicron di negara ini.

Presidennya Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, tindakan kerajaan menangguhkan perjalanan mengerjakan umrah itu wajar selepas mendapat pandangan daripada ahli perubatan dan kerajaan Arab Saudi.

Katanya, penangguhan bagi mengelakkan berlakunya perebakan wabak pernah berlaku dalam sejarah Islam.

"Solat Jumaat pernah ditangguhkan di Masjid Nabawi dan di Makkah disebabkan berlakunya perebakan wabak.

"Walaupun penangguhan itu menimbulkan keresahan kalangan peniaga, tetapi menjadi hak kerajaan untuk memutuskan menangguhkan sementara perjalanan mengerjakan umrah demi keselamatan rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan kuliah Jumaat di perkarangan kediamannya di Rusila, di sini, hari ini.

Terdahulu, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dilaporkan berkata, Kabinet bersetuju untuk menangguhkan perjalanan umrah selama sebulan bermula esok.

Penangguhan itu dibuat bagi membolehkan kadar risiko penilaian jangkitan Omicron dilakukan.

Mengulas lanjut, Abdul Hadi berkata, dalam Islam perkara yang perlu kepada manusia adalah agama, nyawa, akal, keluarga dan wang.

Katanya, jika nyawa manusia terancam, kepentingan wang itu harus ditangguhkan dan nyawa perlu diberi keutamaan.

"Pas bersetuju tindakan dilakukan kerajaan menangguhkan sementara perjalanan untuk mengerjakan umrah selepas mendapat penjelasan dan maklumat daripada ahli perubatan serta kerajaan Arab Saudi," katanya.

HMETRO.

Tiada ulasan: