26 September 2010

KENYATAAN MAHATHIR MEMBUKTIKAN PEMIMPIN UMNO TAKUT HILANG KUASA

17 Syawal 1431H.
Mohd Hafez Sabri

IPOH 24 September, Pesuruhjaya PAS Perak Ustaz Abu Bakar Hussain hari ini menegaskan bahawa pandangan yang dikeluarkan oleh Tun Mahathir Mohamad hanyalah kenyataan politik lama dengan tujuan untuk mengugut pengundi Melayu agar tidak memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Umum ke 13 akan datang.

Beliau berpandangan sebenarnya Tun Mahathir Mohamad dan pemimpin Umno kini sudah dapat menjangkakan bahawa mereka akan kehilangan kuasa pada pilihanraya umum ke-13 nanti.

Menurut beliau jika umno menjadi pembangkang maka tidak ada siapa baik pemimpinnya atau pengikutnya yang sanggup menyumbangkan tenaga dan kewangan untuk pergerakan parti umno itu pada masa akan datang, serta berkemungkinan besar parti umno ini akan menjadi tidak relevan dan ditolak oleh seluruh rakyat akan kewujudannya.

Beliau juga menjelaskan bahawa terdapat menteri-menteri umno yang sudah membeli tanah dan rumah di luar negara untuk menyenangkan mereka tinggal disana jika umno tidak dapat memerintah Malaysia pada masa akan datang.Sebenarnya pemimpin umno kini sentiasa berada dalam ketakutan kerana satu persatu kes-kes mereka semua akan dibongkar dan dibawa kemuka pengadilan jika Pakatan Rakyat dapat megmbil alih pentadbiran kerajaan pusat.

Memetik kata-kata beliau ” Kita tahu selama ni pemimpin-pemimpin umno memperolehi duit dari pengusaha-pengusaha kilang dan syarikat-syarikat kroni mereka untuk menjana kewangan parti mereka. Jika umno jadi pembangkang selepas ini maka tiada siapa yang sanggup beri duit pada umno ”

Beliau menyimpulkan kenyataan yang dikeluarkan Tun Mahathir itu adalah kenyataan yang berbaur ugutan kerana Tun Mahathir sudah menjangkakan Umno berkemungkinan besar untuk kalah pada Pilihanraya umum ke 13 nanti.

Umno patut malu, mereka lulus lesen judi

17 Syawal 1431H.

KEPALA BATAS, 25 Sept: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menafikan dakwaan yang telah dibuat oleh Ketua Penerangan Pemuda Umno, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican semalam yang mendakwa Kerajaan Negeri menggunakan wang dari sumber judi Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang untuk program miskin tegar.

Semalam, Reezal dalam sidang media beliau di Kepala Batas telah mendakwa kerajaan negeri memperolehi wang dari sumber judi sebanyak RM500 ribu dari kelab tersebut sebagai sumber untuk membiayai program membasmi kemiskinan tegar di Pulau Pinang.

Guan Eng berkata, sejumlah 90 peratus dari mereka yang tergolong dalam miskin tegar adalah masyarakat Melayu.

Namun begitu, katanya harus diketahui bahawa baki sebanyak 10 peratus lagi adalah di kalangan masyarakat bukan Melayu dan bukannya beragama Islam.

"Jumlah yang kita gunakan untuk masyarakat bukan Islam tidak harus dipertikaikan. Manakala bagi masyarakat Islam kita sedia maklum apa yang baik untuk mereka dan apa pula yang sebaliknya.

"Oleh kerana itu, maka usaha Umno memburukkan kerajaan negeri yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat (PR) ini sebenarnya tidak akan menjadi nyata kerana rakyat sudah tahu dan faham mengenai usaha mereka untuk menjatuhkan serta mencalarkan imej kerajaan negeri," katanya.

Menurut beliau lagi, jika sebelum ini Umno melalui Reezal juga telah menuduh kerajaan negeri menggunakan wang dari sumber judi untuk pemberian RM100 kepada warga emas dan tidak menjadi kenyataan setelah dinafikan dengan fakta, kini mereka beralih pula kepada wang kepada penerima miskin tegar.

Kata Lim lagi, adalah tidak munasabah untuk Kerajaan Negeri memberi sumbangan dari sumber judi kepada masyarakat Islam di negeri ini.

"Kita juga tahu apa yang boleh dan tidak boleh untuk diberikan sebagai sumbangan kepada masyarakat Islam. Oleh kerana itu janganlah Umno menjadikan isu ini sebagai modal politik mereka walaupun hendak mencari semula pengaruh yang hilang.

"Umno sepatutnya malu dengan kenyataan ini kerana merekalah sebenarnya yang menguasai kepimpinan Kerajaan Pusat bersama Barisan Nasional (BN) yang meluluskan kesemua lesen judi yang ada di seluruh negara ini.

"Bak kata pepatah menepuk air ke dulang terkena muka sendiri. Inilah umpama yang patut saya nyatakan kepada Umno dan BN yang cuba mencari kesalahan PR sejak kita mula memenangi pilihan raya 2008 yang lalu sehinggalah ke hari ini," tegasnya lagi.

Beliau berkata demikian kepada media selepas melancarkan program 'Pembersihan Pantai Antarabangsa' di Pantai Robina, Teluk Air Tawar, Butterworth pagi tadi.

Harakahdaily/-

Nizar lancar Cartoon-O-Phobia tanpa Zunar

17 Syawal 1431H.

KUALA LUMPUR, 25 Sept: Meskipun tanpa kehadiran Zunar, majlis pelancaran buku Cartoon-O-Phobia tetap diteruskan di Dewan Perhimpunan Cina-Selangor (KLSCAH) malam tadi dengan dirasmikan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin.

Zunar atau atau nama sebenarnya Zulkiflee SM Anwar Ulhaque yang ditahan polis di bawah Akta Hasutan kerana menerbitkan Cartoon-O-Phobia diwakili isterinya, Fazlina Rosley ke majlis berkenaan

Fazlina dalam ucapannya mewakili Zunar mengucapkan ribuan terima kasih kepada para penyokong dan peminat Zunar yang setia memberikan sokongan terhadap perjuangan Zunar mendidk rakyat melalui karya-karya kartun beliau.

"Zunar sebelum ini sudah berbincang dengan saya apa yang akan dicakapkan pada malam ini. Belaiu kata pada saya, beliau tidak mahu sentuh pasal politik tapi cuma mahu cakap pasal perjuangan beliau melalui media yang nampaknya sangat ditakuti.

"Zaman Tun (Abdul) Razak dahulu adalah fear of comunist tapi zaman (Datuk Seri) Najib ini fear of cartoonist," katanya disambut dengan gelak tawa hampir 200 orang yang memenuhi dewan.

Fazlina yang hadir ditemani peguam, Fadiah Nadwa Fikri turut membacakan pesanan Zunar yang dihantar melalui sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) kepadanya petang semalam.

"Tangkapan ini tidak akan mengubah pendirian saya untuk membongkar penyelewengan dan korupsi kerajaan malah tindakan ini mengesahkan tajuk buku (Cartoon-O-Phobia) bahawa kerajaan takut dengan kartun.

