09 April 2009

Ramalan kabinet baru Najib ?

ZAMRI kecik's

Pelbagai tekaan dibuat berkaitan Kabinet PM. Namun, 2 perkara yang kuat diperkatakan ramai adalah:-

1.Kabinet dikecilkan daripada yang sedia ada;
2.Gabungan antara yang berpengalaman dan muda.

Berikut adalah tekaan tentang sebilangan anggota kabinet .

Perdana Menteri: Y.A.B. Datuk Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak
Merangkap Menteri Kewangan 1

Timbalan Perdana Menteri: Y.B. Tan Sri Muhyiddin bin Mohd Yassin
Merangkap Menteri Pelajaran
Menteri Kewangan 2: Y.B. Senator Tan Sri Nor Mohamed bin Yakcop
Menteri Dalam Negeri: Y.B. Datuk Seri Rais bin Yatim
Menteri Pengangkutan: Y.B. Datuk Seri Ong Tee Keat
Menteri Penerangan: Y.B. Datuk Seri Ahmad Zahid bin Hamidi
Menteri Pertahanan: Y.B. Datuk Seri Hishamuddin bin Tun Hussein
Menteri Pertanian: Y.B. Datuk Seri Mohd Shafie bin Apdal
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan: Y.B. Datuk Kong Cho Ha
Menteri Kesihatan: Y.B. Datuk Seri Liow Tiong Lai
Menteri Telekomunikasi: Y.B. Datuk Haji Lajim bin Ukin
Menteri Sumber Asli: Y.B. Datuk Douglas Uggah Embas
Menteri Luar: Y.B. Datuk Ahmad Shabery bin Cheek
Menteri Perdagangan: Y.B. Datuk Mustapha bin Mohamad
Menteri Kerja Raya: Y.B. Datuk Noh bin Omar
Menteri Sumber Manusia: Y.B. Datuk Dr. S. Subramaniam
Menteri Sains dan Teknologi: Y.B. Datuk Dr. Maximus Ongkili
Menteri Kebudayaan, Kesenian, Warisan dan Pelancongan: Y.B. Datuk Idris bin Harun
Menteri Pembangunan Wanita dan Masyarakat: Y.B. Senator Datuk Seri Shahrizat binti Abdul Jalil
Menteri Pembangunan Usahawan: Y.B. Senator Datuk Seri Haji Idris bin Jusoh
Menteri Wilayah Persekutuan: Y.B. Datuk Haji Zulhasnan bin Rafique
Menteri Kemajuan Wilayah dan Pembangunan Luar Bandar: Y.B. Datuk Dr. Abd Latiff bin Ahmad
Menteri Belia dan Sukan: Y.B. Datuk Saifuddin bin Abdullah

cttn : Nampaknya tidak ada lagi muka lain kalau benar inilah kabinet yang akan dikemukakan oleh Najib. Maka Ramalan saya seterusnya inilah kabinet BN terakhir yang menerajui Malaysia kerana selepas ini kabinet Pakatan Rakyat akan memerintah Malaysia. InsyaAllah.

Najib umum Kabinet esok

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan umumkan barisan Kabinet baru kerajaan Malaysia pada pukul 3 petang esok.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh pejabat Perdana Menteri.

Najib dijadual mengumumkan senarai Kabinet itu di Dewan Taklimat ICU, Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya.

Sementara itu Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan pertemuan dengan Najib, petang ini dipercayai bagi membincangkan pembentukan barisan Kabinet baru.

Pertemuan tersebut merupakan kali kedua selepas Ahad lalu.

Sejak kelmarin, pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) mula mengadakan pertemuan secara berasingan dengan Najib yang dilantik sebagai Perdana Menteri keenam Jumaat lalu.

Pada sebelah pagi tadi, Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB), Tan Sri Abdul Taib Mahmud; Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu dan Presiden SUPP, Tan Sri Dr George Chan dilihat memasuki bangunan pejabat Perdana Menteri.

Najib dijangka akan mengumumkan barisan Kabinet barunya esok.

Pada Isnin lalu Muhyiddin dilaporkan mengesahkan pertemuannya dengan Najib selepas kembali dari kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Ai.

Muhyiddin bagaimanapun enggan menyatakan sama ada pertemuan mereka itu turut menyentuh soal pembentukan Kabinet baru.Mstar.

Seloka Keris Silau: 4-0

Dua-dua bukit PR menang
Najib cuma dapat satu Batang
Nizar menang besar di Bukit Gantang
Walaupun tarian seksi di Kuala Sepetang
Dan Nizar dituduh boneka “teng lang”*
Namun Nizar tetap disanjung dan disayang
Bukit Gantang diliputi Bulan yang terang
Dan apa jadi dengan “Wow” punya orang
Dia lagi mau suruh pancung itu barang
Tapi Allah Maha Kaya lagi Maha Penyayang
Akhir sekali yang kena pancung ialah diaorang

UMNO masih lagi buta
Pergi bedah siasat kau punya mata
Buta untuk melihat kebenaran dan fakta
Masih tidak berpijak di bumi yang nyata
Masih membohongi memutarbelit media
Menfitnah Nizar dengan pohon derhaka
Ada pulak arahan tak leh sebut Altantuya
Siar balik cerita lama Anwar di TV Tiga
Sedarlah ini zaman alternatif media
Facebook jadi trend muda dan tua
Lihatlah gimana Obama menawan Amerika
Ini asyik-asyik fitnah aja di Utusan Meloya
Rakyat dah tak makan awak punya cerita

4-0 itu skor yang rasmi
Kalah teruk walaupun beli referi
Siapa lagi refri kalau bukan EC
Penjaga garisan Polis dan MACC
Walaupun turunkan Ezam dan Khairi
Penyokong susut semua belah lari
Pondok panas tinggal meja dan kerusi
Setelah tahu Nizar tambah gol majoriti
Di Bukit Selambau Manikumar skor tinggi
13 pemain bebas gagal cuma kacau undi
Habis terbalik bas kapalterbang dan lori
Sami Velu cabut lari bersama Veil Parry
Hantu Tuya dan Sujata amuk di Sg Petani
Lepas ini kita ke Bukit Lanjan dan Penanti!

