25 Februari 2009

Siapa hina Islam ?

Penubuhan Majlis Perundingan Antara Agama oleh kerajaan negeri Pulau Pinang didakwa meletakkan Islam sama taraf dengan agama-agama lain.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Shabudin Yahaya berkata, mengeluarkan kenyataan yang cepat dalam persoalan penubuhan jawatankuasa itu dengan mengulas bahawa cubaan menyamakan Islam dengan fahaman agama lain ternyata menghina Islam dan tindakan seperti itu mesti dihentikan.

Persoalannya adakah benar dengan diujudkan satu jawatan kuasa seperti itu menyebabkan Islam berada sama taraf dengan agama lain.

Shahabudin memberi andaian sendiri yang tidak bertanggungjawab dengan mengatakan, ‘‘Ini sesuatu yang cukup menakutkan kerana agama Islam dipandang sama seperti Buddha yang diasaskan oleh manusia bernama Gautama Buddha, disamakan juga dengan Kristian, Taoism dan Bahai,” .

Rasanya di negara Malaysia yang kita cintai ini, apa yang diperjuangkan oleh pakatan Rakyat dan disana di dominasi oleh PAS khususnya dalam persoalan mempertahankan agama Islam, anggapan Shahabudin ternyata tersasar jauh.

Kamilah yang sedang mempertahankan Islam , jangan ungkit siapa yang hina Islam kecuali jawapannya sudah dapat dijawab oleh kita iaitu UMNO. UMNOlah yang telah mengadai agama demi kepentingan perjuangan sempit Melayu mereka.

Secara peribadi pada anggapan saya tidak adapun hasrat penubuhan jawatankuasa perundingan agama untuk meletakkan agama Islam setaraf dengan agama lain.

Contoh yang paling baik, di Universiti yang saya belajar di Aceh.Disana ada Fakulti Ushuluddin, terdapat Jurusan perbandingan Agama. Adakah ini boleh juga dianggap satu penghinaan.

Tersangat penting saya beranggapan baik disanalah kita dapat menyampaikan mesej Islam kepada penganut agama lain.

16 ulasan:

ustzul berkata...

Kami tidak menyembah tuhan kamu dan kamu juga tidak menyembah tuhan kami.Bagi kamu agama kamu dan bagi kami agama kami. Tiada paksaan dalam beragama...Perbandingan antara agama juga dibuat oleh ulamak islam yg bernama Shahrastani, menjadi kitab rujukan dalam matapelajaran milal wannihal di Al-Azhar. Adakah Al-Azhar menghina agama Islam?

http://kedaionlineanda.com/

Budak Perak berkata...

sah,mmang umn-yg hina ISLAM..
kal0 x hina ISLAM npe ssah sgt nk adakn undang2 HUDUD.

Awanama berkata...

adik saya sambung master dari trent university nottingham,uk dalam bidang teologi agama (perbandingan agama).beliau kelulusan ijazah pengajian islam.takde masalah pun nak berbincang tentang perbandingan antara agama.Bagi kamu agama kamu dan bagi kami agama kami.
shahbudin takde pulak berkokok semasa penubuhan IFC(Inter-faith Council) dulu.

Toksedang berkata...

Pemimpin pas ego sebenarnya. Cuba nak jdi ayam jaguh dalam agama.

Pengisian yg sebenar2 dlm jiwa manusia kearah pendekatan yg diambil taklah nampak sgt, berpecah belah sesama islam adalah...

Asalamualaiukm...

Brahim Nyior berkata...

Yusof Islam peluk Islam selepas membandingkan antara agama asalnya dengan Islam.

Begitu juga dengan mana-mana golongan cerdik pandai, malah rasanya YB Idhamlim sendiri membuat perbandingan Islam dan agama asal nenek moyangnya.

Kebenaran pasti terserlah jua.

Saya anggap ia tak meletakkan Islam di sudut yang rendah. Sebaliknya ia dapat memberi ruang untuk mengetengahkan keadilan dalam Islam dan keindahannya. Salam..

Awanama berkata...