"Mereka boleh kurung badan saya tapi mereka tidak boleh kurung otak saya," kata Zunar dalam sms yang dibaca Fazlina.

Sementara itu, Nizar dalam ucapan perasmiannya menyifatkan tindakan pihak polis menyerbu dan merampas buku-buku Zunar serta menahannya untuk disoal siasat sebagai menunjukkan 'kekartunan' mereka.

"Apabila pihak polis bertindak begini dan mahu mengharamkan buku kartun Zunar, ini merupakan satu tindakan yang menujukkan 'kekartunan' mereka.

"Adakah negara ini mahu kembali ke zaman 30 hingga 40 tahun ke belakang? Kalau mereka haramkan buku ini pun, orang tetap boleh dapat daripada pelbagai sumber khususnya daripada internet," kata Nizar yag juga ahli Parlimen Bukit Gantang.

Nizar secara berseloroh mencadangkan agar istilah Cartoon-O-Phobia dimasukkan ke dalam Wikipedia agar rakyat mengetahui maksudnya bahawa kerajaan takut pada kartun.

"Kita mintak buat Wikipedia Cartoon-O-Phobia supaya bila kita tengok sahaja, kita boleh tahu apa maksudnya.

"Kita jugak secara senyap dan lembut berterima kasih kepada (Datuk Seri) Hishammuddin kerana turut mempromosikan buku ini, daripada orang tak tahu, jadi tahu mengenai buku ini," katanya yang turut disambut dengan gelak tawa hadirin.

Menurutnya juga, Umno Barisan Nasional mula menyedari bahawa zaman kegemilangan mereka bakal berakhir dan mula melakukan tindakan untuk mengugut rakyat terutanya golongan muda yang mula menyokong Pakatan Rakyat.

"Ramai rakyat Malaysia khususnya golongan muda menyokong Pakatan Rakyat. Mereka mahu supaya perubahan besar dan mereka sedar di atas kezaliman yang berlaku di negara kita hasil buatan Umno Barisan Nasional dan mereka dapat kesedaran itu melalui kartun-kartun yang dilukis Zunar.

"Umno sekarang ini berada dalam suasana akhir hayat. Hayat dia tinggal nyawa-nyawa ikan. Biasanya manusia ini kalau dia sampai ke tahap akhir hayat, dia akan buang tabiat dan buat sesuatu yang melucukan," katanya.

Turut berucap malam tadi, ketua editor laman web Malaysiakini, Steven Gun.

Dalam pada itu, setakat awal pagi tadi, Zunar yang ditahan kira-kira jam 4.30 petang semalam telah dibawa ke tujuh balai polis.

Beliau dibawa ke balai polis Brickfields, Ibu Pejabat Polis (IPD) petaling Jaya, Serdang, Puchong, Bukit Puchong, Sepang, dan akhirnya ke KLIA.

Zunar ditemani peguamnya, Latheefa Koya.

Pagi ini, beliau dibawa ke Mahkamah Majistret Sepang untuk mendapat perintah tahanan reman.

Dalam serbuan di pejabatnya semalam, polis telah merampas sebanyak 66 naskhah Cartoon-O-Phobia yang sepatutnya dibawa ke majlis pelancaran itu.

Walaupun orang ramai yang hadir tidak boleh mendapatkan buku itu di majlis pelancaran malam tadi, mereka tetap membuat pesanan daripada kakitangan pejabat Zunar yang membuka kaunter di luar dewan.

Harakahdaily/-

Mustaffa Kamil tewas ketua cabang

17 Syawal 1431H.

Naib Presiden PKR Mustafa Kamil Ayub menerima tamparan awal apabila tewas tipis 17 undi dalam pemilihan peringkat cabang Pasir Salak hari ini.

Dalam pertembungan dua penjuru, Mustaffa mendapat 94 undi manakala pesaingnya Osman Abdul Rahman - bekas ketua cabang itu - mendapat 111 undi.

Menurut seorang pemimpin cabang itu, Mahmud Yahya, Mustaffa bagaimanapun akan membuat bantahan berhubung kekalahannya itu dalam masa terdekat kerana mengesyaki berlakunya "politik wang".

"Ada konspirasi untuk menjatuhkan karier politik Mustaffa di Perak dan peringkat pusat," dakwa Mahmud yang juga salah seorang penyokong kuat bekas pemimpin NGO Islam itu.

Setakat ini, tambah Mahmud, pihaknya sedang mengumpul bukti berkaitan untuk dikemukakan kepada jawatankuasa pemilihan PKR.

Bagaimanapun, menariknya, beliau dicalonkan bertanding jawatan timbalan presiden daripada cabang itu berganding dengan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Sementara itu, usaha Malaysiakini menghubungi Mustaffa setakat ini belum berhasil.

Pemerhati politik berpendapat, kekalahan itu bakal menyukarkan lagi laluan Mustaffa yang juga merebut jawatan timbalan presiden parti menentang dua tokoh heavyweight Naib Presiden Azmin Ali dan Penyelaras Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim.

Untuk pencalonan sebagai jawatan nombor dua PKR itu, Mustafa setakat ini mendapat 13 pencalonan daripada 100 cabang yang keputusannya telah diperoleh.

Beliau ditinggalkan jauh oleh Azmin dengan 58 pencalonan manakala Zaid pula sebanyak 25 pencalonan cabang setakat ini. Malaysiakini/-


25 September 2010

Tun Mahathir tepati teori "Melayu mudah lupa"

16 Syawal 1431H.

KUALA LUMPUR, 24 Sept: Dewan Pemuda PAS Pusat menyifatkan mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad menepati teori sendiri iaitu "Melayu mudah lupa" apabila menyatakan Melayu hilang kuasa di bawah Pakatan Rakyat.

Sambil menyelar tindakan Mahathir yang cuba meniupkan api perkauman itu, Setiausaha DPPP Khairul Faizi Ahmad Kamil turut mempersoal akan kebenaran kenyataan tersebut.

"Jika diteliti kembali akan kenyataan beliau seolah-olah kenyataan tersebut dikeluarkan oleh mereka yang ‘tidak cerdik’ dan bukannya datang daripada seorang yang dianggap tokoh negarawan.

"Fakta-fakta yang diberikan menunjukkan beliau sememangnya mengesahkan teori beliau sendiri iaitu Melayu Mudah Lupa," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.

Utusan hari ini menyiarkan kenyataan Mahathir yang mendakwa kuasa politik Melayu akan hilang sekiranya Pakatan Rakyat yang digelarnya parti pembangkang mendapat kuasa.

Mahathir juga mengambil contoh negeri Perak ketika dibawah Pakatan Rakyat.

Beliau mendakwa, walaupun menteri besarnya iaitu Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin Melayu dari PAS, tetapi kerajaan itu dikuasai oleh DAP.

Pemuda PAS bagaimanapun mengajak Mahathir melaihat secara waras negeri Kelantan yang diperintah PAS yang kini sudah lebih 20 tahun.