Keris Silau
8 April 2009

MENJAWAB ISU “PAS BERGABUNG DENGAN ORANG KAFIR” (siri 1)

Artikel ringkas ini akan menjelaskan tentang isu yang dihangatkan oleh beberapa golongan yang kurang memahami hakikat tentang Islam. Benarkah Islam membenar penggabungan dengan orang kafir? Bahkan PAS bergabung dengan orang kafir, menentang UMNO yang dikatakan Islam. Mungkin ia agak ringkas dan tidak dapat dijelaskan secara terperinci.

Sepertimana yang telah kita ketahui, golongan kafir terbahagi kepada dua, iaitu kafir harbi dan kafir zimmi (selain daripada itu, akan dipanjangkan dalam artikel lain, insya Allah). Secara umumnya, kafir harbi, adalah orang bukan Islam yang menentang Islam. Contohnya seperti Bush, Sharon dan sebagainya.

“Manakala kafir zimmi pula ialah : golongan bukan Islam yang berada di negara Islam”

Ini adalah penjelasan yang telah diberikan oleh ulama-ulama’ kita (lihat Fiqh al Manhaji, Bab Jihad). Orang kafir zimmi ini, telah dihukumkan haram bagi sesiapa membunuhnya, merampas haknya, dan sebagainya. Contohnya, bolehkah kita mencuri gula-gula di kedai apek? Hukumnya tetap haram, sama seperti kita mencuri barangan orang Islam.

Orang bukan Islam yang berada di Malaysia, boleh dikategorikan sebagai kafir zimmi. (persoalan tentang Negara Islam, sila klik di sini). Sekiranya ada yang bertanya “apakah hukumnya menceroboh rumah kafir zimmi, lalu menangkap gambarnya yang sedang tidur?”. Hukumnya tetap haram dan pesalah akan dikenakan hukuman walaupun mereka (mangsa) bukan beragama Islam.

Sekiranya kita meneliti Sirah Nabi SAW, ketika Baginda SAW baru sampai di Madinah, Baginda telah membuat Piagam Madinah, iaitu satu perjanjian dengan orang bukan Islam. Di Madinah Baginda SAW terpaksa berhadapan dengan 3 golongan, iaitu orang Islam sendiri, orang Musyrikin yang masih teragak-agak untuk meninggalkan agama nenek moyang mereka, dan orang Yahudi.

Bangsa Yahudi pula terdapat tiga golongan, iaitu Bani Qainuqa’, Bani Nadhir dan Bani Quraizah. Dari kalangan orang Islam tadi, juga sudah berbilang kabilah (kabilah ni bukannya sedikit…. ) dan begitu juga golongan musyrikin. Mereka begitu ramai, lebih daripada bilangan bangsa yang terdapat di Malaysia sendiri.

Apa yang telah dilakukan oleh Baginda SAW, adalah dengan membuat Piagam Madinah dan melaksanakan perjanjian dengan golongan-golongan yang bebilang bangsa ini. (Penjelasan tentang Piagam Madinah akan dijelaskan di dalam artikel lain, insya Allah). Oleh itu, terdapatlah dua jenis kafir, iaitu zimmi dan harbi, secara umumnya.

Golongan kafir yang tidak menentang, dianggap ahli zimmah. Mereka ini akan dipelihara hak mereka, dan mereka tidak dibenarkan menyentuh (mengganggu) hal ehwal tentang Islam. Mereka diberi layanan sama baik seperti orang Islam, dan mereka juga berada di bawah kawalan Islam ketika itu… bersambung lagi, Insya Allah

Salam Perjuangan
Dr Fikrah (http://drfikra.blogspot.com)

Rakyat tolak politik kotor BN

Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang

Bersyukur kehadrat Allah SWT setelah kita semua bertungkus-lumus berusaha akhirnya dengan keizinan-Nya, Parti Islam SeMalaysia (PAS) dianugerahkan kemenangan dalam pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang melalui calon parti, Dato' Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin.

Sesungguhnya kemenangan ini adalah sangat bermakna buat PAS dan Pakatan Rakyat (PR) khasnya di Perak kerana ia membuktikan bahawa rakyat menolak sama sekali amalan kotor 'politik pintu belakang' yang direncanakan oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) sehingga menjatuhkan kerajaan negeri yang dipilih dan diberikan mandat oleh rakyat dalam pilihanraya umum yang lalu.

Mudah-mudahan kemenangan ini akan menyedarkan semua pihak bahawa satu-satunya penyelesaian kepada konflik politik dan perlembagaan yang sedang dihadapi di negeri Perak Darul Ridzuan adalah dengan cara membubarkan Dewan Undangan Negeri dan seterusnya menyerahkan kembali mandat untuk diputuskan oleh rakyat dalam pilihan raya kerusi DUN di seluruh Perak.

Sehubungan dengan kemenangan ini juga saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua para petugas dan pekerja parti dari seluruh negara termasuklah rakan-rakan dari PKR dan DAP, pimpinan dan ahli Kelab Penyokong PAS, kelompok Media Baru, para NGO dan orang perseorangan yang telah bekerja tanpa jemu dalam menyumbang ke arah kemenangan ini. Mudah-mudahan segala pengorbanan dan kerja kuat itu akan dibalasi dengan ganjaran yang setimpal oleh Allah SWT.

Kemenangan ini juga adalah menunjukkan keberanian suara rakyat yang mempunyai harga diri dan tidak mampu digugat oleh janji dan ugutan dari jentera Umno dan BN yang terus menerus berselindung di sebalik jentera kerajaan. Kehadiran serta kempen Tun Dr Mahathir dan pimpinan baru Umno yang kononnya melaungkan nada baru dalam pilihan raya ini juga bukan sahaja tidak mendatangkan kesan, malah memburukkan lagi keadaan.

Ternyata bahawa kegagalan Umno dan BN dalam pilihan raya umum yang lalu adalah bukan berpunca semata-mata dari kelemahan bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi tetapi adalah suatu hakikat bahawa sememangnya parti Umno dan BN semakin lemah dan tidak mampu berhadapan dengan rakyat yang semakin celik di negara kita ini.

