25 Februari 2009

Pergilah Ibrahim masuk UMNO.

KUALA LUMPUR, 25 Feb : - Ahli Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali bersedia menimbang pelawaan untuk menyertai semula Umno dengan syarat parti itu bersedia menerima kelantangannya.

Ketika berterus-terang kepada para pemberita yang menemuinya di lobi Parlimen semalam, Ibrahim berkata, beliau amat menghargai pelawaan daripada Umno dan akan mendapatkan maklum balas daripada para penyokong di kawasannya.

Ibrahim menambah, Umno bukanlah satu parti yang asing baginya kerana selain pernah menjadi ahli, beliau menganggotai Majlis Tertinggi (MT) selama enam tahun dan ketua bahagian selama 12 tahun.

Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib berkata, parti itu memang memerlukan tokoh seperti Ibrahim bagi menguatkan kedudukan parti di mata orang Melayu ketika ini.

Katanya, sebagai orang lama dan berpengalaman, selain pernah keluar masuk Umno, kebolehan dan kecekapan Ahli Parlimen itu tidak perlu diragui.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi meminta ahli parti supaya tidak memandang sinis terhadap cadangan supaya Ibrahim dibenarkan menyertai semula parti itu.

Menurut Ahmad Zahid, beliau mengharapkan akan ada lagi orang seperti Ahli Parlimen Pasir Mas itu mahu menyertai Umno semula.

"Kalau ada ramai yang nak masuk lagi bagus, sekurang-kurangnya Umno ada majoriti dua pertiga di Parlimen nanti," katanya.

Seorang lagi ahli MT, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo juga bersetuju dengan cadangan itu dan berharap Ibrahim menimbang tawaran itu dengan sebaik-baiknya.Harakahdaily.

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Baguslah tu. PAS dah tak mau orang macam ni. Jadilah YB Be End selagi Parlimen ke 12 masih berbaki. PRU 13 nanti kenalah pencen awal.

Tanpa Nama berkata...

Tak heran langsung bila Brahim Katak nak masuk UMNO.Memang dasar Katak dah begitu.Mungkin Brahim ni benggang dengan Nasa Bota yang diiktiraf oleh World Guiness Book of Record sebagai katak yang terpantas melompat.
Inilah pemimpin MUNAFIK di zaman ini..Lengkap 4 pekej yang Allah SWT sebut di dalam AL-Quran berkenaan sifat2orang MUNAFIK.Tahniah!!!Brahim MUNAFIK...Anda layak dihumban kedalam...Fikir2kan...

Tanpa Nama berkata...

Kalau beliau seorang yang berintegriti.. letakkan jawatan sebagai ahli parlimen (yang dimenangi atas tiket PAS) dan masuklah parti manapun yang beliau suka.. tak perlulah membuat alasan nak bertanya penyokong di kawasannya.. yang nyata beliau tidak menang bila bertanding atas tiket BEBAS..

Tanpa Nama berkata...

...kalau ya pun hang nak kutuk idham lim , jangan la guna nama aku, hang ni betoi betoi dayus tak tak telor, pakai nama orang nak ktuk orang. mangkok hayun punya anwar al-juburi...

Kimizo berkata...

harap mp pasir mas ni tak terpilih lagi untuk pru akan datang

Tanpa Nama berkata...

Kesian pada hamba-hamba Allah yang mulut dan minda kotor ni. Hendak berhujah tiada fakta dan dalil, maka maki dan mencarut sajalah kerjanya. Kesiannnn.....

Tanpa Nama berkata...

Ustaz Idham Lim...pilih antara 2, dikutuk oleh geng2 sekular atau dikutuk oleh geng2 islamik...

teruskan berjuang...TAKBIR

Tanpa Nama berkata...

g la berahim oi...dok kat pr pun org xska..nk bertnding plhn raya pun jenuh dok merayu kat tg nik aziz nk gna lmbang pas..mu kan putera katak..takat mu nie..pr xtkut pun..bkan reti melayu..bhsa katak pndai la..translator bhsa katak najib altantuya..padan la mu berahim oi..mu nie katak pisang ka ktak minyak???