"Berapa inci tanah orang Melayu yang PAS telah khianati? Sedangkan kalau dilihat ekonomi Melayu di Kelantan lebih hebat jika dibandingkan dengan negeri yang diperintah oleh Umno BN.

"Terbaru, sebanyak 118 projek di Kelantan telah dibekukan sejak Rancangan Malaysia ke-6 diperkenalkan pada tahun 1991...

"Bukankah Kelantan yang majoritinya terdiri daripada masyarakat orang Melayu? Mengapa dihalang pembangunan negeri yang majoritinya orang Melayu jika Umno benar-benar memperjuangkan Melayu?" soal Khairul Faizi lagi.

Beliau juga memberi contoh sewaktu Terengganu diperintah PAS pada tahun 1999.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika menjadi Menteri Besar negeri itu jelasnya telah memberi tanah kepada orang Melayu namun dirampas kembali setelah Umno berjaya menawan semula Terengganu pada tahun 2004.

"Apakah ini tidak khianat namanya?" beliau melemparkan soalan seterusnya.

Di Perak pula ketika 10 bulan Pakatan Rakyat memerintah, 3,000 ekar tanah diberikan kepada orang cina manakala orang melayu mendapat 7,000 ekar.

"Jika Umno menuduh PAS boneka DAP, mengapa tanah yang dipohon oleh Tuan Guru Hj.Abd.Latif (Pondok Pak Teh Kroh, Grik Perak) yang dipohon sejak 1996 telah diluluskan oleh Exco PR pada tahun 2008 (setelah 12 tahun) sebanyak 45 ekar.

"Jika Datuk Seri Nizar adalah merupakan boneka DAP, pastinya permohonan beliau ditolak," jelasnya lagi.

Beliau turut mengemukakan beberapa kes yang didakwa pengkhianatan Umno kepada Melayu berhubung isu tanah antaranya:

- 22,000 ekar tanah kerajaan digadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.

- 5,000 ekar di Bruas yang mana 1,500 ekar kepada MCA di Bandar Baru, Kampar (UTAR)

- 200 ekar Tanah Rizab Melayu (TRM) digadai kepada Perak Hanjoong (sekarang YTL) di Padang Rengas, Kuala Kangsar (dekat sebelah Lebuhraya PLUS)

- Pada tahun 1990 seramai 80 penduduk di Pantai Chenang, Langkawi yang tinggal di atas TRM dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort

- Sebanyak 930 hektar TRM di Kampung Mambau, N. Sembilan telah diambil untuk Projek Seremban 2 pada 1990.

- Juga pada tahun yang sama, 600 orang yang tinggal di situ, 26,000 hektar TRM di Tanjung Langsat – Tanjung Piai, Johor diambil oleh Kuok Brother Collabratioan UEM

"Hakikatnya Umno menjadi punca tanah rezab melayu banyak tergadai terutamanya dizaman Tun Mahathir sewaktu menjadi PM dahulu. Ini baru isu tanah. Belum lagi bab saham bumiputera yang tinggal 2 bilion daripada 52 bilion, isu rasuah dan salah laku pemimpin," katanya.

Sehubungan itu, pemuda PAS turut mencabar Mahathir untuk berdebat secara terbuka siapa sebenarnya pengkhianat Melayu.

Harakahdaily/-

BN takut kepada kartun, Pejabat Zunar diserbu Polis.

16 Syawal 1431H.

KUALA LUMPUR, 24 Sept: Polis menyerbu pejabat kartunis Zunar iaitu Gedung Kartun di Brickfield dipercayai ada kaitan dengan keluaran karya terbaru mereka Cartoon O-Phobia.

Perkara itu dimaklumkan Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee SM Anwar Ulhaque yang kini ditahan di balai polis Brickfield.

Beliau juga memaklumkan akan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya.

"Saya sekarang sedang ditahan di balai Brickfeild untuk soal siasat dan akan dibawa ke IPD PJ," katanya melalui sistem khidmat pesanan ringkas SMS sebentar tadi.

Menurutnya pejabatnya yang juga menempatkan Gedung Kartun diserbu oleh sepuluh anggota polis yang diketuai oleh ASP Ari Krishna daripada balai polis Brickfields.

Peguam Latheefa Koya juga difahamkan sudah berada di sana.

Selain digeledah, web Malaysiakini melaporkan sebanyak 70 naskah buku terbaru tersebut juga dirampas.

Menurutnya lagi program pelancaran buku Cartoon O-Phobia malam ini di Dewan Perhimpunan Cina-Selangor (KLSCAH) tetap diteruskan dan akan dirasmikan oleh bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Cartoon-O-Phobia mengandungi 100 muka surat dan semua lukisan di dalamnya adalah berwarna penuh dengan memuatkan isi yang lebih pedas dan tajam berbanding buku-buku sebelumnya.

Buku ini dijual dengan harga pasaran RM25 dan juga boleh dibeli secara online di web tersebut.

Menurutnya, idea untuk menghasilkan Cartoon-O-Phobia diilhamkan apabila Kementerian Dalam Negeri mengharamkan buku-buku kartunnya iaitu 1 Funny Malaysia, Perak Darul Kartun dan Isu Dalam Kartun.

Secara peribadi jelasnya, buku ini adalah lebih pedas, tajam dan padat berbanding dengan buku-buku beliau sebelum ini.

Sumber : Harakahdaily.

Umno Loses Power Not Malay

16 Syawal 1431H.
By: Nash Ar-Rawy
www.nasharrawy.blogspot.com

What a stupid racist game of Umno to win over the heart of the Malay electorates when Mahadthir said that Malay will lose power . Aren’t TGNA, Ustaz Azizan and Khalid Ibrahim being the Chief Ministers of the State of Kelantan, Kedah and Selangor from PAS and PKR are Malay leaders in Pakatan Rakyat ? As to Guan Eng from DAP of Penang in Pakatan Rakyat?( Before was Tsu Koon of Gerakan ) These are the contemporary reality of Malaysia’s cyber politics of anti racism and anti Umno and BN where the masses are not for racist based party and they don’t buy racism.

It has been proven that one Malaysia Malaysian has ousted Umno racist Malay plight and MCA racist Chinese for good. What the people want now is to oust racist based parties such as Umno , MCA and MIC .

The rakyat are politically aware and literate with the internet . They are not the victims of racist game and manipulations of UBN in RTM and the media .They want dedicated and good Malay , Chinese and Indian leaders and leadership in PAS , PKR and DAP as in Pakatan Rakyat giving them good governance as seen in Kelantan , Selangor, Kedah and Penang.

Whereas Umno is a bunch of liars as the lost of RM52Billion untraceable Bumiputra shares by Umno’s psychopans . Felcra settlers in Kelantan being manipulated and won three court cases with million of dollars . Felda ‘s settlers cash flow RM 9Billion gone . Bahasa Melayu being emforced and widely used in schools, Universities and courts during Razak’s time now being discarded and terminated by Umno/Mahathir/Najib . Royalty for the people of Kelantan being denied ; worth RM2 Billion.