BN hanya berjaya mempertahankan kerusi di Batang Ai dan di lain-lain tempat yang rakyat sememangnya dinafikan hak untuk mendapat maklumat sahaja.

Saya juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan syabas dan tahniah kepada PKR kerana berjaya mempertahankan kerusi DUN Bukit Selambau melalui calonnya S.Manikumar. Sesungguhnya kemenangan ini memperkukuhkan lagi kedudukan Kerajaan PR Kedah pimpinan Dato? Seri Azizan Abdul Razak.

Kedua-dua kemenangan ini di samping kemenangan terdahulu di kerusi parlimen Permatang Pauh dan di kerusi parlimen Kuala Terengganu insya-Allah akan merubah lanskap politik tanahair dengan menempatkan PAS dan Pakatan Rakyat sebagi parti arus perdana baru yang disokong dan didokong oleh rakyat jelata.

Syabas kerana rakyat tetap bersama Pakatan Rakyat

Dato' Seri Anwar Ibrahim

Alhamdulillah, saya panjatkan rasa penuh kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T di atas kemenangan pilihanraya kecil pada 7hb April 2009.

Syabas saya ucapkan kepada pengundi di Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Batang Ai. Sokongan yang anda berikan menjadi bukti kekuatan rakyat untuk berani berhadapan dengan kekuasaan. Undi yang telah anda berikan untuk Pakatan Rakyat menjadi saksi akan kemahuan yang kuat menuntut Perubahan.

Tahniah saya ucapkan kepada para calon dan petugas Pakatan Rakyat kerana bekerja keras untuk memastikan kejayaan hari ini. Kemantapan kerjasama di antara Parti Keadilan Rakyat, PAS dan DAP semakin hari semakin utuh.

Kemenangan di Bukit Selambau dan Bukit Gantang serta sokongan pengundi Batang Ai membuktikan rakyat masih yakin terhadap kepimpinan Pakatan Rakyat untuk terus menerajui perjuangan menuntut Perubahan bagi mencipta Malaysia Baru yang adil dan saksama.

Hari ini rakyat menghantar mesej yang jelas. Mereka mahukan perubahan yang nyata, bukan sekadar janji politik untuk terus kekal berkuasa.

Kemenangan Dato? Seri Nizar di Bukit Gantang merupakan satu referendum agar dikembalikan Kerajaan Perak yang sah. Rakyat menuntut agar Dewan Undangan Negeri dibubarkan dan pilihanraya diadakan di seluruh Negeri Perak.

Kepada pendokong Pakatan Rakyat di Batang Ai, kita berhasil mengungkapkan isu tanah adat dan peminggiran rakyat yang terjadi di Sarawak. Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan Rakyat akan terus berjuang membawa Perubahan kepada rakyat Negeri Sarawak.

Sekali lagi kewibawaan proses pilihanraya menjadi pertikaian. Pengiraan awal yang tidak dilakukan di tempat pembuangan undi serta penggunaan helikopter untuk mengangkut membuka ruang kepada penipuan.

Ini seharusnya menjadi pembakar semangat untuk terus bekerja keras membawa Perubahan, bukan sahaja di Batang Ai, tetapi juga di segenap pelusuk tanah air.

Walaupun berulang kali berhadapan dengan kekerasan, fitnah dan ugutan penguasa, ianya tidak akan menghambat kami dari menunaikan janji yang telah diberikan.

Pakatan Rakyat akan terus mempertahankan keluhuran Perlembagaan dan berusaha melaksanakan agenda serta dasar untuk membantu sesiapa sahaja yang terpinggir tanpa berasaskan kaum. Pakatan Rakyat tidak akan sesekali mengkhianati amanah yang telah diberikan rakyat ini.

Saya menyeru rakyat Malaysia untuk tetap bersama-sama dengan agenda perubahan dan Pakatan Rakyat. Sudah tiba masanya kita meniup nafas segar kepada demokrasi dan memperkukuhkan kembali kedaulatan undang-undang di negara ini.

KENYATAAN MEDIA BERHUBUNG KEMENANGAN DI BUKIT GANTANG, BUKIT SELAMBAU DAN BATANG AI
(Sidang Media 8 April, 11:30 pagi, Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat)

Mahkamah Persekutuan ada kuasa tentukan isu kerusi DUN Perak

KUALA LUMPUR: Mahkamah Persekutuan di Putrajaya hari ini menentapkan bahawa ia mempunyai bidang kuasa menentukan isu perlembagaan negeri Perak mengenai kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff menolak bantahan awal oleh Speaker DUN Perak V. Sivakumar.

Asmuni : Minta DUN dibubarkan untuk kerajaan lebih stabil.

"Saya ucap terima kasih bagi pihak Pakatan Rakyat di atas sokongan dan bantuan semua pihak ayng membolehkan kami mendapat kemenangan lebih besar berbanding pilihanraya yang lepad kami menang dengan majoriti 1566 dan kali ini 2789 undi" Kata Pengarah Jentera Operasi Piliahraya PAS Bukit Gantang, Hj. Amuni Awi dalam sidang akhbar di sini.

Katanya selalunya keputusan dan kemenangan ini sebagai satu tanda perubahan minda rakyat yang merentansi batasan kaum yang mahu kepada politik baru. kita membawa mesej dalam piliharaya kecil ini iaitu politik baru yang akan kita persembahkan dalam PRU 13...

Beliau berharap BN mendapat mesej ini, iaitu p[olitik yang merentasi batasan agama , kaum ,tidak rasuah dan tidak ada percaturan perkauman.

Mengenai pratus mengundi Asmuni mengatakan pratusan pengundi seperti yang dijangka 70.6 pada pilihanraya lepas kepada 75.1. Jumlah yang keluar mengundi 40,3001 kepada 41,676 pada kali ini. Ini kerana jumlah pengundi bertambah dari 55, 476 kepada 55,562.