....begitulah natijahnya kalau memberikan amanah kepada yang bukan ahli,diletakkan ia disitu supaya dapat menunjukkan atau mendedahkan kesempurnaan Islam itu agar dapat diterima orang lain, rupa rupanya dia mahu MEMENJARAKAN atau mengISAkan Islam itu sendiri...kononnya nak jaga kemuliaan Islam...tetapi berbuat sebaliknya.

Pak Brahim berkata...

Dulu mereka tak buat, apabila sekarang orang lain buat, mereka gelabah dan tak tentu arah, gila babi.

Awanama berkata...

...ape toksedang cakap ni ? mabok darat ke? pergi laa ngaji dulu! Saya nak cadang gini je!cuba toksedang puasa sunat sehari, sembahyang sunat istikhoroh, mohon dengan Allah seikhlas ikhlas nya tunjuk kan antara PAS dan UMNO mane yang BENAR untuk disokong dan diikuti...! jangan melalut je! nanti kesal tak sudah! faham?

Awanama berkata...

Pemimpin UMNO yang mana mematuhi suruhan dan meninggalkan larangan,tengok Datin Seri Jeane bertudung ke tak,Rosmah Mansor Bertudung ke tak,Rafidah bertudung ke tak,shahrizat bertudung ke tak dan lihat plak lihat pd isteri Presiden PAS,MB Perak(DSNizar),isteri timbalan presiden dan komentar dengan lantang mengatakan semua pimpinan PAS menuruti Ajaran Islam yang real/sebenar.yg duk serumah pun tak dapat diajak mentaati surah An Nur ayat 31.
Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung(tudung) kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.

jelas lagi terbukti ayat di atas menyuruh setiap wanita melabuhkan tudung dibawah paras dada nya,soalnya adakah tidak memakai langsung tudung tidak mendatangkan apa2 dosa,setiap kali ia muncul dikhalayak ramai pula dan disaksikan oleh kebanyakkan manusia ketika ia muncul bersama suami mereka.apa hukumnya kita mentaati pemimpin yang mereka yg berada hampir dengan mereka pun tidak menyempurnakan suruhan diatas.
wallahualam...

Awanama berkata...

Islam pasti benar... Agama Islam bukan ciptaan umNO..apa nak takut bandingkan jer..kalau umNO tiap2 hari tukar hukum..

Awanama berkata...

salam buat semua pelawat blog yb ni...perbandingan agama..ape nak takut?teori je bkn untuk praktikal..just 4 ilmu...islam dah syumul nape umno nak kalut bila ade je org nak buat..gelabah biawak plak!sedor2lah...maybe umno dah tua kot nyanyuk lain macam je...kembali kepangkal jalanlah sebelum terkubur nyesal tak sudah kang...terimalah sama pendapat kami org muda walaupun kurang pengalaman n ilmu tapi semua kami letak di ati a otak..guna..bkn macam umno...secara terang2ngan nak mencari sesuatu untuk memudahkan menghalalkan cara.

Awanama berkata...

"Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (ugama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian)"

As Saff: 8

Awanama berkata...

Islam berkembang di barat dengan adanya interfaith relationship. 700 tahun lampau Islam berkembang di nusantara kerana interfaith relationship. Pergi ke Indonesia kaji sejarah wali sembilan. Pergi ke China kaji sejarah bagaimana wujud 25juta umat Islam China. Apa dakwah yang melayu buat sudah 500 tahun jadi Islam tak sampai 5000 orang bukan Islam mahu ikut Islam. Sakai dalam hutan pun tak mahu ikut.

Unknown berkata...

Orang yang nama Shahabudin itu adalah orang yang takut dengan bayang-bayang sendiri.

Awanama berkata...

SHABUDIN MULA DAH MELATAH...TU LA LETAK ORG YG TAK SEPATUT NYA DI LETAKKAN KE JAWATAN TU...BAGUS LA BRO.jgn pikir negetif je..BARU AGAMA LAIN LIHAT KEBENARAN DAN KEAGUNGAN AGAMA ISLAM DAN IA DTG DARI AGAMA ALLAH YG ESA.

Awanama berkata...

biar masyarakat nampak jelas beza Islam sebenar berbanding Islam Hadhari.
Islam Hadhari dah ada bila pulak nak cipta Iman Hadhari?