Umno/Mahathir denounced the Royalties immunities and introduced a special court to punish them . Scholarships granted by the Federal Constitution to Bumiputras are terminated by Umno/Mahathir/Najib.

These are the treacherous acts of Umno to the Malays as a whole. Who did this . Is it DAP or PAS or PKR ? If not Umno betraying the Malays who else ? Don’ play racist sentiment Umno/ Mahadthir/ Najib! Remember, 13May did not occur in Kelantan eventhough the muslims are there Majority . Umno not only betrayed the Malays but also the nation as well.

Just to satisfy Umno’s cronies . RM320 Billion worth of two oil wells were given to Brunei without the prior consent of the parliament and DYMM Yang Di Pertuan Agong . Malaysia is on sale by Umno traitors . Tanjung Pagar being the assets of Malaysia ( KTMB ) wihich is higly historical and meaningful as the nation’s heritage easily given to Umno’s psychopans and Singapore . The nation has also lost RM32 Billion of Rosmah gamble with Bank Negara’s Forex .

But broker benefits ! It’s our money lost just like that ! RM32 Billion is equivalent to Penang State Budget for 100 YEARS ! according to Nga of DAP. Just imagine RM32Billion( Rosmah ) , RM 320 Billion( Oil Wells ) , RM 9 Billion( Felda) , RM 52Billion ( Bumiputras’ Shares ) RM 8Billion ( MAS ) and what not . Thus, if the nation turns bankruptcy as the minister in the Prime Minister Department said it’s not because of subsidies allocated to the ‘rakyat ‘ precisely is because of UMNO/BN treachery to the nation for the sake of their psychopans . Umno can do anything under the sun !

What a hypocrcy! When Guan Eng announced RM400 be given to the government servants for raya . Immediately Najib up RM100 making it RM500! Whereas the money allocated for it is more than the total amount of money for the five( 5) subsidies that has been withdrawn by the government. ( How come there’s money and let the rakyat suffer with GST !

PAS is an Islamic Party , not a racist chauvinist Malay party as Umno is . Don’t bulshit that PAS leaders met Tunku to eliminate the Chinese and forfeit their properties. Did it happen in Kelantan where the muslims are the majority . As a matter a fact , there are about 20,000 non –muslims in PAS now under it’s new wing i.e. PAS SUPPORTERS ASSEMBLY CONGRESS ( WING )

Umno is a threat for peace and harmony to the nation . Beware of Umno. Umno is not Malay and Malay is not Umno . Umno has been ousted by the Malays in Kelantan, Kedah , Selangor and Penang and by HIS Grace more States will come under PAS, PKR and DAP in Pakatan Rakyat and Federal Government as well by HIS Grace ! .Malay electorates are getting literate and enlightened with the policies of Pakatan Rakyat and PAS i.e. ISLAM JUST FOR ALL regardless of race, ethnic religion and political ideology . There are many achievements as an advocating State and good governance.

Just one example is the ‘ Ladang Rakyat” for all . Chinese, Malays , Indians , Siamese etc who are poor are allocated the shares and getting a monthly dividen .
Thus , Umno is playing with fire and it is dangerous to the nation as a whole . We want peace and harmony in this country and justice be given to everybody regardless of race and religion. The issues of “cow’s head” , burning of churches , non-muslims in the mosque etc . These are not the true teachings of Islam . Leave Umno alone with their racist groups ; MCA and MIC and Perkasa ( Ibrahim Perkasam /pickles) and Mahathir with their unwanted recipe which is not meant for one Malaysia .

Malays and Non-Malays electorates have to dethrone Umno from power for good and let PAS and PKR to take over the country with a good and dedicated MALAY LEADERSHIP and oust the Malay leaders in Umno with the support of DAP . PAS/Pakatan will make a better good governance for the people with the IGP, Lord President, AG, SPRM , SPR and IC Department come under the Parliament; no more being the subordinate of PM .
Oust Malay leaders in Umno and empower good Malay leadership in PAS and PKR with DAP oust MCA and MIC in PAKATAN RAKYAT for a new just Malaysia in the 13th GN by the Grace of God. Peace Be Upon You ! “ God Is The Greatest ! “

Bekas Calon PKR DUN Kuala Kurau 1999 meninggal dunia.

16 Syawal 1431H.

Telah meninggal dunia, Hj Zainuddin bin Abdul Rashid calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam PRU ke 10 tahun 1999 bagi DUN Kuala Kurau jam 5.40 ptg tadi, bagi yang mengenali dan ingin ziarah, jenazah di Taman Seri Tenggara Parit Buntar berhadapan Surau Ubudiah .

Almarhum semasa hayatnya pernah menjadi Pengurus Bank Islam Parit Buntar sebelum meletakkan jawatan untuk aktif sepenuh masa dalam politik pada tahun 1999.

Disamping itu beliau juga merupakan seorang yang aktif dengan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan pernah menjawat Pengerusi PKR Cabang Parit Buntar.

Pada piliharaya tahun 1999 itu calon dari BN, Ahmad Shariffudin A.Aziz telah mendapat 6,941 , mengalahkan Zainuddin Bin Abdul Rashid (KEADILAN) yang mendapat 6,427, dan calon PAS, Asman Bin Ismail mendapat 846 undi.

Al Fatihah...

UMNO yang hilang kuasa, bukannya Melayu

15 Syawal 1431H.
Drs. Khalil Idham Lim

Wawancara itu dipetik media arus perdana dengan menyiarkan kenyataan Mahathir yang mendakwa kuasa politik Melayu akan hilang sekiranya Pakatan Rakyat mendapat kuasa seperti yang berlaku di Perak sebelum dirampas oleh BN.

Pagi tadi saya dikunjungi oleh seorang rakan karib yang mengatakan rasa terkejutnya dengan tersiarnya berita muka depan utusan mengenai kenyataan Mahathir yang maksudnya "Melayu akan habis", kata saya sebenarnya "mahadhir yang akan habis" bila Pakatan Rakyat menang.

Kenyataan terbaru Mahathir itu bagi saya menggambarkan kebimbangan dirinya sendiri sekiranya Pakatan Rakyat berkuasa kerana segala kemungkaran yang pernah dilakukannya semasa menjadi PM satu masa dulu akan dibongkar.

Ahli parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Muhamad Nizar Jamaludin mengatakan Tun Dr Mahathir dikuasai otak perkauman berhubung wawancaranya itu yang mengingatkan bahawa orang Melayu bakal kehilangan kuasa dan suara jika Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih tampuk pemerintahan negara.

Dakwaan Mahathir yang disiarkan dihalaman hadapan akhbar rasisi utusan kelmarin jelas merupakan kenyataan bersifat perkauman

"Umno pasti hilang kuasa dan suara jika Pakatan Rakyat memerintah negeri-negeri dan pusat. Tun Mahathir kata Melayu hilang kuasa dan suara. Ini kenyataan rasis dan hasutan," kata Nizar menerusi twitternya.

Beliau memberi jaminan, yang akan hilang kuasa jika Pakatan menduduki Putrajaya adalah Umno dan bukannya orang Melayu.