Asmuni berkata secara keseluruhan berpuas hati atas sokongan dan keputusan yang diperolihi. Sokongan undi Melayu seperti didakawa oleh penganalisa politik dan BN tidak banyak berbeza. Yang kita jangka kita dpt 40 pratus berbanding 47 dlm pru lalu , kini kita dpt 43 pratus lebih sedikit. kita sampai target.

Mengikut pecahan DUN, Kuala Sepetang dulu PAS menang 5 upu, sekarang menang 6, 7940kepada 8466 undi.Bn juga bertamabah dari 6196 ke 6259 undi.

Changkat Jering PAS menang 8 dari 11 pada PR lalu dan sekarang 7 dari 11 tempat mengundi.

DUN Terong dulu 7 UPU menang dan PAS hilang satu upu tetapi berlaku peningkatan pengundi dulu 3301 sekarang 3367. BN 4021 dulu dan sekarang 4124. kita kalah di Batu Hampar untuk kali ini.

keputusan ini sebagai tanda penolakan rakyat kepada kepimpinan Najib yang masih banyak persoalan tidak dijawab, ada diantara penyokong kita dikejar oleh polis sebabnya memakai topeng manusia tidak benama cuma ada tanda tanya.

Undi orang cina meningkat, secara keseluruh 75 pratus sebelum ini 65 pratus sahaja iaitu 10 pratus meningkat.

Bagi kaum India tidak banyak berubah cuma 60 pratus tahun 2008 ,64 pratus.

Mengenai peruabahn sokongan kaum Cina Asmuni mengatakan berpunca dari perubahan minda, dulu mereka takut kepada PAS seperti dakwaan akan potong organ, sekarang mereka faham Islam tidak membezakan antara kaum dan agama, Islam memberi perlindungan kepada kaum lain.,mereka nampak dalam 11 bulan kita memerintah Perak, dan di Kedah dan selangor, kalau sebelum ini kita lihat di Kelantan sahaja.Katanya.

Asmuni sekalilagi menegaskan kemenangan ini adalah referendun rakyat Malaysia dan meminta dibubarkan DUN supaya ujud kerajaan lebih stabil di Perak.

mengenai pengundi muda mereka sedar banyak isu yang dimanupulasi oleh BN, saluran pengundi hampir semua tempat mengundi muda menyebelahi kita.

Beliau juga menjelaskan isu derhaka dan tanah adalah isu BN sebenarnya dalam PRK Bukitr Gantang, yang menurutnya isu ini dapat kita cairkan.

Kita tidak menggunakan pendekatan serang calon, tapi serang UMNO/BN.

Ditanya mengenai kesan dari ceramah yang kerap dia menjelaskan faktor lain juga membantu seperti prestasi sebelum ini, "DAP dan PKR membantu kempen kita" katanya..

mengenai pengisian kemenangan di Bukit Gantang, Kata Asmuni "kita akan memastikan wawasan pakatan Rakyat akan dilaksanakan akan dibantu oleh jentera parti dan skretariat untuk memudahkan Ahli Parlimen kita. Kita akan membantu dan menyampaikan masalah rakyat ke peringkat pusat, keperluan dan bantuan mereka diperolihi melalui agensi tertentu.

Jelas beliau penerangan mengenai isu Melayu, PAS boneka, gadai tanah, dan derhaka akan dipertingkatkan lagi supaya rakyat faham.

Kita akan sampaikan maklumat sebenar kepada rakyat seperti dailog dan sebagainya. Kita harapkan sokogan orang Melayu terus meningkat dari masa ke semasa.Jelasnya.

Mengenai persedian jika berlaku pembubarab DUN, Asmuni mengatakan persediaan pilihanraya peringkat negeri telah lama dibuat, jentera kita telah disiapkan cuma kita sesuaikan saja untuk peringkat tempatan di Bukit Gantang.

Pemimpin dan penyokong BN lari lintang pukang tinggalkan Bukit Gantang

Secara umum saya juga agak hairan dengan kegigihan dari pemimpin dan penyokong BN yang sanggup bertahan sehingga peti undi ditutup kelmarin. Malah di peti undi tempat saya ditugaskan kelihatan agak ramai penyokong BN yang sanggup bertahan sehinggalah jam 5 petang.

Namun hari ini suasana di Bukit Gantang sangat menyedihkan bagi parti cap kati itu. Semacamlah pemimpin dan penyokong BN sudah lari lintang pukang meninggalkan Bukit Gantang bila tahu sudah kalah.

Apakan tidak, bahan kempen BN kelihatan sangat belum berkurangan dari dibersihkan oleh petugas BN. Benarlah nasihat saya kepada beberapa orang anak muda yang bertugas memasang bahan kempen BN, paStikan dapat upah dulu baru pasang, kalau tidah susah nanti. Susahnya seperti yang saya jangkakan memang sudah datang kepada petugas BN hari ini.

Bahan kempen Bn semacam tidak diusik langsung, lucunya ada yang kelihatan mengambil kayu sahaja , ini mungkin nak qada upaH yang belum dibayar, paling kuRang boleh buat kayu api.

Dikedai kopi sudah kedengaran macam mana bayaran kontrak-kontarak yang belum berbayar "mampuslah kita katanya".

Inilah nasib yang sedang menimpa perjuangan yang sekadar mencari kesenangan sementara di dunia ini. Sudah jatuh ditimpa tangga sudah kira standard biasa, kali ini sudah jatuh ditimpa tahi, itu lagi malang.

Nizar dititah mengadap ?

Saya menjangkakan YAB Menteri Besar Perak Pakatan Rakyat yang masih sah, Dato' Seri Hj. Muhammad Nizar Jamaluddin mempunyai peluang yang baik untuk mendapat perkenan dari Sultan Perak untuk mengadap dalam waktu yang terdekat.

Kemenangan beliau dalam PRK Bukit Gantang merupakan isyarat yang jelas kepada Istana bahawa itulah referendum rakyat yang mesti dihormati oleh semua.

Beberapa hari selepas persidangan bersejarah di bawah pokok pada 3 Mac sepucuk surat telah diutuskan kepada Sultan perak mohon perkenan untuk mengadap dari memanda MB Perak yang masih sah untuk mempersembahkan hasil keputusan Mesyuarat.