Keadaan yang sama telah berlaku kepada kawan baiknya yang juga bekas Presiden Indonesia, Suharto yang telah berdepan dengan pembongkaran segala kemungkaran sehingga diseret ke mahkamah semasa dipenghujung hayatnya.

Mantan presiden Umno itu mendakwa, walaupun menteri besarnya Melayu dari PAS iaitu Muhamad Nizar tetapi kerajaan itu dikuasai oleh DAP. Bagi saya ini satu lagi kenyataan yang sangat tidak bertanggungjawab dan tuduhan liar tanpa bukti.

Kenyataan Mahathir bagi saya untuk mengembalikan sokongan orang Melayu kepada UMNO dan Mahadhir sudah sangat terdesak dengan berjuang dengan Perkasa yang rasisi itu.

Malah bagi saya Perkasa yang tidak jelas halatujunya menjadi pilihan dan dahan berpaut yang sangat rapuh kepada perjuangan akhir hayat Mahadhir.

Sesungguhnya UMNO dan Perkasa sudah ditolak oleh orang Melayu yang sudah lama kehilangan kuasa akibat oleh pemimpin Melayu yang mementingkan perjuangan peribadi kroni serta kepentingan kelompok kecil sehingga kuasa politik dan ekonomi Melayu terhakis sekian lama.

Sesungguhnya dengan wadah Pakatan Rakyat, khususnya PAS , saya melihat dengan keadilan Islam yang berjuang tanpa batas bangsa, sebenarnya inilah yang akan menyelamatkan kuasa Melayu yang dimaksudkan.

Apa artinya kuasa sekiranya Melayu merempat dinegaranya sendiri.

ZAINUDIN MAIDIN GAGAL MEMBEZAKAN ANTARA DOGMATISME UMNO DAN PAS

15 Syawal 1431 H
Oleh: Mohd Shukre Sulaiman

Kenyataan bekas Menteri penerangan Dato Zainuddin Maidin bahawa pas berdasarkan sejarahnya merupakana parti yang berteraskan perkauman dan keagamaan dogmatik merupakan satu ungkapan berniat menghasut yang penuh kejahilan dan kedangkalan .

Dari Perspektif islam dogmatism merupakan kepada denyut nadi kepada kekuatan dan kelangsungannya. Sudah tentu setiap ajaran dan hukum –hakam islam ialah satu dogma (kepatuhan tanpa persoalan ).

,dengan tidak mempersoalkan apa yang diturunkan oleh kitab suci al-quran dan sunah rasullah s.wt jauh sekali untuk bersifat perkauman kerana ajaran islam itu bersifat universal tidak terkongkong dengan unsur-unsur rasisme,

islam sama sekali –sekali melarang penganut-penganutnya untuk membezakan warna kulit kerana setiap muslim itu adalah bersaudara dan setiap rakyat yang berlainanan bangsa dan agama wajib diberikan hak dan keadilan kepada mereka. itulah dogma sebenar yang menjadi sandaran kepada perjuangan PAS selama ini .

Bagaimana PAS boleh dikaitkan dengan rasisme /perkauman sedang melayu tidak menjadi agenda dan teras kepada perjuangannya melainkan islam itu menjadi agenda utama iaitu menjadikan al-quran itu sebagai perlembagaaan sedangkan UMNO sebut sahaja pada nama nya jelas agenda melayu menjadi keutamaan

dibawah bayang-bayang inggeris ( United Malay National Organisations ) bukan satu bentuk sindiran atau fitnah tetapi suatu realiti yang yang terpahat didalam sejarah ,

mengapa tidak diberi nama melayunya mungkin pengaruh inggeris itu sudah terlalu lama meresap kedalam urat –saraf mereka atau mungkin jenab sudah menjadi janet , wahida sudah menjadi wanda atau mungkin umno itu sendiri tidak pernah pasti dengan identitinya .

Seharus ,Dato Zainuddin Maidin tidak meyebut persoalan dogmatisme kerana sesungguh sudah jelas dogma umno itu ialah melayu, walaupun UMNO itu bukanlah perkataan melayu dan mungkin itu adalah kekuatan yang ada pada UMNO masih lagi melayu kononnya walaupun sudah lama diInggeriskan.

Ironinya pada hari yang yang sama Ketua Penerangan Umno Dato Ahmad Maslan menyatakan bahawa Umno tidak akan melarang ahlinya untuk menyertai perhimpunan perkasa pada hari sabtu ini di stesyen kereta api Pasir Mas sedangkan PERKASA dianggap ekstrim oleh rakan-rakan mereka dikalangan MCA dan MIC.

Tuduhan Dato Zainudin Maidin bahawa PAS merupakan parti perkauman dan ekstrim ( keagamaan dogmatik ) sama sekali tidak dapat mencipta rasa takut kepada kaum-kaum lain sebaliknya apa yang mahu dilakukan oleh mereka telah menimbukan rasa kurang senang dikalangan sahabat-sahabat mereka dikalangan MCA dan MIC terutama dengan penglibatan ahli UMNO didalam aktiviti PERKASA .

Nyatakan sekali tuduhan yang dilemparkan oleh Dato Zainudin Maidin merupakan tuduhan liar dan dangkal dan diluar dari realiti sebenar dan seharusnya beliau berasa malu dengan penyataan-penyataan sedemikian.

Kes Rosmah 'bini puaka': Semua tertuduh dibebaskan

15 Syawal 1431 H
Oleh: Abdul Rahim Sabri

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini memutuskan tiada prima facie dalam kes Rosmah 'bini puaka' terhadap lima mahasiswa Universiti Malaya (UM).

Sehubungan itu, Hakim Rozana Ali Yusoff mengarahkan mereka - yang berdepan dengan tuduhan cubaan melakukan khianat dengan menggunakan api dan melakukan pencerobohan jenayah - dibebaskan.

Rozana membuat keputusan tersebut di Mahkamah Sesyen 2, di Kompleks Jalan Duta Kuala Lumpur.

Lima mahasiswa berkenaan - Shazni Munir Mohd Ithnin, Muhammad Aizat Roslan, Muhammad Saufi Jelani,Mohd Izzuddin Hilmi Mohd Zaini dan Mohd Syahriuldeen Ahmad Rosli dari Universiti Malaya - dituduh melakukan jenayah dibawah Seksyen 427, 436 dan 447 Kanun Keseksaan.

Bagi Seksyen 427, mereka dituduh menyimbah petrol di atas permaidani - yang bakal dilalui isteri Perdana Menteri Rosmah Mansor - dan menconteng di sebuah dewan akademi pengajian itu kira-kira jam 4 pagi.

Manakala bagi Seksyen 436, kelima-lima mahasiswa itu dituduh melakukan perbuatan khianat dengan menggunakan api di tempat dan waktu yang sama.

C4, bini puaka, pembunuh Altantuya

Bagi Seksyen 447 pula, mereka dituduh melakukan pencerobohan jenayah pada tarikh dan masa yang sama.