Saya difahamkan susulan kepada surat pertama itu telahpun dikirim sekali lagi untuk mendapat perkenan mengadap.

Oleh itu saya menjangkakan jawapan akan diterima dari pihak istana sebagai prosuder biasa yang telah dilakukan mestilah semua surat itu memerlukan jawapan.

Semuga Nizar di perkenan mengadap !

08 April 2009

Rakyat sedang hitung hari halau BN keluar dari pejabat MB.

Kejayaan Pakatan Rakyat mengekalkan kerusi parlimen Bukit Gantang dengan pertambahan majoriti membuktikan penolakan berterusan rakyat terhadap Umno/BN. Penolakan yang berlaku di Pematang pauh dan Kuala Terengganu sekali lagi diterjemahkan rakyat di Bukit Gantang.

Pertembungan PAS dan BN di Bukit Gantang adalah sebetulnya pertembungan maruah , hidup dan mati antara Pakatan Rakyat dan BN. Selain itu dilihat sebagai pertembungan Nizar dengan Zambry.

Kemenangan PAS dan Nizar adalah bukti kepada penolakan kepada "kerajaan haram" di Perak sekali gus yang penting juga sebagai satu isyarat bahawa Nizar bukannya penderhaka seperti yang didakwa oleh UMNO dan BN.

Penderhaka sebenar ialah UMNO kerana telah memunipulasikan Isu Istana untuk kepentingan politik sempit mereka.

Walaupun dalam kempen tersebut,PM Najib, MB Haram Zambry dan Calon Ismail Saffian cuba menagih restu rakyat ; namun rakyat Perak masih belum boleh memaafkan mereka. Rakyat Perak tidak berkenan untuk memberikan restu kepada mereka.

Rakyat Bukit Gantang sebenarnya diperbodohkan oleh pemimpin yang kurang cerdik itu untuk mengundi mereka dalam keadaan ia hampir lemas dan tenggelam . Huluran tangan mohon mereka diselamatkan malah di zahirkan dengan mereka menekan kepala BN supaya cepat "lemas" dan "mati".

Kejayaan YAB. Menteri Besar Perak Pakatan di Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin mengekalkan kerusi parlimen itu - di kubu tradisi Umno - juga menunjukkan bahawa rakyat tidak merestui rampasan kuasa BN di negeri tersebut, Februari lalu.

Mereka diberi isyarat yang jelas kecuali tidak boleh difahami oleh orang yang "bahlol", bahawa rakyat sedang menghitung hari untuk menghalau mereka keluar dari Pejabat Menteri Besar.

Strategi kempen BN yang cuba menggambarkan Mohamad Nizar sebagai seorang "penderhaka" kepada Sultan Perak tidak diterima pengundi malah menikam diri sendiri. Kini bukan sahaja beliau, malah Bukit Gantang juga "mohon derhaka" - ucapan yang disampaikan sewaktu ingin berbeza pandangan dengan Sultan Azlan Shah di kemuncak krisis dengan Istana Kinta.

Kehadiran mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad - yang ingin kembali kepada Umno, Sabtu lalu - juga tidak banyak membantu.Malah terdapat penyokong Umno yang menyalahkan kehadiran bekas presiden Umno itu mengundang kekalahan teruk BN di dua kawasan pilihanraya kecil tersebut.

Kehadiran Mahadhir dalam keadaan isu kotor BN iaitu kecaman yang memuncak kononnya pemimpin DAP membaca ayat Al Quran dan dipersendakan, sehingga Mufti Perak juga sempat mengeluarkan kenyataan "bodoh" diakhir usia emasnya.

Rakyat sangat tahu, ahli UMNO juga tahu tetapi buat-buat tak tahu siapakah yang mempersendakan Al Quran, antaranya yang bernama Mahadhir. Apa pun saya ucapkan terima kasih kerana kembalinya Mahadhir kedalam UMNO akan mempercepatkan pereputan parti usang itu.

Mohamad Nizar meraih majoriti 2,789 undi apabila menewaskan calon BN Ismail Saffian yang mendapat 19,071 undi.Arwah wakil rakyat PAS Roslan Shaharum memperolehi 1,566 undi bila kali pertama PAS menawan kubu BN berkenaan pada PR Umum 2008 yang lepas.

Mengulas kemenangannya, Mohamad Nizar berkata ia menunjukkan rakyat mahukan demokrasi sebenar dan akan menjadikan kejayaan ini untuk menuntut pembubaran DUN Perak bagi membolehkan satu pilihanraya peringkat negeri diadakan.

Seperti kata ADUN Titi Serong, Khalil Idham Lim dalam wawancaranya oleh TV PAS malam tadi, "Rakyat sepatutnya sudah boleh berarak ke Istana esok untuk memohon kepada Sultan Perak supaya dibubarkan DUN seperti yang di pohon oleh ADUN Pakatan Rakyat pada 5 Febbruari 2009 tetapi ditolak".
WMCI/KIL

SUASANA HARI TERAKHIR BERKEMPEN

Berbagai suasana dapat kita lihat di hari2 terakhir kempen Parlimen B.Gantang. Yang pasti para pengundi yang berada diperantauan berpusu2 pulang bersemangat untuk menghukum BN! Menurut sumber, ada juga para pengundi PAS yang berada jauh diberi kemudahan pengangkutan bas pergi balik percuma hasil sumbangan para dermawan. Destinasi berkumpul di Taman Melewar.

Para petugas PAS juga tidak kenal erti jerih perih merayu undi, menjaga pos2 PAS, menjaga tempat pengundian agar tidak berlaku sebarang perkara yg tidak diingini dan bermacam2 lagi. Saya terkejut bila melihat semangat Dato Dr Hasan Ali yang merayu undi menggunakan kenderaan pacuan empat ronda mengulang2 pengumumannya secara live mengingatkan para pengundi mengundi PAS. Kalau BN guna tapejelah.