Semua itu, gara-gara mahasiswa berkenaan dikaitkan dengan contengan perkataan- perkataan "C4", "bini puaka" dan "pembunuh Altantuya" di dinding dewan sebelum kedatangan isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Rozana dalam penghakimannya pagi ini berkata dalam pertuduhan seksyen 436 pihak pendakwaraya gagal membuktikan elemen-elemen penting dalam pertuduhan bahawa semua tertuduh telah melakukan khianat atau cubaan melakukan khianat serta mempunyai niat bersama antara mereka.

"Tiada keterangan mengenal pasti bahan api yang digunakan untuk melakukan khianat serta kerosakan dan kemusnahan daripada bahan api tersebut," kata Rozana.

Manakala bagi seksyen 447 pula, pendakwaraya gagal membuktikan elemen niat bersama tertuduh untuk melakukan kesalahan pencerobohan.

"Tiada keterangan bahawa mereka berada di kawasan tersebut dan melakukan pencerobohan di tempat perbuatan khianat yang didakwa berlaku," katanya lagi

Sementara bagi seksyen 427 pula, Rozana berkata pihak pendakwaraya turut gagal membuktikan bahan yang digunakan adalah bahan petrol dan perbuatan contengan di dinding dilakukan oleh semua tertuduh.

"Untuk semua pertuduhan tiada keterangan langsung dibuktikan oleh pendakwaraya. Cuma mereka hanya bergantung kepada keterangan mengikut keadaan tanpa bukti sokongan.

"Setelah meneliti dan menimbang semua keterangan daripada saksi pendakwaraya, exibit dan hujah, mahkamah mendapati, di atas penilaian mahkamah, pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie.

"Dengan ini melepaskan tertuduh dan membebaskan (mereka) terhadap tiga pertuduhan itu tanpa memanggil untuk pembelaan," kata Rozana.

Malaysiakini/-

JAMUAN TERBUKA SEMPENA SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI YDP PAS KAWASAN LENGGONG

15 Syawal 1431 H
Oleh: Saidina Sobri

KAMPUNG LUAT, LENGGONG: 07 Syawal- Majlis jamuan Hari Raya diadakan setiap tahun sempena meraikan Hari Raya Aidilfitri yang dianjurkan oleh YDP PAS kawasan, Hj. Razman Hj. Zakaria, telah disambut dengan meriah oleh lebih 5000 masyarakat berbilang kaum dari segenap daerah pada tahun ini yang bermula pada jam, 01:00 Tengahari sehingga jam 06:00 petang.

Turut sama hadir meraikan majlis tersebut, terdiri dari Kepimpinan Badan Perhubungan PAS Negeri Perak, iaitu: Pesuruhjaya PAS Perak, Hj Abu Bakar Hussin, DS Hj. Nizar Jamaluddin, YB Khalil Idham Lim, YB Hj. Ramli Tusin, YB Hj. Zainuddin serta pimpinan-pimpinan Pakatan Rakyat juga Dewan Himpunan Penyokong Negeri Perak.

Kepimpinan Badan Perhubungan PAS Negeri Perak, serta pimpinan PAS Kawasan Lenggong telah berpeluang memberikan Tazkirah dan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua tetamu yang hadir didalam majlis tersebut.

Majlis bermula ceria, apabila Timb. Pengarah Jabatan Amal Malaysia. Sdr. Azuan, Pengarah Jab. Amal Negeri Perak. Sdr. Ariff, serta Komander dan anggota-anggota Jab. Amal Malaysia dari seluruh Kawasan yang hadir.

Seramai 75 orang anggota Jab Amal Malaysia telah bertugas bertungkus-lumus sebagai ‘Bentara’ bagi memuliakan para tetamu yang begitu selesa berada didalam suasana meriah majlis yang berlangsung.

Dikesempatan itu juga, Jabatan Pilihanraya Kawasan turut mengambil inisiatif membuka kaunter daftar pemilih dan telah berjaya menambah bilangan pengundi baru serta mendapat pendaftaran baru sebagai Ahli PAS.

Dilapangan yang sama, majlis berjalan dalam suasana yang penuh berkebajikan apabila dilancarkan kutipan derma bertujuan untuk membina Sekolah Tahfiz & Masjid di Wilayah Islam Kemboja, sehingga telah berjaya mengumpul sumbangan daripada tetamu yang hadir sejumlah RM678 oleh Ust. Ramli, selaku Jawatankuasa pengelola dana kewangan yang datang dari Wilayah Negara tersebut.

Sebelum itu, pada jam 09:00 dihari yang sama, Jentera Penerangan PAS Kawasan Lenggong dibantu oleh anggota–anggota Jab. Amal Malaysia telah mengadakan program mengedarkan risalah penerangan kepada orangramai yang berkunjung ke PASAR SABTU (Pekan sehari) ditengah Pekan Lenggong.

Program itu juga turut mendapat perhatian istimewa daripada masyarakat umum, termasuk kaum Cina & India apabila Pemimpin DAP, YB Ngeh Ko Ham, YB Nga Ko Meng, YB V. Sivakumar serta pimpinan lain parti itu turut sama singgah,

meluangkan masa berjumpa masyarakat setempat untuk mengedarkan risalah tersebut, sebelum meneruskan perjalanan mereka ke Gerik, setelah risalah penerangan habis diedarkan kepada orangramai.

Bagi pihak Jawatankuasa Lajnah Penerangan PAS Kawasan Lenggong, Kami merakamkan jutaan terima kasih dengan lafaz: Jazakumullahu Khairan kathira Jaza’, kepada semua yang terlibat mengedarkan risalah-risalah Penerangan pada hari tersebut terutamanya, usaha dan komitmen diberikan oleh Anggota-anggota Jabatan Amal Malaysia di semua peringkat bagi menjayakan program tersebut:-

“Tabir Petang, Senja Nan Berlabuh.
Berkat Malam, Bersemi Bulan.

Takdirnya Datang, Jiwa Yang Tersentuh.
Selawat dan Salam Jua, Kami Serukan.”

“SELAMAT HARI RAYA EIDUL FITRI MINAL A’IDIL WAL FA IDZIN”

‘Mudah-mudahan Allah tunjukkan jalan kebenaran & kemenangan kepada pejuang, umat Islam dan seluruh umat manusia.’ – “ALLAHU AKBAR…….!!!”

PAS BONGKAR PENYELEWENGAN DALAM FELCRA & FELDA DEMI RAKYAT

15 Syawal 1431 H
Oleh: Saidina Sobri

Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah dan Wilayah PAS Pusat Mazlan Aliman mendedahkan sekurang-kurangnya terdapat 22 penyelewengan dan salah guna kuasa dalam Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tahan Persekutuan (Felcra). Pendedahan ini bercanggah dengan dakwaan Pengerusi Felcra, Dato Tajuddin Abdul Rahman sebelum ini kononnya badan itu tidak mempunyai masalah.

Sebagai memenuhi janjinya, Mazlan membongkar satu persatu penyelewengan yang berlaku dalam Felcra selepas Himpunan Warga Felcra Peringkat Kebangsaan Kali Pertama pada 31 Julai dan 1 Ogos 2010, di Perak. "Kita akan dedahkan perkara ini secara bersiri seperti yang dijanjikan dalam himpunan itu," katanya dalam sidang medianya di Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut.