Semangat Penduduk2 Changkat Ibol juga membuatkan hati ini berkumandang semangat Maharaja Lela. Mereka tidak pernah kenal erti patah hati dalam menegakkan kebenaran. Pergilah di Pos Pas Changkat Ibol lihatlah semangat PAHLAWAN mereka.Di Simpang, seperti yang dijangka Zahid Hamidi tidak datang untuk berdebat dengan Dato Husam Musa. Itu telah membuktikan PAS adalah pemenangnya.

Lihatlah apa yang terjadi di Dataran Simpang tempat debat berlangsung, orang ramai memenuhi lebih dari biasa dan malam ini merupakan kemuncaknya rekod baru tercipta dengan kehadiran ibarat pesta. Yang pasti, Melayu, Cina dan India berkumpul bersama2 di situ di bawah satu bumbung PAKATAN RAKYAT.

Insyaallah jika suasana ini telah terjadi di sini 1 hari nanti PAKATAN RAKYAT akan memerintah Malaysia. Bila ditinjau kepada pos2 BN, hanya ada 2 pos sahaja yang beroperasi tapi tidaklah seramai pos PAS. Yang lain kosong seribu bahasa ditemani jin dan babi hutan sahaja seperti di pos pemuda BN Kg Berchat.

Saya sungguh kesal bila mendapat tahu, BN menggunakan pelajar OKU yang tidak tahu apa2 untuk mengedarkan risalah mereka. Lihatlah sifat kebaculan mereka yang melampau! Wahai warga PARLIMEN B.GANTANG, mari kita hukum BN kita pangkah PAS...

ANAK KOMANDO REJIMEN 1

Berhati-hati Memilih Pemimpin

Dr. Danial Zainal Abidin

Dalam surah al-Hajj ayat 40-41, Allah berfirman, “Sesungguhnya Allah menolong sesiapa yang menolong Agama-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Gagah, lagi Maha Perkasa. Iaitu mereka yang jika Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh berbuat yang makruf serta mencegah perbuatan yang mungkar. Dan kepada Allah sahajalah kembali segala urusan”.

Dalam ayat ini Allah menceritakan tentang golongan yang mendapat pertolongan daripada Allah. Mereka ialah golongan yang ‘diteguhkan kedudukan mereka di muka bumi’ berdasarkan kalimat ‘makkannaahum fil ardh’ dalam surah al-Hajj ayat 41. Imam al-Hasan dan Abu al-‘Aliyah mentafsirkan golongan ini sebagai ‘golongan daripada umat ini yang diberikan kemenangan oleh Allah’. Imam Ibn Abu Najih mentafsirkannya sebagai ‘pemimpin-pemimpin’. Imam ad-Dahhak mentafsirkannya sebagai ‘mereka yang kurniakan kerajaan dan kekuasaan oleh Allah’. Kesemua pendapat ini dilaporkan dalam al-Jamik li Ahkamil Quran oleh Imam Qartubi.

Pemimpin yang bagaimanakah yang mendapat pertolongan dan diredai Allah? Secara dasarnya Allah tidak memberi cek kosong kepada para pemimpin, sebaliknya yang diberikan kepada mereka adalah amanah dan tanggungjawab. Antara tanggungjawab itu ialah “mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh berbuat yang makruf serta mencegah perbuatan yang mungkar”.

Pemimpin Dan Solat

Seseorang pemimpin Muslim memerlukan bantuan dan pertolongan untuk melaksanakan tugasnya dengan baik, dan penolong yang terbaik baginya ialah Allah. Justeru pemimpin Muslim perlu sentiasa mendekati Allah dengan beribadah kepadanya, dan ibadah yang paling penting ialah solat.

Seorang Muslim yang tidak melaksanakan solat tidak layak menjadi pemimpin. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim nabi bersabda, “Sebaik-baik pemimpinmu ialah mereka yang kamu kasihi dan mereka mengasihimu dan kamu mendoakan mereka dan mereka mendoakan kamu. Sejahat-jahat pemimpinmu ialah mereka yang kamu benci dan mereka membencimu dan kamu mengutuk mereka dan mereka mengutukmu.’ Sahabat-sahabat pun berkata, ‘Bolehkah kami menentang mereka?’ Jawab Nabi, ‘Tidak, selama mana mereka tetap menegakkan solat’.”

Hadis ini menunjukkan apabila seseorang pemimpin Muslim memperkecilkan solat, dia perlu turun dari jawatan kepimpinannya.

Pemimpin Dan Zakat

Hubungan yang baik dengan Allah perlu disusuli dengan hubungan yang baik sesama manusia. Dalam erti kata yang lain, seseorang pemimpin Muslim perlu berada di masjid untuk beribadah dan perlu juga berada di rumah rakyat untuk membantu mereka. Kebajikan rakyat tidak boleh diabaikan termasuk dalam aspek material dan kesenangan duniawi. Jika boleh kemiskinan dibasmi sepenuhnya dan semua rakyat hidup dalam keadaan senang lenang.

Antara contoh yang terbaik ialah pemerintahan khalifah Omar bin Abdul Aziz. Beliau terkenal sebagai seorang pemimpin yang bertakwa lagi adil. Pemerintahannya memakan masa 30 bulan. Dalam masa itu kemiskinan berjaya dibanteras dan rakyat ketika itu hidup dalam kemewahan. Berhubung dengan ini Yahya bin Said meriwayatkan, “Khalifah Omar Abdul Aziz mengutus aku untuk mengutip zakat di Afrika. Aku pun melaksanakan tugas ini dan kemudiannya aku pun mencari golongan fakir miskin untuk di berikan zakat namun golongan ini tidak aku temui. Sesungguhnya khalifah Omar Abdul Aziz telah menjadikan kami manusia yang kaya raya”.

Ibadah zakat yang disebutkan dalam surah al-Hajj ayat 41 menekankan tentang aspek ini. Kebajikan rakyat dalam aspek duniawi tidak boleh dipandang ringan.

Pemimpin Dan Amar Makruf Nahi Mungkar

Terdapat sebahagian pemimpin Muslim yang tidak melupakan solat dan zakat, tetapi mereka melupakan tanggungjawab untuk mengajak kepada makruf dan mencegah kemungkiran. Mereka juga tidak layak memimpin masyarakat. Berhubung dengan ini Imam Qartubi, dalam al-Jamik li Ahkamil Quran, melaporkan perkataan Imam Sahl bin Abdullah yang bermaksud, “Mengajak kepada makruf dan mencegah kemungkaran adalah wajib ke atas mereka yang berkuasa serta ulama”.

Tidak ada kemuliaan bagi mereka yang mengabaikan amar makruf dan nahi mungkar. “Makruf” bermaksud “sesuatu yang baik mengikut pandangan syarak dan akal,” dan “mungkar” pula bermaksud “sesuatu yang berlawanan dengan makruf sebagai contoh, meninggalkan perkara yang difardukan serta kewajipan, ataupun melakukan perbuatan yang haram sama ada berbentuk dosa kecil ataupun besar”. Tafsiran ini disebutkan oleh Muhammad ibn Illan Al-Makki dalam Dalilul Falihin (Maktabah Al-Halabi, Mesir; jilid 2)

Aspek ini amat dipentingkan oleh Islam sehinggakan, mengikut riwayat Muslim, Nabi mengizinkan penentangan dilakukan jika pemimpin melakukan ‘kufran bawaahan.’ Sahabat Abdullah bin Samit meriwayatkan, “Kami berbaiah (iaitu membuat perjanjian taat setia) agar tidak menentang kepimpinan melainkan jika berlaku ‘kufran bawaahan’ di mana di sisi Allah bukti-buktinya adalah amat jelas.” Imam Nawawi mentafsirkan ‘kufran bawaahan’ sebagai ‘maksiat yang dilakukan oleh seseorang pemimpin yang jelas bercanggah dengan kehendak agama Allah dan kaedah-kaedah Islam’. Hal ini dilaporkan dalam kitab Sahih Muslim bi Syarhi An-Nawawi (Al-Matbaah Al-Fikriah; juz. 12, 1924).

Justeru seseorang yang tidak menyeru kepada makruf dan pada ketika yang sama membiarkan serta menggalakkan perbuatan mungkar (dan yang lebih teruk lagi ialah dia sendiri terlibat melakukan kemungkaran itu), maka dia tidak layak menjadi pemimpin umat. Qadhi Iyad memfatwakan, “Apabila berlaku ke atas seseorang pemimpin tanda-tanda kekufuran, perbuatan mengubah syariat ataupun amalan bidaah, wajiblah dilucutkan kepimpinannya dan gugurlah ketaatan rakyat kepadanya. Ketika itu beliau hendaklah digantikan dengan seorang yang adil”. Fatwa ini dilaporkan dalam Sahih Muslim bi Syarhi An-Nawawi (Al-Matbaah Al-Fikriah; juz. 12, 1924).

Usaha untuk mengajak kepada makruf dan mencegah kemungkaran tidak akan dapat dilaksanakan dengan sempurna tanpa ilmu. Justeru seseorang pemimpin Muslim wajib menguasai ilmu apatah lagi ilmu agama. Rata-ratanya kita sudah mengetahui bahawa ilmu yang diperlukan bukanlah semata-mata ilmu tentang tajwid, rukun solat, mandi wajib, wuduk, tayamum dan yang seumpamanya. Ia lebih dari itu.

Di samping itu beliau juga merupakan peribadi yang bersedia untuk terus belajar dan mendengar serta menghormati pandangan golongan ilmuwan terutamanya dalam bidang agama.

Berhati-hati Memilih Pemimpin

Ketika dalam perjalanan kita disuruh berhati-hati di jalan raya. Hadis-hadis pula menyuruh umatnya berhati-hati ketika memilih pasangan hidup serta kawan. Maka dalam konteks memilih pemimpin ia sudah pasti lebih dituntut lagi kerana isunya adalah lebih besar dan kesannya lebih meluas.

Dalam surah Al-Baqarah ayat 124, Allah berfirman, “Berkata Allah (kepada Ibrahim), ‘Sesungguhnya Allah akan menjadikan kamu Imam (pemimpin) untuk manusia’. Berkata Ibrahim, ‘Dan juga dari keturunanku.’ (Berfirman Allah), ‘Janji-Ku tidak akan diberikan kepada mereka yang zalim’.”

Ayat ini menunjukkan pemimpin tidak boleh dilantik secara sembarangan. Sehubungan dengan ini Imam Qartubi dalam Al-Jamik li Ahkamil Quran berkata, “Ayat ini (iaitu al-Baqarah ayat 124) merupakan dalil bagi satu jemaah ulama Islam bahawa pemimpin-pemimpin mestilah dari golongan yang adil, ihsan dan mulia…..Adapun yang fasiq dan zalim mereka tidak layak menjadi pemimpin”.

Menegakkan Keadilan

Oleh Alwi Shahab

Beberapa saat setelah tentara Islam menaklukkan Jerusalem, Khalifah Umar bin Khattab pun ingin datang sendiri ke kota itu. Dia berangkat dari Damaskus menuju Kota Suci pertama umat Islam itu hanya dengan mengendarai seekor unta disertai pengawalnya. Sang Khalifah, seorang yang sangat rendah hati, sepakat dengan pengawalnya bahwa keduanya akan bergantian menunggang unta.

Pada waktu yang hampir bersamaan, uskup Jerusalem mengumumkan kepada para penduduk bahwa seorang pemimpin besar Islam akan datang. Ia juga menyerukan kepada warga kota untuk menyambutnya.

Ketika para penduduk telah berkumpul di pintu gerbang kota untuk menyambutnya, mereka tidak melihat adanya arak-arakan seperti layaknya kedatangan seorang khalifah. Sebaliknya, yang tampak dari kejauhan hanya dua orang, seorang menunggang unta dan seorang lagi mengawalnya. Ketika keduanya sampai di pintu gerbang, kebetulan giliran pengawal yang berada di atas unta. Orang banyak pun mengelu-elukannya. Kesalahpahaman ini berakhir setelah dijelaskan perjanjian antara khalifah dan pengawalnya saat berangkat menuju Jerusalem. Uskup yang merasa kagum dengan keadilan Khalifah Umar mengatakan kepadanya, ''Hari ini, disebabkan keadilan dan keimanan, tuan telah menerima kunci untuk masuk Kota Suci ini.