Menurut beliau yang juga Pengerusi Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), antara penyelewengan berlaku dalam Felcra, termasuklah pembelian estet di Sabah seluas 20,000 hektar dan pelaburan dalam pembelian bon berjumlah RM 17 juta yang tidak mendapat kelulusan.

Jelas Mazlan, sebahagian daripada penyelewengan itu sudah diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang disertakan dokumen dan baucher sebagai bukti penyelewengan Felcra. Tambahnya, SPRM perlu menubuhkan pasukan petugas khas untuk menyemak aduan yang telah dibuat bermula 31 Januari 2009.

"Oleh kerana polisi SPRM tidak boleh dedahkan kepada umum, kita pun tidak tahu sejauh mana perkembangan siasatan itu," katanya sebaik ditanya hal tersebut. Beliau juga mendesak satu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi menyiasat penyelewengan yang akan didedahkan itu.

"Masyarakat luar menganggap Felcra tidak ada masalah. Daripada perhimpunan lalu kita telah menerima banyak masalah yang disuarakan oleh pesertanya, bahkan mereka tidak tahu dimana hendak disampaikan," katanya.

Selain itu, Mazlan turut mendedahkan bekalan kegagalan kontrak Pertanian Am Felcra Jemoreng Sarawak yang bernilai RM14.8 juta, keraguan projek menggemukan lembu Bio Valley Felcra Seberang Perak dengan peruntukan RM18 juta dan pampasan tanah peserta Felcra. Beliau berkata, kedudukan Felcra sebagai institusi pemulihan dan pembangunan tanah kedua terbesar selepas Felda adalah satu masalah yang serius dan kritikal.

Selain membawa masalah itu kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia, Mazlan juga akan menyerahkan memorandum kepada Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Dato' Seri Shafie Apdal. Katanya, pihaknya meminta masa selama seminggu untuk menyiapkan dokumen berkaitan penyelewengan itu untuk diedarkan kepada media.

Hadir sama pada sidang media itu, Pengerusi Jawatankuasa Badan Bertindak Felcra, Akmaluddin Mohd Noor serta Yang Dipertua PAS Lenggong, Razman Zakaria. Terdapat 92,472 peserta Felcra di seluruh negara dan Felcra memiliki 18 anak syarikat dengan 10 ahli lembaga pengarah.

Ibn Taimiyyah menegaskan: "Memimpin dan menguasai ummat adalah kewajipan agama yang terbesar. Tidak akan terdiri agama kecuali dengan (kekuasaan pimpinan) itu. Oleh kerana Allah telah mewajibkan (kaum muslimin) untuk menyuruh kepada yang baik, melarang dari yang mungkar, membela orang yang teraniaya, melakukan jihad, melaksanakan hudud, dan berlaku adil dalam menjatuhkan hukuman; semua itu tidak akan terlaksana tanpa kekuasaan dan teras kepimpinan." - (As-Siasah As-Syariah: 172-175)

Antara bentuk penyelewangan-penyelewengan dalam Felcra:

(1) Bekalan baja Keiserite yang tidak mematuhi spesifikasi.
(2) Penyelewengan pemberian Tolerable Variance Weight bekalan baja dari Helmas dan Kemira.
(3) Syarikat pembekal baja (Helms) tidak ikut syarat bayaran.
(4) Pembelian estet di Sabah seluas 20,000 hektar.
(5) Pelaburan dan pembelian bon berjumlah RM 17 juta yang tidak mendapat kelulusan.
(6) Kegagalan kontrak pertanian am Felcra Jemoreng Sarawak bernilai RM14.8 juta.
(7) Penyelewengan di Special business Unit (SBU) Felcra Bhd.
(8) Penyelewengan di Koperasi Peserta-peserta Felcra Berhad.
(9) Penyelewengan ke atas pembelian Syarikat Hose and Hose berjumlah RM4.5 juta.
(10) Penubuhan Kelab Golf Felcra Bhd menjadi alat melobi.
(11) Dokumen-dokumen palsu bagi kerja-kerja pertanian am di Sabah.
(12) Penyelewengan di dalam pembelian syarikat di bawah tanggungan atau muflis iaitu
Atlantik Rank (M) Sdn Bhd.
(13) Penyelewengan dan salah guna lembu ternakan anak Syarikat Felcra Agro Industri Sdn Bhd.
(14) Salah urus pengambilan tenaga kerja asing hingga menjejaskan produktiviti.
(15) enyelewengan dan penipuan di dalam perancangan dan pelaksanaan projek pembangunan
Pulau Banggi, Sabah.
(16) Penyelewengan ke atas penyewaan tanah Jalan Semarak Kuala Lumpur.
(17) Penyelewengan ke atas pembelian kilang padi 'Satu Cita Sdn Bhd'.
(18) Keraguan projek menggemukkan lembu Bio Valley Seberang Perak dengan peruntukan
RM18 juta.
(19) Keraguan perancangan projek ternakan lembu berskala besar di 17 kandang milik Felcra
seluruh negara membabitkan anggaran kos ratusan juta.
(20) Kegagalan Felcra Bhd menguruskan tanah peserta Felcra Gugusan Kledang Sayong Kuala
Kangsar.
(21) Rampasan tanah peserta Felcra Kg Perlis Bagan Serai berjumlah 300 ekar.
(22)Penyelewengan pembangunan ladang dan penipuan agihan deviden terhadap peserta Felcra Sekijang Segamat.

PAS MEMBELA ORANG-ORANG MELAYU, UMNO-BN JADI PENGHALANG.

15 Syawal 1431 H
Oleh: Saidina Sobri

Ibn Taimiyyah menegaskan: "Memimpin dan menguasai ummat adalah kewajipan agama yang terbesar. Tidak akan terdiri agama kecuali dengan (kekuasaan pimpinan) itu. Oleh kerana Allah telah mewajibkan (kaum muslimin) untuk menyuruh kepada yang baik,

melarang dari yang mungkar, membela orang yang teraniaya, melakukan jihad, melaksanakan hudud, dan berlaku adil dalam menjatuhkan hukuman; semua itu tidak akan terlaksana tanpa kekuasaan dan teras kepimpinan." - (As-Siasah As-Syariah: 172-175).

PENGERUSI FELCRA BHD- Datuk Tajuddin Abdul Rahman selaku Ahli Parlimen (BN) Pasir Salak mengatakan, ada pihak tertentu yang telah melancarkan “perang saraf” memburukkan agensi Felcra melalui halaman akhbar sinar harian bertarikh, 06 September 2010.