Tetapi, berapa lamakah kunci itu akan tetap di tanganmu?'' Umar pun menjawab, ''Kami memang telah mengambil alih tempat ini dengan empat sikap, yakni keimanan, keadilan, kebijakan, dan kebenaran. Selama empat sikap itu dimiliki umat Islam, mereka akan dapat mempertahankan kota ini. Tetapi, jika umat Islam tidak bisa mempertahankan empat sikap itu, maka tempat ibadah ini akan berpindah tangan.''

Dalam kondisi sekarang ini, kata-kata yang diucapkan Khalifah Umar itu patut kita renungkan. Islam memerintahkan kita untuk menegakkan keadilan tanpa pandang bulu. Dan, untuk melaksanakannya diperlukan landasan iman yang mantap. Karena, apabila iman goyah, akan goyah pulalah tegaknya tiang keadilan. ''Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu orang yang benar-benar menjadi penegak keadilan, menjadi saksi karena Allah sekalipun terhadap dirimu sendiri atau ibu bapak dan kaum kerabatmu.'' (QS An-Nisa: 135).

Berdasarkan ayat itu, kita tidak diperbolehkan untuk ragu-ragu dalam menegakkan keadilan. Siapa saja yang ternyata bersalah ia harus dihukum, walaupun akan memberati diri kita sendiri. Bahkan, menurut Islam, segala bentuk permusuhan dan perbedaan pendapat dengan orang lain tidak boleh menjadi alasan bagi kita untuk tidak berbuat adil. ''Katakanlah yang sebenarnya, meskipun hal itu merugikanmu, '' demikian sabda Nabi dalam salah satu hadisnya. Nabi sendiri pernah marah ketika ada sahabatnya sengaja mendiamkan dan menutup-nutupi seorang pencuri, hanya karena ia putri seorang bangsawan Kuraisy. Kata Nabi, ''Sungguh, Allah telah menghancurkan umat sebelum kamu disebabkan apabila di antara mereka ada yang berkedudukan terhormat mencuri didiamkan, tetapi ketika rakyat kecil melakukannya dihukum.''

Kenapa saya masuk balik UMNO dan dua bukit

Begitulah tajuk entri terbaru dari blog Che Det. Bukan saya mahu masuk balik dalam UMNO. Sekadar tergelak membaca alasan-alasan Che Det untuk menghalalkan kemasukan semula dirinya ke dalam parti yang dia adalah pengasas/ahli no.1 sebaik di haramkan, dan masih penuh dengan najis rasuah, itu pun kata Che Det sendiri.

Dengan kemenangan PAS dan PKR di dua bukit, hanya Batang sahaja yang masih bertahan bersama Che Det, walaupun Che Det turun berkempen di dua bukit sebagai 'pop star'.


Secara logiknya mengikut berita di bawah oleh Bernama;

Kemenangan Di Batang Ai Bukti Rakyat Terima BN


LUBOK ANTU, 7 April (Bernama) -- Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Datuk Seri Dr James Jemut Masing menyifatkan majoriti besar yang diperoleh Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Batang Ai sebagai petanda bahawa pengundi di kawasan itu menolak cara berpolitik Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Batang Ai Sarawak Chief Minister Abdul Taib Mahmud said BN's victory in the Batang Ai state by-election is a vote of confidence for new Prime Minister Najib Abdul Razak.

He said Najib's appointment and his message of change were among the factors which contributed to the BN's huge victory in the area.

"They welcome Najib's leadership. They believe that positive change will come with his appointment.

"We fully support the new prime minister and this is the way the people of Batang Ai giving Najib a rousing welcome," he was quoted as saying by Bernama.

Maka, kekalahan di dua bukit bermaksud rakyat menolak UMNO/BN/Najib!

Saya bersetuju dengan Che Det dalam point berikut:

9. Rakyat tidak dapat menyertai mesyuarat agung UMNO tetapi mereka akan dapat menunjuk pendirian mereka apabila pilihanraya diadakan.

Memang melucukan membaca kembali lapuran berita akhbar milik UMNO sebelum hari pengundian.

Pengundi Cina Beri Petanda Baik Di Bukit Gantang

TAIPING, 5 April (Bernama) -- Walaupun pada peringkat awal banyak orang yang skeptikal mengenai sokongan orang Cina dan India terhadap Barisan Nasional (BN), namun hari ini sudah kelihatan satu petanda yang sangat menggalakkan daripada pengundi berkenaan, kata Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin

Bersandarkan Harapan Baru Di Bukit Gantang, BN Yakin Dapat Sokongan

TAIPING, 5 April (Bernama) -- Dengan hari pengundian semakin hampir dan para calon memanfaatkan sepenuhnya hari-hari akhir berkempen, apa yang bermain di fikiran kebanyakan orang di bandar ini yang hampir setiap hari dilanda hujan ialah siapa yang akan berputih mata atau muncul juara.

Pembangkang Semakin Tertekan Di Bukit Gantang : Muhyiddin

TAIPING, 2 April (Bernama) -- Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pembangkang mula "bermain kasar" kerana semakin tertekan dengan sokongan terhadap Barisan Nasional dalam kempen pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Bukit Gantang yang kini memasuki fasa kritikal.

Angin Perubahan Di Kalangan Pengundi Melayu Bukit Gantang

TAIPING, 1 April (Bernama) -- Para pengundi Melayu dalam kawasan pilihan raya kecil Bukit Gantang menunjukkan perubahan sikap lebih positif selepas beberapa hari jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) berkempen, kata Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bukit Gantang by-election: Ismail has reduced the odds, say Terengganu bookies

Dan lapuran paling lawak...

Ismail yakin peroleh majoriti lebih 1,000 undi
BUKIT GANTANG: Calon Barisan Nasional (BN), Ismail Saffian, yakin menang pada pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang hari ini dengan majoriti antara 1,000 hingga 3,000 undi. [+] 12:36 PM

"You must understand, this is not our seat and not our state, we did not lose our own seat. So to look at it in such a defeated manner... I am not prepared to do that," Hishamudin Hussien said,
Fudzail.