Beliau mendakwa, segala aduan dan pendedahan oleh para peserta Felcra dari seluruh Negara semasa “Himpunan Warga Felcra Peringkat Kebangsaan 2010” yang berlangsung pada 31 Jun dan 01 Julai 2010, di Felcra Seberang Perak, P.Salak adalah fitnah,

Katanya, niat tersebut bertujuan untuk menghasut peserta Felcra membenci pengurusan Felcra dan kerajaan yang telah “terbukti kejayaannya membantu peserta”. Katanya lagi,

“ancaman politik ini akan menjejaskan aktiviti ekonomi.”
Turut sama mengatakan yang demikian ialah, Datuk Saarani Mohamed ADUN (BN) Kota Tampan, selaku Exco Penerangan, Pembangunan Luar Bandar, Pembasmian Kemiskinan dan Perladangan Kerajaan Negeri Perak.

Ujar beliau, ‘pembangkang’ menabur fitnah, dan membuat pembohongan besar terhadap kawasan peserta Felcra, seterusnya menggesa pemimpin-pemimpin turun padang bagi menjelaskan “gambaran sebenar” kepada kelompok masyarakat kawasan Felcra di seluruh negara.

Seterusnya, Datuk Shamsul Anuar Nasarah Ahli Parlimen (BN) Lenggong, dan DS Zambry Abd Kadir ADUN (BN) Pangkor, selaku ‘Menteri Besar Perak yang telah disahkan oleh mahkamah Persekutuan’ tampil didada akhbar yang sama untuk menambah dan mengesahkan apa yang dinyatakan oleh pemimpin-pemimpin UMNO-BN tersebut.

Namun tidak ada sebarang kenyataan dari Pemimpin UMNO-BN yang mengarahkan supaya siasatan segera dan menyeluruh diambil terhadap aduan tersebut adalah amat mengecewakan.

Sebaliknya, kenyataan dikeluarkan oleh mereka adalah jelas menampakkan kuasa politik UMNO-BN hanyalah menjadi juara mempertahankan Felcra Bhd dan Felda serta melindungi pemimpin UMNO-BN yang korup dan berkepentingan sahaja, bukannya Juara Rakyat sebenar yang dipamerkan.

Sepatutnya merekalah yang bertanggungjawab melindungi serta mempertahankan hak-hak peserta dan peneroka yang terdiri dari orang-orang Melayu dari terus ditindas akibat penyelewengan dan penipuan oleh agensi kerajaan tersebut.

Mereka mendakwa, pendedahan oleh ‘Pembangkang’ mengenai penyelewengan yang berlaku didalam Felcra Bhd dan Felda kepada SPRM untuk siasatan akan merugikan Felcra Bhd dan Felda untuk terus meningkatkan pendapatan ekonomi peserta dan peneroka.

Hakikat sebenarnya, penyelewengan yang berlaku didalam Felcra Bhd dan Felda telah menyebabkan kerugian yang amat besar kepada peningkatan pendapatan ekonomi negara, peserta Felcra dan peneroka Felda di seluruh negara, khususnya orang melayu.

Sehingga kini, sebanyak 22 laporan penyelewengan didalam Felcra Bhd telah dibuat oleh peserta dan peneroka untuk siasatan pihak SPRM, namun tidak berani disuarakan langsung oleh pemimpin-pemimpin UMNO-BN supaya siasatan menyeluruh (menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja) dilakukan oleh pihak yang berwajib terhadap agensi tersebut.

(Bukannya ‘gambaran’ dipentas penerangan di seluruh negara seperti ditaja oleh Datuk Saarani Mohamed.)

Harus diingat bahawa, peserta Felcra dan peneroka Felda adalah terdiri dari ‘orang-orang melayu’ pelbagai latarbelakang politik, bukan semuanya ‘Pembangkang’ seperti anggapan sempit pemimpin UMNO-BN terse but.

Peserta Felcra dan peneroka Felda hanyalah menuntut hak mereka supaya kerajaan berlaku amanah mengurus dan meningkatkan pendapatan ekonomi rakyat jelata dan juga negara.

Mereka semua telah bijak menilai ‘Persembahan Politik’ tajaan UMNO-BN, ‘Rakyat Didahulukan’ hanyalah slogan, sementara ‘Juara Rakyat’ pula hanya penipuan ahli politik yang mengampu.

Sekali lagi dingatkan bahawa, ini semua adalah tuntutan anak-anak peserta Felcra dan peneroka generasi kedua & ketiga yang telah muak dengan ‘ancaman politik UMNO-BN ‘terhadap tindakan mengaburi mata dengan memperbodohkan kelompok masyarakat Felcra & Felda.

Beberapa Wasiat Penting bagi Org yang akan Melaksanakan Ibadah Haji/Umrah

15 Syawal 1431 H
http:motivasi-ilmu.blogspot.com

Dalam kitabnya "at-Tahqiiq wal Idhah…" asy-Syaikh 'Abdul 'Aziz bin 'Abdullah bin Baaz Rahimahullaah menyampaikan beberapa nasihat dan wasiat kepada orang yang akan melaksa-nakan ibadah haji. Kami rangkum dalam be-berapa point penting sebagai berikut :

Wajib bagi seorang yang melaksanakan ibadah haji dan umrah untuk benar-benar mengikhlaskan niatnya karena Allah semata, dan mengharapkan balasan yang baik di akhirat kelak.

Berupaya semaksimal mungkin untuk menghindar dari tujuan-tujuan yang ber-sifat duniawi atau riya' dan sum'ah serta kebanggaan dalam melaksanakan ibadah-nya, karena semua itu merupakan tujuan yang jelek dan penyebab gugurnya pahala amal ibadah.

Segera bertaubat kepada Allah dengan taubat yang sebenarnya dari seluruh perbuatan dosa, berdasarkan firman Allah Subhannahu wa Ta'ala :

"…Dan bertaubatlah kamu semua kepada Allah, hai orang-orang yang beriman, agar kamu memperoleh kemenangan." (QS. An-Nuur : 31)

Mengembalikan hak-hak orang lain yang pernah diambil atau dirusak, dalam bentuk harta, kehormatan atau yang lainnya.

Menggunakan nafaqah (harta) yang halal dan baik dalam melaksanakan haji dan umrah. Berdasarkan sabda Nabi Shalallaahu alaihi wasalam :

"Sesungguhnya Allah 'Azza wajalla itu baik, Dia tidak menerima kecuali yang baik (pula)." (HR. Muslim)

Hendaknya ia belajar dengan benar tentang hal-hal yang disyari'atkan dalam haji dan umrah, memahaminya dan bertanya (ke-pada orang yang mengetahui) jika ada per-masalahan yang sulit baginya.

Mencari teman perjalanan yang baik, taat dan takwa, serta faham dalam agama dan menjauhi orang-orang yang jahil dan fasik.

Dalam perjalanan hendaklah memper-banyak dzikir, istighfar dan do'a, serta merendahkan diri dihadapan Allah I, membaca al-Qur-an, memelihara shalat berjama'ah, memelihara lisan dari ucapan-ucapan yang tidak bermanfaat, seperti bercanda,berdusta, ghibah, mengadu domba dan lain sebagainya.

Senantiasa berbuat baik terhadap teman-temannya, menahan diri dari menyakiti mereka, beramar ma'ruf dan nahi munkar dengan cara hikmah dan peringatan yang baik semampunya.